5 Panduan Menurunkan Kadar Pekerja Berhenti

Bisnes kita yang sekarang ini kecil dapat membesar apabila perkerja kita tahan bekerja lama di syarikat kita.

Dengan cara itu baru kita dapat manfaatkan kemahiran mereka bagi mengembangkan bisnes kita.

Dalam realiti, adalah normal apabila pekerja kita tidak akan selamanya akan bekerja di syarikat kecil kita sampai usia mereka bersara.

Tetapi adalah tidak normal apabila pekerja kita asyik keluar masuk sahaja.

5 Punca Utama Pekerja Berhenti

Hasil kajian oleh pakar-pakar pengurusan bisnes kecil melaporkan 5 punca utama pekerja berhenti:

1. Gaji Lebih Tinggi

Biarpun pekerja kita suka bekerja di syarikat kecil kita, apabila mereka menerima tawaran gaji yang jauh lebih tinggi, mereka sukar menolaknya. Ini memang faktor yang jelas kepada pekerja berhenti.

Situasi begitu adalah normal. Disebabkan bisnes kita masih kecil, kita tidak mampu membayar gaji tinggi.

Apabila situasi itu berlaku, kita lepaskan pekerja itu dengan cara yang baik, tujuannya supaya mereka terus mahu berhubung dengan kita.

Dia bukan lagi pekerja kita, sebaliknya mereka menjadi sahabat kita dalam urusan lain.

2. Hubungan Tak Baik

Inilah adalah isu yang kerap berlaku di syarikat kecil.

Dalam syarikat kecil, kita melantik supervisor atau penyelia. Di sini pentingnya kita melantik penyelia yang pandai memelihara hubungan baik dengan semua pekerja.

Apabila hubungan dengan ketua di atasnya baik, lazimnya pekerja kita sanggup terus bekerja dengan gaji yang lebih kurang sama dengan gaji di tempat lain.

Namun dalam kebanyakan syarikat kecil, biasanya orang kuat kita adalah juga orang yang ada hubungan peribadi dengan kita seperti pasangan kita, anak kita, ataupun adik beradik dan saudara mara kita.

Kita lantik mereka menjadi orang kuat kita meskipun mereka tidak mempunyai bakat dan kelayakan menjadi ketua kepada pekerja kita.

Walaupun kita sendiri mungkin disukai oleh pekerja kita, tetapi apabila orang kuat kita tidak pandai memelihara hubungan baik, pekerja kita yang terbaik pun akan berhenti kerja.

Ini antara isu utama yang membuatkan pekerja berhenti.

3. Bosan

Pekerja yang rajin, produktif, dan mahu memajukan diri mereka cepat bosan dengan tugas-tugas yang tidak memberi makna kepada jiwa mereka.

Mereka bosan dengan pekerjaan yang tidak semakin memandaikan otak mereka, malah membuat mereka berasa semakin lama bekerja di syarikat kita semakin bodoh mereka jadinya.

Mereka bosan membuat kerja yang berulang-ulang tanpa nilai kreatif, yang tidak mencipta peluang mereka mengembangkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

4. Pengurusan Lemah

Dalam kes ini, kita sebagai majikan tidak pandai mengurus semangat pekerja kita.

Sikap-sikap negatif, kebodohan, dan perangai buruk kita sebagai majikan adalah antara faktor pekerja yang baik sekalipun akan berhenti.

5. Tidak Dilibatkan

Pekerja yang berasa diri mereka hanya dilayan macam pekerja bodoh, tidak dilibatkan dalam aktiviti membangunkan bisnes, lama kelamaan pekerja berhenti juga.

Pekerja akan berasa diri mereka dilibatkan apabila mereka diberi peluang di bawah ini:

i. Mereka diberi tugas-tugas yang memaksa mereka menggunakan otak dan ilmu mereka.

ii. Mereka diberi kebebasan menyelesaikan masalah dalam tugas-tugas mereka.

iii. Mereka diajak berfikir dalam mencari idea-idea baru dan menyelesaikan masalah urusan dan perjalanan bisnes.

iv. Majikan menyokong daya usaha yang mereka fikir sendiri dan jalankan bagi menaikkan produktiviti mereka.

5 Langkah Untuk Buat Pekerja Mahu Bangunkan Bisnes & Syarikat

Berikut adalah langkah-langkah yang mampu membuat pekerja seronok kerana mereka diberi peluang ikut sama membangunkan bisnes dan syarikat:

1. Cipta peluang supaya pekerja dapat ikut sama-sama berfikir membuat rancangan masa depan syarikat.

Mereka itu dapat ikut berfikir hanya apabila mereka tahu apa sebenarnya nilai tonggak, misi, dan visi syarikat kita.

2. Amalkan dasar pintu terbuka.

Kita mesti sedia terima secara terbuka feedback atau maklum balas dari pekerja berkenaan sejauh mana strategi bisnes yang digunakan sekarang berkesan ataupun sebaliknya.

3. Dasar Sengseng Lengan Baju

Dari waktu ke waktu, apabila diperlukan, kita mesti sanggup turun padang, ikut masuk ke dalam lumpur dan selut, bekerja bahu membahu dengan pekerja kita.

Barulah nanti kita nampak bagaimana sukarnya tugas yang sedang dilaksanakan oleh pekerja kita.

Dari situ kita akan tahu langkah-langkah yang dapat dilakukan bagi memudahkan tugas mereka. Barulah tiada pekerja berhenti.

4. Masa Minum Kopi

Sekali-sekala kita ambil masa untuk duduk-duduk minum kopi dengan pekerja kita, sambil bercerita dan menikmati masa santai dengan mereka.

Dalam sesi mengopi macam itu mereka berasa releks dan lebih terbuka bagi bercakap dari hati ke hati. Ini dapat membantu daripada pekerja berhenti.

5. Kongsi Kesilapan

Apabila berlaku kesilapan, fokus mencari penyelesaiannya sahaja dengan tidak mengorek dan mempersalahkan sesiapa.

Kemudian, kongsikan solusi itu dengan semua pekerja supaya mereka sentiasa tahu kemajuan terbaru dalam syarikat. Dari kesilapan itu semua orang dapat belajar dan mengelakkan masalah pekerja berhenti.

Penutup

Bisnes-bisnes kecil yang berjaya membesar adalah disebabkan sikap pendirinya yang aktif belajar ilmu-ilmu pengurusan syarikat dan bisnes.

Mereka ambil masa membaca buku-buku pengurusan dan masuk kursus supaya kurang kadar pekerja berhenti.

Paling kita risau adalah masalah pekerja berhenti beramai-ramai.

Belajar pelbagai modul yang merangkumi aspek-aspek penting dalam pengurusan hr.

Kursus Kira-Kira HR (Melintang)

Ini 5 modul yang puan-puan akan belajar : 

Modul 1: Pengurusan Gaji
Modul 2: Kira-Kira Faedah Pekerja
Modul 3: Analisis Kos Pekerja
Modul 4: Perancangan Anggaran HR (Manpower Cost)
Modul 5: Audit Dan Pematuhan HR

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?