Bengkel Forensik Kewangan Bisnes
"Mahukah Anda Belajar Urus Dokumen Kewangan, Penyata Untung Rugi & Cara Menganalisis Kedudukan Kewangan Bisnes Anda?"

Selama 2 hari ini, anda akan belajar bagaimana untuk menyediakan dan mengurus dokumen-dokumen kewangan bisnes anda secara praktikal.
Anda juga akan belajar bagaimana untuk membaca laporan kewangan agar anda dapat menganalisis kedudukan kewangan bisnes anda dengan tepat.
Keuntungannya, anda akan dapat membuat keputusan bisnes yang betul berdasarkan data yang diperolehi.
21-22 November 2022 (Isnin-Selasa)

Lokasi
Bilik Seminar ABS Digital, No 26-1F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.

Tarikh
21-22 November 2022 (Isnin-Selasa)

Masa
10 Pagi - 4 Petang
Kami Faham, Ini Masalah Yang Buat Anda Pening Kepala Hadapi Sekarang…
Pemilik bisnes mempunyai masalah untuk menyediakan dokumen kewangan dengan betul. Apabila pengurusan dokumen kewangan tidak teratur, maka pemilik bisnes sukar untuk mengetahui kedudukan kewangan sebenar bisnesnya.
Kesannya, pemilik bisnes tidak mempu membuat keputusan bisnes yang betul apabila pengurusan dokumen kewangan dan penyata untung rugi tidak diuruskan dengan baik.
Akhirnya mereka mereka merasa beban ditambah lagi dengan pelbagai permintaan pematuhan seperti perlu membayar cukai, caruman KWSP dan Perkeso.

Tidak Urus Dokumen Kewangan

Tidak Mampu Menganalisis Laporan Kewangan Bisnes.

Tidak tahu cara membuat keputusan bisnes berdasarkan data-data kewangan.
Manfaat Apabila Anda Tahu Urus Dokumen Kewangan
Setelah tuan puan mahir dalam urus duit, sangat besar manfaat yang tuan boleh dapat untuk menaikkan lagi jualan & kembangkan bisnes tuan dengan membuat keputusan bisnes yang betul.
Pengurusan dokumen kewangan teratur.

Anda mampu membaca laporan kewangan dan menganalisis kedudukan kewangan bisnes.

Keputusan-keputusan bisnes dapat dibuat dengan betul.

Apa Yang Anda Akan Belajar?
(Hint: Ada 4 Modul)
Kami bawakan 4 modul yang sangat penting untuk tuan puan mula belajar cara membuat penyata kewangan, penyata untung rugi, membaca penyata kedudukan kewangan & membuat keputusan kewangan.
Semua topik ini disusun supaya tuan puan mudah faham untuk terus aplikasikan dalam bisnes tuan puan.

Modul 1: Bahagian Penyata Kewangan
Dalam modul ini peserta perlu bawa penyata kewangan mereka untuk sama-sama melihat dan belajar bagaimana penyata kewangan itu disediakan.

Modul 2: Penyata Untung Rugi
Dalam modul ini, dengan penyata untung rugi masing-masing akan melihat bagaimana prestasi diukur menggunakan penyata untung rugi.
Apakah elemen dan nisbah yang perlu diukur dalam penyata untung rugi untuk melihat prestasi bisnes.

Modul 3: Penyata Kedudukan Kewangan
Dalam modul ini, dengan penyata kedudukan kewangan bisnes masing-masing akan melihat kesihatan bisnes mereka.
Apakah elemen yang penting dalam menilai kesihatan bisnes mereka.

Modul 4: Membuat Keputusan Kewangan
Dalam modul ini apakah jenis keputusan yang boleh dibuat berdasarkan penyata untung rugi dan penyata kedudukan kewangan.
Antaranya seperti kawalan kredit, analisis keuntungan dan juga apakah perlu untuk menaikkan harga jualan.

Speaker Anda
Saifullah Suratmin, CEO Outsource Accounting
Kelayakan beliau untuk bantu anda:
Lulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Dan Kewangan Dari University Of The West Of England (UWE) Bristol.
Berpengalaman 1 Tahun Sebagai Juru Audit Junior Di Syarikat Audit.
2 Tahun Di Anak Syarikat Johor Corporation (Edaran Badang Sdn Bhd) Sebagai Eksekutif Akaun.
8 Tahun Pengalaman Dalam Mengurus Akaun Bisnes SME.
Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda dalam bidang kewangan.
Berapa yuran Bengkel Forensik Kewangan Bisnes?
Bengkel ini akan dijalankan secara bersemuka di dalam kelas praktikal bersama konsultan kewangan yang berkelayakan.
Anda akan belajar secara langsung ilmu dan kemahiran yang diperlukan bagi membuat dokumentasi kewangan yang betul dan cara menganalisis kewangan bisnes anda.
Selama 2 hari anda akan dibimbing secara terus oleh konsultan kewangan bertauliah.
Kami yakin anda akan dapat pulangan yang berbaloi bagi pelaburan anda menyertai bengkel ini.
Yuran bagi menyertai Bengkel Forensik Kewangan Bisnes ini adalah..
Pakej Solo
(Datang Seorang)-
Tarikh: 21-22 November (Isnin-Selasa)
-
Masa: 10 Pagi - 4 Petang
-
4 Modul Bengkel
-
Boleh Bayar 3 Kali
-
Kuota 20 Peserta
Pakej Combo
(Datang Berdua)-
Tarikh: 21-22 November (Isnin-Selasa)
-
Masa: 10 Pagi - 4 Petang
-
4 Modul Bengkel
-
Boleh Bayar 3 Kali
-
Kuota: 20 Peserta