7 Langkah Mendorong Staff Mahu Berfikir

Staff kita adalah sumber idea-idea yang kita perlukan bagi memperbaiki dan mengembangkan lagi bisnes kita.

Kita wajib belajar cara mendorong supaya staff mahu berfikir untuk tambah baik lagi bisnes kita.

Mereka mampu mengemukakan idea-idea dan sudut pandangan dari perepektif lain, yang tidak terfikir oleh kita. Mereka menjadi sumber inovasi dalam syarikat kita.

Namun banyak majikan komplen staff mereka tidak mahu tolong berfikir. Semuanya majikan yang kena fikir. Staff cuma buat apa yang disuruh sahaja.

Mereka menjadi staff pasif. Jika ada perkara tak betul, staff cuma tengok sahaja, dibiarkan sahaja, selagi tidak disuruh dia tidak mahu buat apa-apa bagi membetulkan keadaan.

7 Langkah Mendorong Staff Mahu Berfikir

Sebagai contoh, staff tahu yang jualan makin menurun.

Mereka nampak customer cuma datang sekali, kemudian tidak datang lagi, tetapi mereka tidak mahu berfikir mencari jalan macam mana hendak menaikkan jualan.

Sebenarnya, pada awal masuk bekerja, majoriti staff kita memang mempunyai sikap dan semangat mahu menyumbang untuk kemajuan bisnes majikannya dengan cara mengemukakan idea dan cadangan.

Tetapi lama kelamaan, mereka menjadi pasif, tidak mahu lagi mengemukakan idea dan cadangan. Mereka cuma buat apa-apa yang disuruh sahaja, jika perkara itu tidak disuruh, mereka tidak buat.

Kesilapan Majikan Yang Buat Staff Tidak Mahu Berfikir

Hal demikian itu berlaku apabila kita sebagai majikannya melakukan kesilapan-kesilapan ini:

1. Semasa staff sedang bercakap mengemukakan ideanya, kita tidak menunjukkan minat pada ideanya itu.

Contohnya:

i. Kita tidak memandang muka staffnya yang sedang bercakap itu. Sebaliknya, kita pandang pada kejadian lain.
ii. Kita sibuk buat kerja lain, seperti membaca mesej dan menjawab mesej dalam fon.

2. Kita tidak memberi masa yang secukupnya kepada staff yang bercakap dan menerangkan ideanya sampai dia puas hati. Staff belum habis bercakap, kita sudah komen ideanya.

3. Kita mengkomen kekurangan dan kelemahan yang ada pada idea dan cadangan yang dikekukakannya.

4. Kita cepat memberitahu alasan-alasan mengapa ideanya itu tidak meyakinkan, tidak praktikal, tidak pasti betul, maka tidak dapat diterima.

Contohnya, kita berkata:

a. “Dulu kita sudah pernah cuba buat macam itu, tapi tak jalan, buang duit saja.”
b. “Susahlah, customers belum tentu suka kalau kita buat macam itu. Nanti dia orang komplen.”
c. “Kawan saya pernah buat idea yang lebih kurang macam itu, tapi saya tengok macam tak menjadi saja.”

Dalam situasi seperti itu, staff hilang semangat hendak membantu kita dengan sama-sama berfikir mencari jalan-jalan dan idea bagi memajukan bisnes kita.

Ataupun mereka memang mempunyai idea cadangan, tetapi sengaja tidak mahu lagi mengemukakan cadangan mereka disebabkan mereka percaya majikan akan komen secara negatif.

Beginilah cara yang betul: Sebagai majikan, walaupun kita tidak berminat dengan ideanya itu, kita kena dengar juga dia bercakap sampai habis dia menerangkan ideanya.

Tujuan Mendengar Idea Staff

Tujuan kita mendengar itu adalah:

i. Kita tidak mahu mematahkan semangatnya. Jika dia patah semangat, lain kali dia tidak mahu berfikir lagi.

ii. Kita mahu mendorong dia supaya suka mengemukakan idea dan cadangannya pada masa-masa lain.

Kita mahu dia terus suka berfikir dan mengemukakan idea-idea dan cadangannya pada masa-masa depan.

7 Langkah Mendorong Staff Mahu Berfikir

Idea yang dia kemukakan sekarang itu memang kita anggap tidak praktikal, tetapi kita tetap dengar juga dia bercakap. Mana tahu pada masa lain dia ada idea yang sangat praktikal.

Ada kajian yang melaporkan, staff puas hati dapat bercakap sampai habis, walaupun ideanya itu terbukti tidak juga kita terima dan laksanakan.

Itu berbeza dengan kesan apabila kita tidak minat hendak mendengar dia bercakap sampai habis. Dia belum selesai menerangkan ideanya, kita sudah komen dan tolak ideanya. Perbuatan kita itu membuat dia amat tidak puas hati. Lain kali dia tidak mahu bercakap lagi.

Bukan hari-hari staff kita dapat bercakap dengan kita sambil mengemukakan ideanya. Sebulan tak tentu sekali. Malah, setahun tak tentu sekali.

Jadi, walaupun kita sibuk, kita mesti beri kesempatan mereka mengemukakan idea mereka. Itulah cara kita mendorong mereka membantu kita berfikir macam mana hendak menaikkan bisnes kita.

SOP Mendengar Idea Staff.

Beginilah SOP mendengar staff kita mengemukakan idea mereka:

  1. Kita dengar sahaja dengan tekun dia bercakap dari awal sampai akhir.
  2. Meskipun kita mempunyai pendapat, kita diam sahaja, tidak komen apa-apa. Simpan pendapat kita dalam hati.
  3. Idea yang kita tolak pun tidak dikomen. Kita tolak dalam diam saja. Jangan diberitahu idea itu kita tolak. Jangan diterangkan alasan mengapa idea itu ditolak.
  4. Idea yang kita terima pun tidak dikomen. Kita terima dalam diam saja. Jangan diterangkan alasan-alasan mengapa idea itu diterima. Jangan juga dipuji-puji kebagusan idea itu.
  5. Elakkan melantik orang yang ideanya kita terima supaya dia juga yang melaksanakan ideanya itu. Lantik orang lain yang mempunyai kemampuan melaksanakannya.
  6. Jangan diterangkan alasan mengapa kita melantik orang lain bagi melaksanakan idea itu. Simpan alasan-alasan itu dalam hati kita.
  7. Jangan diberitahu kepada pelaksana idea itu cara-cara bagaimana dia perlu laksanakan idea tersebut. Biar dia sendiri memikirkan macam mana dia mahu laksanakan idea itu.

Belajar Teknik Komunikasi Sebagai Ketua Untuk Mendorong Staff Mahu Berfikir Dan Lebih Rajin Bekerja.

Dalam panduan ini, anda akan belajar 4 jenis teknik komunikasi ketua yang boleh menaikkan semangat kerja staff supaya lebih rajin bekerja, boleh menerima arahan dan teguran daripada anda.

Panduan ini dihasilkan bersama partner kami, Team Lead Like Muhammad.

4 jenis teknik yang anda akan belajar iaitu:

Panduan 1: Mendorong & Menaikkan Semangat Kerja Staff
Panduan 2: Memberi Arahan Berkesan
Panduan 3: Menegur Untuk Kebaikan Pasukan
Panduan 4: Mengurus Konflik Dalam Pasukan

Klik butang di bawah untuk info lanjut.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?