Memilih nama bisnes dan nama produk dengan cara yang betul. Dengan itu nama brand kita mampu kekal lama dalam pasaran, mungkin selama berpuluh-puluh tahun, malah mungkin beratus tahun.
Nama bisnes dan nama brand adalah harta intelek yang boleh menjadi tinggi nilai ekonominya. Ia dapat dijual beli.
Sangat penting, dengan nama bisnes yang kita cipta itu orang dapat membayangkan apa bisnes di sebalik nama itu.
Mesti dipastikan supaya sejak awal lagi nama bisnes kita itu mesti sudah betul.

Ini sangat penting, supaya kita tidak perlu mengeluarkan bajet besar bagi mencipta nama baru, dan kemudian menjalankan kempen re-branding.
Mula-mula kita sudah banyak berbelanja menjalankan kempen branding untuk nama lama. Kemudian kita terpaksa berbelanja lagi untuk kempen re-branding nama baru pula.
Ini 12 Panduan Memilih Nama Bisnes Dan Nama Produk
Di bawah ini adalah faktor-faktor yang perlu diambil kira apabila anda mahu mencipta dan memilih nama bisnes ataupun nama produk:
1. Nama itu susah disebut.
Nama yang susah disebut akan menjadi susah diingat. Nak disebut pun susah, macam mana hendak diingat.
Kita mahu supaya customers mudah hendak ingat nama bisnes kita dan nama produk kita. Jadi, pasti nama itu mudah disebut.
Bukan semua huruf mudah disebut oleh semua orang.
i. Orang Cina susah menyebut huruf ‘r’ dan ‘d’.
ii. Orang India susah menyebut huruf ‘b’ dan ‘y’.
iii. Orang Arab susah menyebut huruf ‘p’, ‘g’, ‘v’ dan ‘ny’.
iv. Orang Indonesia susah menyebut huruf ‘v’ dan ‘z’ .
Ambil kira pada masa hadapan syarikat kita mungkin mahu berdagang sampai ke China, India, Timur Tengah dan Indonesia.
Jangan hanya fikir kita mahu berbisnes di Malaysia sahaja. Anak cucu kita mungkin mampu membesarkan dan meluaskan bisnes kita ke negara-negara lain.
2. Bunyi nama itu susah didengar.
Bukan semua bunyi huruf mudah didengar. Orang boleh keliru antara bunyi-bunyi itu.
Bunyi-bunyi yang mudah didengar juga akan memudahkan teknologi transkripsi dan terjemahan automatik.
3. Nama itu susah dieja.
Dalam memilih nama bisnes, jangan pilih nama-nama bisnes yang susah dieja. Bunyi yang didengar lain, tetapi ejaannya lain.
Sebutan lain, tetapi ejaannya lain.
Contoh: Sebutannya ‘Cantik Spa’ tetapi ejaannya ‘Chantique Spa’.
Hal itu menyukarkan orang membuat search dalam internet disebabkan mereka salah mengejanya. Akibatnya, mereka tak jumpa website kita.
4. Nama itu sudah dimiliki oleh pihak lain.
Memang tragis apabila kita sudah membelanjakan banyak duit untuk kempen membrandingkan nama bisnes ataupun produk kita.
Kemudian baru kita mendapat tahu nama itu sudah dimiliki oleh pihak lain.
Jadi, jangan lupa buat Google search mana itu. Tengok apakah nama itu sudah digunakan oleh pihak lain.
Selepas buat Google search, buat pula semakan di pejabat harta intelek MyIPO. Semak apakah nama itu sudah menjadi trademark milik pihak lain.
Kemudian, baru kita boleh memilih nama bisnes yang kita mahu.
5. Nama itu sesuai dengan internet.
Nama bisnes mesti mengambil kira bagaimana ia akan digunakan di semua platform bisnes internet.
Sebagai contoh, nama itu mesti masih dapat dijadikan domain website.
6. Nama itu jangan terlalu deskriptif.
Dalam memilih nama bisnes yang bagus jangan terlalu jelas, yakni terlalu spesifik.
Sebagai contoh, kita sekarang mengeluarkan produk sambal belimbing. Jangan pula digunakan nama SAMBAL BELIMBING sebagai nama produk kita. Nama itu terlalu deskriptif.

Pada masa depan kita mungkin mahu mengembangkan bisnes kita kepada selain sambal belimbing.
i. Kita mahu mengeluarkan sambal-sambal jenis lain.
ii. Kita mahu mengeluarkan makanan yang tidak ada kaitan dengan sambal.
Kita terpaksa keluarkan belanja membuat kempen re-branding.
Sudah banyak tenaga, masa, dan duit dikeluarkan dan terpaksa keluarkan lebih banyak duit lagi bagi memperkenalkan nama-nama baru.
Ada risiko kita mungkin kehilangan customer setia.
7. Nama itu jangan terlalu generik.
Nama yang terlalu generik adalah nama yang terlalu umum.
Contoh nama bisnes yang terlalu generik: JUTAWAN ENTERPRISE.
Apakah bisnes yang dijalankan oleh JUTAWAN ENTERPRISE? Dari nama itu orang tidak dapat hendak mengagak apa aktiviti bisnesnya.
Nama yang terlalu generik tidak mendorong orang ingin hendak ambil tahu dan hendak mengingati nama itu.
8. Nama itu tidak sesuai lagi apabila bisnes sudah menjadi besar.
Jangan memilih nama bisnes yang ada nama lokasi pada nama bisnes kita. Contohnya, KEDAI TAYAR JENJARUM. Jenjarum adalah nama sebuah pekan di Selangor.
Ada kesannya apabila kita hendak meluaskan bisnes kita ke wilayah yang lebih luas.
Itulah yang berlaku kepada nama syarikat Minnesota Manufacturing and Mining yang kemudian terpaksa melakukan re-branding menjadi 3M. Minnesota adalah nama negeri di US.
Begitu juga dengan nama Kentucky Fried Chicken yang kemudian menjadi KFC sahaja. Kentucky adalah nama negeri di US.
9. Nama itu terlalu perkauman.
Malaysia negara pelbagai kaum. Bisnes kita dan produk kita perlu mudah diterima oleh semua kaum.
Jangan sempitkan pasaran produk kita kepada mana-mana satu kaum sahaja.
10. Nama itu terlalu keagamaan.
Nama produk, logo, dan jenis huruf yang digunakan pada bisnes dan produk kita biarlah dapat diterima oleh semua rakyat Malaysia.
11. Elakkan nama catchy.
Perkataan dan frasa yang catchy adalah trending. Ia cepat menjadi bahasa basi. Selepas beberapa waktu orang rasa menyampah mendengar bahasa catchy itu.
12. Nama itu strategik.
Nama bisnes yang bagus mesti bersifat strategik, yakni ia dapat membezakan bisnes kita daripada bisnes-bisnes yang lain.
Apabila nama itu dijadikan brand, orang cepat kenal brand kita.
Jadi, jangan gunakan nama yang lebih kurang sama saja dengan nama-nama bisnes orang lain. Orang tak boleh nak fikir apa bisnes kita.
Penutup
Nama bisnes kita jangan terlalu kompleks, sampai orang tidak faham apa sebenarnya bisnes kita.
Kita pun tidak mahu nama yang terlalu biasa bunyinya, sampai ia tenggelam, orang tidak ingat.
Akhir sekali, nama bisnes yang baik mesti selaras dengan imej yang kita mahu bina untuk bisnes dan untuk produk kita.
Mahukah Anda Dapatkan Panduan Memulakan Bisnes Daripada Puan Ainon Mohd?

Panduan Memulakan Bisnes ini dihasilkan oleh Puan Ainon Mohd. Semua modul dan bonus ini disusun supaya anda lebih jelas strategi untuk memulakan bisnes.
Dalam panduan ini, anda akan belajar:
Modul 1: Cara Memilih Bisnes Pertama
Modul 2: Cara Memulakan Bisnes Kedua
Modul 3: Cara Memilih Produk Untuk Dijual
Modul 4: Model Business To Business (B2B)
Bonus 1: 12 Siri Memulakan Bisnes
Bonus 2: 14 Siri Bertahan Bisnes
Bonus 3: 12 Siri Kembangkan Bisnes
Bonus 4: 11 Video Nota Copywriting
Bonus 5: 23 Video Nota Marketing
Bonus 6: 26 Video Nota Jualan
Bonus 7: Group Khas Sekolah Bisnes
Klik butang di bawah untuk mula belajar.