3 Cara Untuk Guna Dan Memastikan SOP Berjalan Lancar

Pendahuluan

Setelah SOP (Standard Operasi Prosedur) anda disusun, adalah penting untuk memahami bagaimana untuk menggunakan SOP dan memastikan SOP berjalan lancar.

Artikel ini akan menjelaskan perkara-perkara yang perlu anda ketahui selepas membina SOP dan akan memperkenalkan konsep R-A-C (Responsibility, Accountable, Check) yang membantu anda dalam melaksanakan SOP dengan lancar.

R-A-C: Peranan Tiga Pihak Supaya SOP Berjalan Lancar

Dalam SOP, terdapat tiga pihak yang terlibat dalam setiap prosedur, dan setiap pihak ini memainkan peranan yang unik dalam melaksanakan SOP.

Pihak-pihak ini tidak boleh dilangkau atau digantikan oleh pihak lain dan penting untuk memahami perbezaan peranan mereka:

1. Responsibility (Bertanggungjawab):

Ini adalah individu atau pihak yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan yang diberikan dalam SOP.

Contohnya, dalam perniagaan bank, orang yang mengendalikan urusan kewangan seperti akauntan atau casher adalah yang bertanggungjawab untuk tugas tersebut.

Dalam bidang pembinaan, pekerja buruh mungkin adalah yang bertanggungjawab untuk menjalankan tugas fizikal.

2. Accountable (Bertanggungjawab):

Individu atau pihak yang bertanggungjawab untuk memantau dan memastikan bahawa kerja dilaksanakan mengikut jadual atau matlamat yang ditetapkan dalam SOP.

Contohnya, dalam bank, ketua akauntan mungkin adalah yang bertanggungjawab untuk memantau pelaksanaan SOP oleh akauntan.

Dalam projek pembinaan, ketua projek bertanggungjawab untuk memastikan tugas-tugas dijalankan seperti yang diarahkan dalam SOP supaya SOP berjalan lancar.

3. Check (Semak):

Individu atau pihak yang akan membuat semakan selepas kerja selesai untuk memastikan bahawa ia dilaksanakan mengikut SOP dan memenuhi standard yang ditetapkan supaya SOP berjalan lancar.

Contohnya, dalam bank, juruaudit mungkin akan melakukan semakan untuk memeriksa bahawa transaksi dilaksanakan mengikut SOP.

Dalam projek pembinaan, konsultan mungkin akan menyemak sama ada pembinaan mengikut jadual dan peraturan yang ditetapkan dalam SOP.

Penutup

Memahami konsep R-A-C (Responsibility, Accountable, Check) adalah penting dalam melaksanakan SOP dengan berkesan.

Setiap pihak dalam R-A-C memainkan peranan yang unik untuk memastikan bahawa prosedur dalam SOP dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Dengan pemahaman yang betul, SOP berjalan lancar dan menjadi alat yang berguna untuk menjaga standard operasi dalam perniagaan anda dan meminimumkan kesalahan serta ketidakselarasan.

Selamat menggunakan SOP anda dengan baik dan terus berkongsi manfaatnya.

Mahu Kami Guide Anda Bina & Laksanakan SOP Supaya Bisnes Anda Boleh Beroperasi Dengan Lancar Walaupun Anda Sedang Bercuti?

Kami rekomen untuk anda dapatkan Panduan VIP SOP.

Pakej Panduan VIP Membina SOP merupakan himpunan semua panduan berkaitan SOP bisnes supaya bisnes anda boleh beroperasi dengan lancar dan lebih produktif.

Sehingga kini, sudah ada 4 modul dan 50 topik panduan video membina SOP.

4 Panduan Yang Anda Akan Dapat:

Panduan 1: 11 Topik Asas & Kefahaman Membina SOP
Panduan 2: 26 Topik Cara Membina & Melaksanakan SOP
Panduan 3: 5 Topik Menguatkuasa & Membaiki SOP
Panduan 4: 8 Topik Menulis Buku Rujukan SOP

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?