12 Soalan Temuduga Kerja Di Syarikat Kecil

Sebagai pemilik bisnes, lazimnya kita tidak mempunyai ilmu dan kemahiran menjalankan sesi temuduga pengambilan pekerja. Kita perlu ada kemahiran dalam bertanya soalan temuduga yang betul.

Ini adalah panduan asas menjalankan sesi temuduga.

3 kerja yang dibuat sebelum sesi temuduga:

1. Membuat 3 senarai di bawah ini:

i. Senarai tugas-tugas yang menjadi tanggungjawab sehari-harian pekerja dalam jawatan itu.

ii. Senarai pengetahuan dan kemahiran-kemahiran teknikal yang kita sebagai majikan sanggup berikan latihannya kepada calon yang dipilih.

Sebagai contoh, kita mencari cashier, jika calon itu belum pernah menjadi cashier, kita akan ajar dia menjalankan tugasnya sebagai cashier.

Andainya calon sudah sedia mempunyai pengalaman dan kemahiran itu, maka itu adalah bonus.

iii. Senarai bakat, kepandaian, kecenderungan, minat, ciri-ciri personaliti, perangai, dan sikap-sikap positif yang selaras dengan tugas dan tanggungjawab dalam jawatan itu.

Perkara-perkara itu sangat penting sedia ada pada calon yang dipilih, dan kita tidak mungkin dapat mengajar dan melatih pekerja kita dalam perkara-perkara itu.

Sesi temuduga dijalankan adalah untuk mencungkil perkara-perkara itu pada calon.

Attracting: Menarik minat calon yang dicari-cari supaya mahu bekerja dengan kita.

2. Prescreening: Menapis calon-calon yang memohon.

3. Shortlisting: Memilih calon-calon yang akan dipanggil untuk hadir sesi temuduga.

Di bawah ini adalah panduan soalan temuduga yang asas dalam sesi interview nanti.

Daripada jawapan kepada soalan-soalan yang ditanyakan, kita akan mendapat maklumat yang penting berkenaan kesesuaian, kelebihan, dan kekurangan yang ada pada diri calon itu.

Ini 12 Soalan Temuduga Yang Anda Boleh Guna

Kami akan senaraikan 12 soalan temuduga dan huraikan supaya anda nampak bahawa soalan ini relevan dengan jawatan yang anda tawarkan.

1. “Apakah yang membuat tuan tertarik mahu memohon jawatan di sini?”

Kita mahukan calon yang betul-betul serius mahu bekerja dengan kita.

Daripada jawapan soalan temuduga itu kita boleh tahu sama ada calon yang tidak serius, mereka itu main mohon sahaja, ataupun dia memang benar-benar berminat hendak memohon jawatan itu.

2. “Sebelum ini tuan pernah buat kerja apa?”

Andainya dia pernah menjalankan pekerjaan yang sama dengan jawatan yang ditawarkan, itu petanda dia memang menyukai pekerjaan itu.

Katakanlah, kita membuka kedai makan ala-Thai. Kita mencari tukang masak.

Andai calon itu menjawab, dia pernah menjadi pembantu tukang masak di sebuah restoran Thai. Jika itu situasinya, kita boleh tanya soalan-soalan tambahan yang relevan.

3. “Apabila tuan hendak membuat sebarang keputusan, apakah yang lazimnya tuan lakukan sebelum membuat keputusan itu?”

Kita bertanya soalan temuduga itu bagi mencungkil maklumat di bawah ini:

i. Sama ada dia seorang yang berfikir dengan teliti dan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan.

ii. Sama ada dia seorang yang tidak suka berfikir panjang, banyak ikut gerak hati sahaja, sebelum mengambil keputusan.

4. “Apa kata kawan-kawan tuan tentang diri tuan. Sebagai contoh, mereka mungkin pernah mengatakan tuan seorang yang pendiam, ataupun suka berkawan, ataupun suka mencuba perkara baru, ataupun suka berjumpa orang.”

Jawapan kepada soalan temuduga ini relevan dengan jenis pekerjaan yang ditawarkan.

5. “Tuan suka bekerja secara bersendirian ataupun secara berkumpulan?”

Soalan temuduga ini relevan kepada jenis pekerjaan yang ditawarkan:

i. Pekerjaan yang memerlukan seseorang itu duduk di mejanya dan menjalankan kerjanya secara bersendirian.

ii. Pekerjaan yang memerlukan seseorang itu berbahagi-bahagi tugas, banyak berkomunikasi, dan bekerjasama dengan pekerja-pekerja lain.

iii. Pekerjaan yang memerlukan fleksibiliti dan multi-tasking antara bekerja sendiri dan bekerjasama dalam pasukan.

6. “Semua orang ada kelemahan. Apakah kelemahan-kelemahan tuan, dan bagaimana tuan boleh atasi?”

Semua calon ada kelemahan masing-masing.

Apabila ada calon yang tidak teragak-agak menerangkan kelemahan-kelemahan dirinya, itulah adalah suatu kekuatan.

Kita mahu tahu perkara yang mereka sudah suka buat, dan perkara yang mereka tidak suka buat.

Maklumat ini relevan dengan pekerjaan yang ditawarkan.

7. “Apakah bakat-bakat, kepandaian, dan kelebihan-kelebihan yang ada pada diri tuan?”

8. “Seandainya nanti berlaku konflik antara tuan dengan staff lain, ataupun customers, bagaimana cara tuan akan hadapi konflik macam itu?”

Sesetengah pekerjaan mendedahkan pekerja kita kepada pelanggan yang banyak komplen, suka marah-marah, dan kaki gaduh.

Kita memerlukan calon yang mempunyai kemahiran menangani pelanggan yang bermasalah.

Jawapan kepada soalan itu dapat menerangkan ciri-ciri personaliti dan kemahiran interpersonal calon itu.

9. “Apakah faktor yang mendorong tuan hendak berhenti bekerja di tempat kerja tuan sekarang?”

Jawapan kepada soalan temuduga itu mendedahkan apakah calon itu seorang yang tahu menghormati, menjaga nama baik, dan mengenang budi majikannya sekarang.

Daripada jawapannya itu juga kita dapat meramalkan sikap dan tingkah laku calon itu terhadap rakan sekerja, ketua, dan kepada kita sendiri pada masa depan.

10. “Apakah kelebihan-kelebihan lain yang ada pada diri tuan yang sesuai dan bagus untuk syarikat kami?”

Dari jawapan kepada soalan itu tergambar lebih banyak maklumat berkenaan personaliti calon itu.

11. “Ada masanya banyak pelanggan datang serentak, bagaimana tuan mahu atasi situasi macam itu?”

Dari jawapan kepada soalan temuduga itu kita boleh nampak sama ada calon itu dapat mengenalpasti perkara yang:

  • Mesti diutamakan,
  • Yang penting,
  • Yang kurang penting, dan
  • Masalah yang dijangka akan berlaku.

Itu adalah sebahagian daripada kemahiran membuat perancangan kerja.

12. “Apakah yang tuan bayangkan keadaan diri tuan 5 tahun dari sekarang.”

Bisnes kita lebih maju apabila kita mempunyai pekerja yang mempunyai cita-cita. Mereka itu mahu berkembang dan maju dalam kerjaya mereka.

Daripada jawapan mereka itu, kita boleh tengok sama ada calon itu mempunyai gol-gol yang mereka mahu capai dalam jangka masa segera, sederhana, dan panjang.

Pilih calon yang mendapat markah paling tinggi dalam sesi interviu.

Selain daripada 12 soalan temuduga di atas itu kita boleh tambah soalan-soalan lain yang sesuai dengan jenis bisnes yang kita jalankan dan jenis calon pekerja yang dicari.

Sebaiknya, walaupun kita majikan, jangan kita seorang sahaja yang menjalankan sesi temuduga itu.

Kita mempunyai prejudis dan bias, dengan mempunyai orang lain berada dalam sesi itu, kita akan mendapat perspektif lain berkenaan calon.

Mahukah Tuan Belajar Cara Mengambil Pekerja Berkualiti & Membuang Pekerja Toksik?

Panduan Mengambil Pekerja Berkualiti & Membuang Pekerja Toksik

Dalam panduan ini, anda akan belajar cara-cara mengambil pekerja yang betul agar dapat pekerja yang berkualiti dan cara membuang pekerja yang bermasalah dan toksik dalam syarikat.

Panduan ini dihasilkan bersama partner kami, HR Duo Biz. Trainer berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang HR akan membimbing anda.

4 Panduan & 49 Topik Video Yang Anda Akan Belajar:

Panduan 1: 19 Topik Langkah Demi Langkah Ambil Pekerja
Panduan 2: 4 Topik Manfaat Socso Dalam Belanjawan 2023
Panduan 3: 10 Topik Cara Memberhentikan Pekerja
Panduan 4: 16 Topik Cara Mengambil Tindakan Disiplin

Klik butang di bawah:

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?