Diskaun 10% Hanya Di Halaman Ini Sahaja

Bengkel Intensif Kewangan Bisnes Enterprise

''Mahukah Tuan Belajar Urus Akaun Enterprise, Sdn Bhd, Beli Asset & Guna Fasiliti Bank?''

Selama 2 hari, anda akan belajar bagaimana cara mengurus dokumen kewangan supaya bisnes anda boleh berkembang mengikut undang-undang tanpa takut dengan LHDN.

15-16 Ogos 2023 (Selasa-Rabu)

Hari
Jam
Minit
Saat

Lokasi

Bilik Seminar ABS Digital, No 26-1F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Tarikh

15-16 Ogos 2023 (Selasa-Rabu)

Masa

10 pagi – 4 Petang
(Masa Rehat: 1 Petang - 2 Petang)

Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan

Majoriti usahawan tidak mengambil endah perihal pengurusan dokumen kewangan kerana mereka beranggapan hal seperti ini sangat leceh & susah untuk dilakukan. 

Akhirnya apa yang berlaku adalah:

Manfaat Apabila Mahir Urus Kewangan

Terlampau besar manfaat sekiranya tuan puan mula untuk menyusun dokumen kewangan & menguruskan kewangan dengan betul bermula hari ini. Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula. 

Antara manfaat nya adalah:

Tahu bagaimana nak buat bisnes lebih untung.

Dapat buat keputusan bisnes yang lebih baik.

Boleh guna fasiliti bank seperti loan.

Boleh beli kereta & rumah dengan enterprise.

Tahu punca duit keluar & masuk setiap hari.

Tahu bagaimana cara nak kembangkan bisnes.

Apa Yang Anda Akan Belajar dalam bengkel ini?

Kami membawakan 4 kursus yang sangat penting untuk tuan puan mula urus kewangan dengan betul. Semua modul ini disusun supaya tuan puan mudah faham untuk terus apply hari ini juga.

Selain itu, kami bahagikan kepada 2 sesi supaya tuan puan dapat hadam setiap penyampaian untuk tuan puan suaikan dalam bisnes tuan puan. Ada sesi pagi & petang. Hanya 2 jam sahaja.

Topik 1: Mengurus Akaun Bisnes Enterprise

Modul 1: Mengurus Akaun Bank

Apabila hendak menguruskan akaun bank, ramai orang bisnes menggunakan kaedah yang menyusahkan iaitu dengan mencampakkan semua urusan bank dalam satu akaun sahaja.

Dengan menggunakan kaedah seperti itu, mereka berdepan dengan 3 masalah.

Masalah pertama ialah susah untuk buat akaun. Proses membuat akaun jadi 3 kali ganda lebih perlahan. Apabila akaun lambat siap, lambat untuk melihat dan menganalisa akaun.

Masalah kedua ialah akaun akan menjadi sangat berserabut. Duit masuk orang bayar hutang pun masuk akaun yang sama, duit sales masuk akaun yang sama.

Masalah ketiga ialah risiko dikenakan penalti atas dua sebab pertama ialah sebab lewat hantar laporan pendapatan kedua ialah atas sebab terkurang lapor dalam laporan pendapatan.

  • Bagaimana membuka akaun bank
  • Cara memilih bank
  • Bagaimana membuka fail bank
  • Cara menyusun statement bank
  • SOP membuat bayaran menggunakan akaun bank
  • SOP menerima bayaran menggunakan akaun bank
  • SOP merekod transaksi bank di jurnal

Modul 2: Mengurus Tunai Bisnes

Dalam sebuah bisnes, pengurusan duit tunai boleh menjadi satu masalah yang sangat besar kepada bisnes itu.

Ramai orang yang buat bisnes gagal mengurus tunai dengan betul hanya disebabkan dokumen dan rekod.

Apabila menguruskan duit tunai, pastikan kita tahu bagaimana untuk merekod duit tunai itu dengan betul.

Kes yang popular pada masa ini ialah petty cash dalam bentuk e-wallet.

Ramai pemilik bisnes apabila dia terima resit tambah nilai seperti Touch-N-Go, mereka terus ambil kira itu sebagai kos.

Jadi ramai majikan yang kena tipu oleh pekerja mereka.

Pekerja juga tidak faham tentang situasi ini, jadi mereka marah apabila boss tidak bayar penuh tambah nilai itu.

2 jenis akaun tunai (akaun petty cash, akaun tunai dalam tangan):

  • Cara merekod duit tunai masuk dan keluar
  • Cara merekod baucer tunai

Modul 3: Mengurus Tunai Bisnes

Pengurusan gaji staff memerlukan pemahaman yang betul supaya proses dan dokumentasi itu dibuat dengan betul.

Pengurusan gaji staff ini perlu ada SOP supaya tidak berlaku masalah seperti dikenakan tindakan oleh KWSP dan Perkeso. 

Antara sebab utama pemilik bisnes berdepan dengan penalti LHDN ialah disebabkan oleh dokumentasi yang tidak lengkap serta pengiraan kos bisnes yang salah.

Contohnya kos KWSP. Kos KWSP itu hanyalah untuk bahagian caruman majikan dan bukannya keseluruhan bayaran kepada KWSP.

Contoh potongan gaji untuk staff bergaji RM1,500. Secara keseluruhan bayaran KWSP ialah RM 360.

Ini bukan kos KWSP, kos KWSP hanyalah RM195 iaitu caruman majikan. 

  • Cara merekod gaji dengan betul
  • Bagaimana merekod advance pekerja
  • Akaun gaji

Topik 2: Mengurus Aset, Liabiliti Dan Cukai Bisnes

Modul 1: Mengurus Aset

Dalam memastikan pengurusan bisnes kita bagus, kita mesti pandai mengurus aset kita. 

Aset ini terbahagi kepada dua iaitu aset tetap dan juga aset semasa. 

Aset tetap ialah aset yang digunakan untuk menjana revenue (pendapatan) kepada bisnes. 

Aset semasa pula ialah aset yang digunakan untuk menggerakkan operasi bisnes seperti duit tunai, inventori dan juga hutang pelanggan kepada kita.

Pengurusan aset ini akan menentukan kesihatan bisnes kita. 

Dalam pengurusan aset yang bagus, kita menguruskan risiko-risiko yang berkaitan seperti hutang tidak dibayar, duit tunai yang kita perlu gunakan untuk operasi dan juga kecairan bisnes. 

Selain itu, ini juga termasuk tentang pengurusan aset seperti kenderaan, mesin dan juga berkaitan premis atau pejabat.

  • Apa itu maksud asset
  • Contoh asset
  • Bagaimana merekod duit yang dipinjam daripada bisnes

Modul 2: Mengurus Liabiliti

Apabila kita menguruskan sebuah bisnes atau syarikat, kita tidak mungkin lari dari menanggung liabiliti. 

Liability ini boleh jadi hutang kita dengan pembekal, hutang kita dengan bank atau hutang kita dengan badan kerajaan seperti LHDN, KWSP dan Perkeso. 

Boleh jadi juga ini adalah hutang kita dengan pekerja atau pinjaman kita dengan orang perseorangan semua itu adalah liabiliti.

Dalam menguruskan liabiliti sangat penting untuk kita memastikan liabiliti diuruskan dengan baik supaya cash flow tidak terjejas. 

Kelebihan apabila kita mempunyai pengurusan liabiliti yang bagus ialah supaya kita boleh susunkan duit tunai itu supaya tidak keluar sekaligus.

  • Apa itu maksud liability
  • Contoh liability
  • Bagaimana merekod duit yang dipinjam kepada bisnes
  • Beza liability jangka pendek dan jangka panjang

Modul 3: Mengurus Cukai

Pengurusan cukai untuk bisnes mestilah dibuat secara terancang. 

Ini kerana cukai ini akan secara langsung memberi kesan kepada cash flow bisnes. 

Supaya cash flow terjaga, perlu ada pengurusan cukai yang bagus.

Bayangkan jika kita perlu bayar cukai sekaligus dalam jumlah yang besar seperti belasan ribu. 

Sudah tentu jumlah ini akan menjejaskan cash flow bisnes. 

Apabila kita mengurus cukai, ini termasuklah tentang mengurus pelepasan cukai. 

Jadi sebagai orang bisnes, kita mesti tahu perbelanjaan apa yang akan memberi pelepasan maksimum cukai.

  • Proses menutup akaun tahunan – apakah dokumen yang perlu disediakan
  • Siapakah yang bertanggungjawab dalam setiap proses

Topik 3: Cara Membeli Asset

Modul 1: Checklist Untuk Pemilik Bisnes Enterprise

Pemilik bisnes enterprise memang mempunyai banyak kerja-kerja yang perlu dijalankan. 

Supaya kerja-kerja itu tidak terlepas pandang, pastikan kita ada checklist. 

Kerja-kerja ini ada dijalankan secara tahunan, ada juga kerja yang dijalankan secara bulanan dan ada juga kerja yang perlu dilaksanakan secara mingguan.

Ada satu kes seorang pemilik bisnes ini dia sentiasa bayar cukai dan zakat setiap tahun. 

Tetapi rupanya zakat itu dibayar pada tahun yang salah. 

Sebab itu penting untuk kita mempunyai checklist supaya tidak berlaku kesilapan seperti ini.

Senarai semak yang perlu usahawaan level enterprise buat untuk dapat beli kereta & rumah.

Modul 2: Penyata Kewangan

Apabila kita menjalankan bisnes kita banyak buat keputusan tidak kira sama ada keputusan itu keputusan kecil atau keputusan besar. 

Secara asasnya, semua keputusan akan memberi impak kepada kewangan. 

Dimanakah kita akan lihat kesan dari keputusan itu? Penyata Kewangan.

Semua keputusan yang sudah dibuat, semua perkara yang dilakukan akan ditunjukkan dalam penyata kewangan. 

Kita menilai tindakan kita itu dari sudut kewangan. 

Itulah sebabnya ramai pemilik bisnes tidak tahu keputusan sebelum ini betul atau tidak sebab tidak tahu tentang penyata kewangan.

Key metrics untuk menilai kewangan bisnes enterprise.

Modul 3: Penyata Akaun Bank

Kita perlu tahu bagaimana supaya sistem bank itu cenderung untuk meluluskan pinjaman yang kita mohon. 

Apabila penyata akaun bank kita itu memenuhi semua ciri-ciri yang bank mahukan, kita mudah untuk dapat pinjaman.

Duit banyak dalam bank, belum tentu bank suka dan boleh bagi pinjaman. 

Jadi supaya bank itu mudah bagi pinjaman kuncinya banyak terletak kepada sikap owner bisnes menggunakan akaun bank.

Belajar bagaimana membuat dan membaca penyata akaun bank.

Modul 4: Membina Rekod Kewangan

Apabila kita mahu berkembang pada masa akan datang, amat penting sekali untuk membina rekod kewangan. 

Rekod kewangan inilah yang akan membantu dan menentukan banyak perkara dalam bisnes kita. 

Rekod kewangan ini terbahagi kepada dua iaitu rekod kewangan bisnes dan rekod kewangan peribadi.

Kedua-dua rekod ini sangat penting. 

Rekod kewangan bisnes ini akan memberi kesan kepada rekod kewangan peribadi dan bisnes atau syarikat yang lain serta rekod kewangan peribadi juga akan memberi kesan kepada rekod kewangan bisnes. 

Apabila rekod kewangan salah satunya teruk, rekod kewangan yang satu lagi akan terjejas. 

Jadi penting untuk kita bermula dari awal membina rekod kewangan yang bagus.

Cara membina rekod kewangan yang bank yakin untuk luluskan pinjaman kereta & rumah.

Modul 5: Membina Kepercayaan Kepada Bank

Antara peranan kita sebagai pemilik bisnes ialah untuk membina kepercayaan kepada Bank. 

Untuk membina kepercayaan bank kita bukan semestinya berkawan dengan pegawai-pegawai bank itu seperti belanja makan dan sebagainya. 

Ramai orang ingat dia perlu berkawan dengan pegawai-pegawai bank itu.

Hakikatnya kita berkawan dengan sistem bank itu. 

Ada kenalan bank sahaja tidak cukup, mesti ada rekod yang bagus.

Itulah pentingnya untuk kita belajar bagaimana membina kepercayaan kepada bank.

Belajar cara membina portfolio kewangan bisnes bagi mendapatkan kepercayaan bank untuk mendapatkan fasiliti bank.

Topik 4: Cara Membeli Asset

Modul 1: Jenis Fasiliti Bank Untuk Kemudahan Perniagaan

Ramai orang bisnes ingat bank ini cuma tempat untuk simpan duit sahaja. 

Sebenarnya banyak fasiliti yang kita boleh gunakan jika kita tahu. 

Bukan sahaja tentang pinjaman bank tetapi juga untuk kemudahan seperti kad bank, pindahan dana secara pukal dan overdraft.

Kita mesti tahu semua kemudahan ini supaya bank tahu kita ini celik kewangan. 

Bank yang tahu pelanggan celik kewangan lebih senang berurusan berbanding yang tidak ada pengetahuan tentang bank.

Ketahui jenis fasiliti bank yang boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan.

Modul 2: Kenapa Perlu Gunakan Fasiliti Bank

Supaya bisnes kita mudah beroperasi dan boleh berkembang kita mesti tahu apa fasiliti yang ditawarkan oleh bank dan bila masa kita boleh gunakan fasiliti itu dan untuk apa fasiliti itu digunakan.

Fasiliti yang ditawarkan oleh bank sebenarnya memberi kelebihan kepada bisnes terutama bisnes yang baru mula. 

Jika dibandingkan dua bisnes yang sama, satu bisnes ini menggunakan fasiliti bank dengan betul dan satu lagi tidak gunakan fasiliti bank perbezaannya sangat ketara.

Fahami kepentingan bisnes gunakan fasiliti bank.

Modul 3: Bagaimana Mendapatkan Fasiliti Bank

Bahaya tiba-tiba nak ambil pinjaman tanpa rancangan. 

Kita mesti pastikan fail cukai kita itu sudah siap dihantar, cukainya sudah dibayar, jika perlukan ansuran pastikan ansuran itu sudah dibayar semuanya sebelum buat pinjaman. 

Apabila kita mengambil fasiliti bank secara tiba-tiba kita perlu menyediakan borang cukainya, kos untuk buat akaunnya juga mungkin jadi mahal sebab kita perlukan segera.

Apabila hendak mengambil fasiliti bank rancang dahulu bila nak ambil. Untuk tujuan apa nak ambil. 

Kosnya itu akan menjadi rendah apabila kita rancang bila kita nak ambil fasiliti bank.

Belajar bagaimana membuat dan membaca penyata akaun bank.

Modul 4: Kelebihan Menggunakan Fasiliti Bank

Fasiliti bank ini kita gunakan untuk membesarkan bisnes. 

Jadi apabila kita gunakan fasiliti bank untuk berkembang, kita ada modal yang besar. 

Bisnes kita lebih cepat berkembang berbanding mereka yang tidak pandai gunakan fasiliti bank.

Fasiliti yang ditawarkan oleh bank sebenarnya memberi kelebihan kepada bisnes terutama bisnes yang baru mula. 

Jika dibandingkan dua bisnes yang sama, satu bisnes ini menggunakan fasiliti bank dengan betul dan satu lagi tidak gunakan fasiliti bank perbezaannya sangat ketara.

Belajar kelebihan menggunakan fasiliti bank.

Modul 5: Pantang Larang Menggunakan Fasiliti Bank

Apabila kita dapat duit pinjaman dari bank atau kita dapat overdraft daripada bank, kita jadi teruja. 

Lebih-lebih lagi mereka yang tidak ada perancangan sewaktu mengambil fasiliti ini, semua perkara hendak dibuat dengan duit itu.

Apabila duit itu sudah lebur, masa itu baru ramai yang pening. 

Akhirnya mereka pinjam lagi, dan mengulangi kesilapan yang sama sampailah mereka sudah tidak mampu lagi pusingkan duit mereka. 

Sebab itu, sebelum buat pinjaman atau ambil fasiliti bank kita mesti rancang dahulu.

Ketahui perkara yang perlu dijaga apabila menggunakan fasiliti bank.

Saifullah Suratmin,
CEO Outsource Accounting

Kelayakan beliau untuk bantu anda:

  • Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dan Kewangan Dari University Of The West Of England (Uwe) Bristol.

  • Berpengalaman Sebagai Juru Audit Di Syarikat Audit.

  • 2 Tahun Di Anak Syarikat Johor Corporation (Edaran Badang Sdn Bhd) Sebagai Eksekutif Akaun.

  • 8 Tahun Pengalaman Dalam Mengurus Akaun Bisnes Sme.

Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda dalam bidang kewangan.

15-16 Ogos 2023 (Selasa-Rabu)

Hari
Jam
Minit
Saat

Lokasi

Bilik Seminar ABS Digital, No 26-1F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Tarikh

15-16 Ogos 2023 (Selasa-Rabu)

Masa

10 pagi – 4 Petang
(Masa Rehat: 1 Petang - 2 Petang)

Berapa Yuran Untuk Anda hadiri bengkel Kewangan ini?

Di ABS Digital, kami mengamalkan dasar harga patut supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat. 

Dengan manfaat yang anda boleh belajar dalam bengkel selama 2 hari ini, kami yakin anda boleh dapatkan pulangan dari pelaburan ilmu anda ini.

Malah, anda juga bokeh bayar sebanyak 3 kali dalam masa 3 bulan dengan menggunakan ATOME.

Yuran kami tetapkan untuk bengkel secara bersemuka ini adalah :

Boleh bayar 3 kali dengan ATOME

Pakej Solo

(Datang Seorang)
RM1500
RM 1,350
  • Datang 1 Orang
  • Free Workbook
  • Bengkel Offline 2 Hari
  • Boleh Bayar 3 Kali

Pakej Combo

(Datang Berdua)
RM2500
RM 2,250
  • Datang 2 Orang
  • Free Workbook
  • Bengkel Offline 2 Hari
  • Boleh Bayar 3 Kali