About Course
Belajar teknik menjadi seorang pemimpin yang berkarisma, berkredibiliti dan berdaya pengaruh.
SITUASI & ISU KEBANYAKAN USAHAWAN
Ketua yang baik adalah ketua yang mampu memberi inspirasi dan motivasi yang bagus kepada anak buahnya. Dorongan yang betul dan baik bakal memotivasikan anak buah. Ia akan menjadikan mereka lebih bersemangat dan bekerja lebih cemerlang.
Oleh itu teknik dan kaedah memberi motivasi yang mudah seharusnya dipraktikkan oleh ketua. Ini bagi mendorong anak buahnya bekerja dengan bersemangat dan cemerlang walaupun dalam keadaan krisis.
MANFAAT APABILA MENJADI PEMIMPIN BERKREDIBILITI DAN BERPENGARUH
Manfaat sekiranya tuan puan mula untuk belajar menjadi pemimpin yang berkarisma, berkredibiliti dan berdaya pengaruh.
- Anak Buah Akan Lebih Suka, Lebih Senang & Gembira Bekerja Dengan Anda.
- Produktiviti Dalam Bisnes Meningkat & Anak Buah Ada Sifat Kerjasama.
- Anda Seronok Staff Ada Inisiatif Sendiri Tanpa Perlu Tunggu Arahan
- Keyakinan Diri Staff Anda Meningkat & Boleh Memimpin Team Mereka Sendiri.
- Anda Gembira Staff Sentiasa Beri Idea & Cadangan Untuk Majukan Syarikat.
- Menaikkan Daya Pengaruh Anda Dalam Syarikat Anda Yang Lebih Positif.
4 kursus yang sangat penting untuk tuan puan mula menjadi seorang pemimpin yang berkarisma, berkredibiliti dan mempunyai daya pengaruh.
Panduan Teknik Pengucapan Berkarisma
Modul 1: Kepentingan Pengucapan Berimpak Tinggi
- Apa kaitan antara pengucapan & kepimpinan?
- Bagaimana ucapan yang baik memberi impak dalam diri anda sebagai pemimpin?
- Apa Impak Pengucapan Berkarisma Dalam Syarikat Atau Organisasi Anda?
Modul 2: Teknik Sebutan Plosif Untuk Ucapan Dramatis
Untuk buat orang berminat memandang pada wajah orang yang sedang bercakap.
Modul 3: Teknik Sebutan Frikatif Untuk Ucapan Energetik
Untuk buat audiens merasai bahawa orang yang bercakap itu seorang yang mempunyai tenaga dalaman yang kuat.
Modul 4: Teknik Sebutan Nasal Untuk Ucapan Merdu
Untuk buat pendengar merasakan orang yang bercakap itu mempunyai suara yang lunak di telinga.
Panduan Menjadi Pemimpin Berkredibiliti
Modul 1: Kemahiran Self Monitoring Pemimpin.
- Kepimpinan yang berkesan bermula dengan kemahiran memimpin diri sendiri.
- Kemahiran memantau dan mengawal tingkah laku, emosi dan komunikasi.
- Mengawal aspek-aspek tersebut bersesuaian dengan situasi dan konteks semasa.
- Amalkan 5 langkah melakukan self-monitoring supaya kepimpinan menjadi lebih berkesan.
Modul 2: Kepimpinan Berpengaruh
- Memahami apa yang dikatakan daya pengaruh.
- Mengamalkan 6 ciri Bahasa Persuasif.
- Menaikkan unsur karisma.
Modul 3: Mendorong Perubahan Tingkah Laku Pasukan
- Menjadi ketua yang pandai memuji.
- Menjadi ketua yang pandai menegur.
- Menjadi ketua yang pandai ketap bibir dan menutup mata pada kesalahan kecil.
- Menjadi ketua yang pandai memberi arahan.
- Menjadi ketua yang mengamalkan double standard.
Panduan Membina Daya Pengaruh & Mendorong Staff
Modul 1: Menjadi Ketua Yang Mampu Memberi Motivasi Dan Inspirasi Kepada Anak Buah.
- Tanda-tanda seseorang ketua itu sudah menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada anak-anak buah dan orang-orang bawahannya.
- Apakah sikap dan personaliti ketua yang mampu memotivasikan anak-anak buahnya?
- Apakah kaedah yang mampu menaikkan semangat pasukan melalui gaya bahasa berdaya pengaruh oleh seorang ketua?
Modul 2: Mencipta Ketampanan Sosial Agar Menjadi Ketua Yang Berpengaruh
- Apakah itu yang dikatakan sebagai ketampanan sosial?
- Konten percakapan yang boleh menaikkan ketampanan sosial seorang ketua.
- Kesan-kesan tingkah laku staf dan orang bawahan yang termotivasi dengan ketuanya?
Panduan Mengurus & Memimpin Syarikat
Modul 1: Ketua Sebagai Suri Tauladan
- Bagaimana anda boleh menjadi contoh kepada staff anda?
- Apakah beza teknik mengurus mengikut teori Barat dan teknik Nabi?
- Bagaimana dikatakan bahawa aplikasi teknik mengurus gaya Nabi ini dikatakan sesuai dengan zaman moden ini?
Modul 2: Ketua Yang Bijak Membentuk Pasukan Yang Berkesan
- Bagaimana pasukan yang berkesan terbentuk dan ciri utama?
- Kaedah mengendalikan staff dari pelbagai tahap.
- Apakah kaedah dorongan yang boleh diaplikasi untuk menghasilkan hasil pasukan berkesan di waktu krisis?
Course Content
4 Siri Panduan Kepimpinan Berkredibiliti Dan Berpengaruh
-
Panduan Teknik Pengucapan Berkarisma
02:04:05 -
Slide Teknik Pengucapan Berkarisma
-
Panduan Menjadi Pemimpin Berkredibiliti
02:34:45 -
Panduan Membina Daya Pengaruh & Mendorong Staff
01:42:25 -
Panduan Mengurus & Memimpin Syarikat
02:00:59