Bilik Seminar ABS Digital, No 26-1F, Jalan Setia Perdana BB U13/BB, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor.
30-31 Ogos 2023 (Rabu-Khamis)
10 Pagi - 4 Petang
Banyak kelebihan apabila anda atau pasukan anda menyertai kursus ini untuk belajar teknik komunikasi sebagai ketua dalam syarikat dan organisasi anda.
Antara manfaat nya adalah:
Ayat-ayat yang menenangkan emosi staf yang marah dan bergaduh sesama rakan sekerja.
Teknik bercakap untuk memotivasi dan menaikkan semangat kerja staf.
Kaedah membuat teguran kepada kesalahan-kesalahan staf tanpa merosakkan semangat kerja.
Membina daya pengaruh yang tinggi di kalangan pekerja supaya mereka sentiasa hormat dengan majikannya
Menguasai seni memenangi hati staf sehingga mereka boleh buat kerja tanpa perlu disuruh
Kami membawakan modu & latihan yang disusun rapi supaya anda mudah faham dan boleh terus siapkan 30 skrip komunikasi mendorong, menegur, memberi arahan dan menaikkan semangat.
Anda akan belajar 6 personaliti Nabi yang Bolehkan Anda Jadi Ketua Yang Mudah Disukai & Disenangi.
Ketua yang baik adalah seorang yang disukai oleh anak-anak buahnya yang bekerja dengannya. Percakapannya disukai oleh anak buahnya dan dia mendengar apa-apa yang disampaikan oleh anak buah kepadanya.
Kecantikan sosial adalah faktor yang membuatkan seorang ketua itu dipandang sebagai seorang yang disukai, layak dihormati dan dimuliakan.
Membina kecantikan sosial adalah perkara wajib yang perlu diketahui oleh seorang ketua supaya dirinya akan sentiasa menjadi orang yang disukai walaupun di kalangan orang yang tidak bersetuju dengannya.
Hapuskan 12 perkara negatif yang seperti api yang membakar keharmonian organisasi anda.
Antara punca yang mematahkan semangat kerja pasukan adalah komunikasi-komunikasi negatif yang masih lagi dibudayakan di dalam percakapan seharian ahli pasukan kerja.
Komunikasi negatif ini bukan sekadar menjatuhkan semangat kerja pasukan, bahkan ia menjadi punca masalah kerjasama pasukan yang merencatkan operasi bisnes untuk lebih maju pada masa hadapan.
Memadam komunikasi negatif ini juga mampu menaikkan lagi karisma diri ahli pasukan dan membina daya pengaruh yang lebih tinggi yang sangat berguna untuk pasukan bisnes.
Anda akan belajar teknik komunikasi yang buatkan staff anda suka bekerja.
Sering kali terjadi, komunikasi seorang ketua kepada staf bawahan boleh mengguriskan hati. Ada juga kata-kata yang menjatuhkan maruah sebagai seorang manusia. Akhirnya staf hanya berdiam diri dan bercakap apabila diminta sahaja.
Seorang ketua yang efisien akan berkomunikasi dengan ucapan yang membuat staf berasa dirinya dihormati dan dihargai.
Ketua yang berkomunikasi dengan komunikasi yang positif akan membuatkan setiap ucapannya diambil perhatian dan disukai oleh staf bawahan.
Komunikasi positif yang diucapkan oleh ketua akan disukai oleh staf bawahan walaupun si ketua itu sedang menegur kesalahannya atau sedang memberi taklimat yang sering dianggap membosankan oleh kebanyakan orang.
Anda akan terus menulis 5-10 skrip komunikasi yang staff suka dengar.
Anda akan belajar cara beri ucapan yang dapat menaikkan semangat pasukan anda.
Ucapan yanga baik adalah ucapan yang mampu menaikkan semangat kerja ahli pasukan dan meninggikan daya pengaruhnya di kalangan anak buah.
Daya pengaruh yang tinggi seorang ketua menyebabkan cakap-cakapnya akan didengari oleh anak buah yang mendengarnya.
Tiga kriteria utama dalam cakap-cakap dan ucapan yang berpengaruh mesti dikuasai oleh seorang ketua supaya dia dipandang sebagai seorang ketua yang karismatik.
Anda akan terus praktis menulis skrip ucapan yang menaikkan semangat pasukan anda.
Anda belajar teknik untuk dorong staff anda ubah kepada sikap yang lebih baik.
Perubahan sikap staf bawahan boleh berlaku apabila ketua mengucapkan kata-kata dorongan yang betul.
Teknik teguran yang betul akan mendorong perubahan sikap staf bawahan itu dengan mengubah perbuatan yang kurang baik kepada yang lebih baik.
Melalui kata-kata dorongan terhadap hasil kerja staf bawahan itu juga akan mengubah perbuatan yang biasa-biasa kepada perbuatan yang lebih cemerlang.
Teknik dan cara teguran dan dorongan yang salah, akan memberi kesan yang buruk terhadap staf bawahan dan mungkin tidak akan berlaku perubahan sikap yang lebih baik.
Anda terus praktis tulis skrip mendorong staff ubah sikap tanpa perlu ugut.
Anda akan belajar teknik menyuruh dan beri arahan yang berkesan kepada pasukan anda.
Teknik memberi arahan yang salah akan memberi kesan ia mungkin tidak difahami langsung, atau dilaksanakan arahan dengan cara yang salah.
Teknik arahan yang salah juga boleh mengundang kesan buruk terhadap perasaan staf bawahan dan akhirnya memberi impak kepada persekitaran kerja di syarikat tersebut.
Teknik memberi arahan yang betul, bukan sahaja bagus untuk gerak kerja staf. Bahkan kesan jangka panjang terhadap budaya kerja syarikat juga akan berubah.
Ketua juga tidak akan stres apabila setiap kali mahu memberi arahan, memandangkan cara yang selalu diamalkan boleh membawa impak yang buruk terhadap gerak kerja staf bawahan.
Anda akan terus menulis skrip menyuruh dan arahan tanpa perlu anda paksa dan marah.
Bagi memastikan pelaburan anda berbaloi, kami akan berikan 2 bonus iaitu:
Dalam 30 hari selepas bengkel, anda dapat 1 jam lagi personal coaching untuk bantu anda siapkan skrip komunikasi sebagai ketua.
Dalam private group ini, anda boleh bertanya apa sahaja terus kepada Tuan Halim.
Trainer Anda
Tuan Halim Ismail merupakan bekas CEO Zakat Melaka (Jun 2018 – April 2020).
Beliau juga bekas Chief Operating Officer di Akademi Al Quran ABS pada 2014 dan menjadi jurulatih kepada tenaga semua cawangan Akademi Al-Quran ABS di seluruh negara.
Dengan pengalaman sebagai pemimpin organisasi yang besar dan kini jurulatih tetap bagi Modul Kepimpinan Teknik Nabi di bawah pimpinan Pn Ainon Mohd, sememangnya beliau layak untuk bantu anda.
Kami ada 2 pakej iaitu Pakej Solo bagi anda yang nak daftar seorang diri & Pakej Combo bagi anda yang nak daftar berdua.
Sememangnya kami rekomen anda untuk datang berdua. Lebih mudah untuk siapkan 30 skrip komunikasi ucapan motivasi, menegur, mendorong dan menaikkan semangat.
2 heads are better than one right? Let’s go!