4 Kesan Negatif Pengurusan Gaya Micro Management

Menjadi majikan yang mengamalkan pengurusan gaya micro adalah strategi yang salah.

Dalam bisnes kita mahu pekerja yang tinggi produktivitnya, setimpal dengan gaji yang dibayar. Sedangkan micro-managing tidak mampu menaikkan produktiviti pekerja.

Micro-managing mencipta kesan emosi negatiff pada pekerja. Mereka mengalami kesan emosi negatif seperti di bawah:

i. Mereka berasa kerja-kerja yang dibuat itu macam lebih payah daripada sebenarnya.

7 Langkah Mendorong Staff Mahu Berfikir. 4 Kesan Negatif Pengurusan Gaya Micro Management.

ii. Mereka berasa kerja-kerja yang mereka buat itu tidak menyeronokkan, walaupun kerja itu disiapkan dengan betul mereka rasa kurang puas hati menjalankan kerja-kerja mereka.

4 Kesan Negatif Pengurusan Gaya Micro Management Ke Atas Produktiviti Majikan Itu Sendiri.

1. Majikan menggunakan banyak masa menjalankan tugas pemantauan.

Banyak masa terbuang kerana majikan sentiasa memantau dan mengawasi pekerjanya. Sepatutnya masa itu digunakan bagi menjalankan kerja-kerja mengembangkan bisnes.

Demi hendak memantau pekerja, majikan kena sentiasa berada di tempat kerja.

Di satu sisi majikan tidak dapat hendak keluar sedangkan kerja-kerja mengembangkan bisnes berlaku di luar, seperti berjumpa dengan peniaga lain bagi meluaskan kerjasama dan networking.

Di sisi lain, pekerja yang berasa dirinya sentiasa dipantau dan diawasi boleh mengalami stress. Stress menurunkan produktiviti.

Pekerja berasa stress disebabkan dia sentiasa khuatir jika dia tersilap membuat kerjanya, dia takut dimarahi oleh majikan ataupun diambil tindakan.

Majikan yang melakukan micro-managment percaya kerja-kerja memantau dan mengawasi perkaja mesti dibuat, ia adalah langkah berjaga-jaga supaya tidak berlaku perkara yang tidak diingini.

Tujuannya adalah dia mahu memastikan pekerja tidak melakukan perkara yang tidak mematuhi peraturan di tempat kerja.

Perbuatan terlalu memantau dan mengawasi pekerja menyebabkan majikan tidak banyak masa bagi menjalankan kerja-kerja hakikinya sebagai orang bisnes, iaitu mengembangkan bisnesnya.

2. Majikan tidak memberi autonomi kepada pekerja.

Fitrah manusia, mereka mahukan kuasa dan kebebasan dalam menentukan cara-cara bagaimana mereka menjalankan tugas-tugas yang diserahkan kepada mereka. Itulah maksud autonomi di tempat kerja.

Majikan yang tidak memberi autonomi kepada pekerja apabila melakukan perkara-perkara di bawah ini:

i. Dia banyak membuat peraturan. Itu boleh, ini tak boleh. Lebih banyak yang tak boleh daripada yang boleh.

ii. Dia banyak menyuruh-nyuruh dan mengarah-arah pekerja.

iii. Dia banyak memantau dan mengawasi pekerjanya bekerja.

iv. Dia banyak menegur pekerjanya.

v. Dia mahu ambil tahu semua perkara, perkara yang dia tak perlu tahu pun dioa mahu ambil tahu.

vi. Hanya dia boleh buat keputusan, tak kiralah sama ada keputusan itu remeh-temah ataupun tidak.

vii. Dia banyak membuat peraturan.

Autonomi amat penting bagi menaikkan produktiviti pekerja:

Autonomi adalah sumber motivasi dan semangat kerja. Pekerja yang diberi autonomi menjalankan tugasnya dengan bersemangat dan menghasilkan produktiviti lebih tinggi.

Autonomi mampu menaikkan perasaan puas hati atas pekerjaan yang dijalankan. Perasaan puas hati mencetuskan motivasi intrinsik dalam diri si pekerja. Dorongan itu menaikkan produktivitinya. Micro-managing memadam semangat kerja dan menghapuskan perasaan puas hati pekerja.

3. Majikan membunuh kreativiti pekerja.

4 Kesan Negatif Pengurusan Gaya Micro Management.

Majikan yang mengamalkan micro-managing tidak mampu membangunkan kompetensi pekerjanya.

Bisnes berkembang apabila pekerjanya berkembang. Sebaliknya si majikan fokus pada hendak memantau dan mengawasi, bukannya mendorong pekerja supaya mendapatkan skill-skill baru.

i. Dia tidak mendorong pekerja supaya mencipta idea-idea mereka sendiri.

Idea-idea baru penting bagi mengembangkan bisnes. Semua cadangan dan idea mesti datang dari majikan sendiri.

Disebabkan otaknya banyak digunakan bagi memantau dan mengawasi pekerja, dia tidak sempat hendak berfikir bagi tujuan mencipta idea-idea baru.

ii. Dia tidak mendorong pekerja supaya mencipta strategi kerja bagi menaikkan produktiviti mereka sendiri.

Disebabkan majikan mahu mengawal serba-serbi, dia tidak mendorong pekerja supaya mencipta idea dan strategi. Akibatnya, dalam bisnesnya tidak ada inovasi menjadikannya kalah kepada kemajuan bisnes pesaing.

4. Majikan tidak mendorong perkembangan bakat dan kemahiran pekerjanya.

Bisnes mampu berkembang apabila bakat, pengetahuan, dan kemahiran pekerjanya berkembang.

Pekerja berkembang dengan cara mereka dibenarkan dan didorong supaya berani mencuba idea-idea baru dan belajar daripada kesilapan yang mereka lakukan.

Majikan yang micro-managing tidak mendorong bakat dan pengetahuan pekerjanya supaya berkembang sendiri:

i. Tidak mendorong pekerja belajar sendiri bagaimana mereka boleh jalankan tugas mereka.

ii. Tidak mendorong pekerja bereksperimen, yakni mencuba cara-cara baru bagi menjalankan tugas yang sama.

Akibatnya, pekerja tidak membangunkan kemahiran-kemahiran baru.

Apakah tanda-tanda majikan yang melakukan micro-managing?

1. Kita mahu hadir dalam semua meeting dan diskusi yang dijalankan oleh pekerja.

Kita hendak terlibat sama dalam semua perkara.

4 Kesan Negatif Pengurusan Gaya Micro Management.

i. Kita tak boleh nak biarkan pekerja kita buat meeting sendiri, fikir sendiri, cari jalan sendiri.

ii. Kita hendak tahu apa yang mereka fikirkan dan apa yang mereka cakap.

iii. Kita hendak ikut sama bercakap dalam semua keputusan.

Apabila majikan terlibat dalam semua perkara, inilah yang berlaku:

i. Pekerja tidak dapat hendak menambah sebarang nilai baru. Nilai baru datang dari idea-idea baru.

ii. Pekerja akan sentiasa menunggu keputusan dari majikan. Mereka takkan berani membuat keputusan sendiri.

2. Semua pekerjanya tidak cukup bersungguh menjalankan kerja mereka, tidak cukup rajin, tidak cukup produktif, tidak cukup bijak.

Perkara itu memang ada betulnya.

Inilah puncanya, disebabkan pekerja pintar tak tahan bekerja dengan majikan yang micro-managing, mereka cepat berhenti kerja. Jadi, yang tinggal adalah pekerja yang kurang pintar.

Pekerja-pekerja yang kurang pintar memang lebih selesa membiarkan majikan sahaja yang membuat semua idea dan keputusan. Mereka akan tunggu arahan dan buat seperti yang disuruh.

3. Majikan yang micro-managing tidak mengamalkan Hukum 70% dalam mengurus bisnesnya.

Hukum 70% ini mengatakan begini: Apabila pekerja kita sudah boleh buat 70% dibandingkan 100% yang kita sendiri boleh buat, kita mesti serahkan tugas itu kepada dia.

Di mana bagusnya Hukum 70% itu?

Hukum 70% itu bijak, kerana kita tidak perlu buat apa-apa, tetapi 70% pekerjaan itu sudah siap dibuat oleh pekerja kita. Kita dapat gunakan masa kita bagi membuat kerja-kerja hakiki kita sebagai majikan dan orang bisnes.

Majikan yang micro-managing tidak mahu menyerahkan tugas kepada pekerjanya yang cuma 70% pandai melakukan tugas itu.

Si majikan hanya mahu mendelegasikan tugas kepada pekerja yang 120% lebih pandai dibandingkan dirinya. Akibatnya, dia tidak akan menyerahkan tugasnya kepada sesiapa.

4. Majikan yang micro-managing mahu supaya pekerjanya buat kerja betul-betul macam cara dia sendiri buat.

Kesannya adalah:

i. Pekerja takkan buat apa-apa selain yang disuruh dan diarahkan. Mereka menjadi pekerja pasif, disuruh baru dibuat, tidak disuruh maka tidak dibuat.

ii. Pekerja berasa tidak selamat jika dia tidak buat kerjanya betul-betul ikut cara yang majikannya buat.

5. Majikan membuat semua keputusan dan menyelesaikan semua masalah.

Itu menyebabkan kita bekerja 7 hari seminggu.

Kita sebagai pemilik bisnes kecil, kita perlu mengamalkan prinsip empowerment, meskipun pekerja kita hanya beberapa orang. Jika tidak, staff akan menjadi beban kepada kita. Itulah yang berlaku apabila kita terlalu memantau dan mengawasi mereka.

Dengan mengamalkan prisnip empowerment, barulah staff benar-benar menjadi aset dalam bisnes kita. Mereka meringankan beban kerja kita. Mereka juga membantu mengembangkan bisnes kita.

Belajar Teknik Komunikasi Sebagai Ketua Untuk Menaikkan Semangat Kerja Staff Supaya Lebih Rajin & Kuat Bekerja.

Dalam panduan ini, anda akan belajar 4 jenis teknik komunikasi ketua yang boleh menaikkan semangat kerja staff supaya lebih rajin bekerja, boleh menerima arahan dan teguran daripada anda.

Panduan ini dihasilkan bersama partner kami, Team Lead Like Muhammad.

4 jenis teknik yang anda akan belajar iaitu:

Panduan 1: Mendorong & Menaikkan Semangat Kerja Staff
Panduan 2: Memberi Arahan Berkesan
Panduan 3: Menegur Untuk Kebaikan Pasukan
Panduan 4: Mengurus Konflik Dalam Pasukan

Klik butang di bawah untuk info lanjut.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?