TERHAD 40 SLOT SAHAJA

Kursus akan berlangsung pada
15 AUGUST 2023

Hari
Jam
Minit
Saat

Kursus HR:
Kursus Cara Kira & Urus Gaji Pekerja Mengikut Akta

"Belajar cara membuat pengiraan & pengurusan gaji pekerja yang betul.

Kiraan gaji mengikut masa bekerja, kerja lebih masa, cuti dan caruman wajib yang akan memberi kesan kepada kiraan gaji yang perlu majikan bayar"

Dalam kursus ini, anda akan belajar cara-cara membuat kiraan dan mengurus pemberian gaji pekerja mengikut undang-undang dan akta.

Trainer berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang HR akan membimbing anda.

15 Ogos 2023, (Selasa)

Hari
Jam
Minit
Saat

Lokasi

Online melalui Zoom

Tarikh

15 Ogos 2023 (Selasa)

Masa

10 pagi – 4 Petang
(Masa Rehat: 12 Tengah Hari - 2 Petang)

Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan

Kelebihan menyertai kursus ini

Banyak kelebihan apabila anda atau pasukan anda menyertai kursus ini :

Mahir cara kiraan gaji yang betul.

Memahami proses & cara pembayaran gaji pekerja.

Mengetahui kaedah pembayran advance dan cara pemotongan gaji yang dibenarkan.

Mahir cara mengira kadar bayarn bagi kerja lebih masa (Overtime) dan bayaran baki cuti staff.

Memahami cara kiraan caruman pekerja.

Menguasai cara penyediaan dokumen gaji yang betul.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Berikut adalah 4 topik pengurusan HR yang anda akan belajar dalam kursus ini :

Topik 1: Definisi Dan Terma Upah

Belajar mengenai terma-terma yang perlu difahami yang berkaitan dengan pembayaran dan pemprosesan gaji.

Modul 1:
Pengiraan Kadar Upah

Belajar cara pengiraan kadar upah mengikut masa kerja dan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

Modul 2:
Pembayaran Gaji

Ketahui proses dan cara pembayaran gaji yang betul.

Modul 3: Had Pendahuluan Gaji (Advance)

Cara pengurusan pendahuluan gaji (advance) yang dimohon oleh pekerja.

Modul 4: Potongan yang dibenarkan

Potongan gaji yang dibenarkan oleh akta. Kegagalan majikan mengikut panduan ini akan merugikan pada masa depan jika pekerja mengambil tindakan.

Topik 2: Pengiraan Gaji

Belajar mengenai cara pengiraan gaji untuk pekerja dan pengiraan bayaran kerja lebih masa.

Modul 1: Pengiraan Gaji Bulanan

Belajar cara pengiraan gaji bulanan pekerja yang betul. Ini akan mempengaruhi kiraan gaji bagi kerja lebih masa (overtime).

Modul 2: Pengiraan Kadar Kerja Lebih Masa

Ketahui kaedah pengiraan kadar kerja lebih masa (overtime) mengikut jenis hari dan kadar yang telah ditetapkan oleh akta.

Modul 3 : Pengiraan Bayaran baki cuti / bayaran ganti notis

Pengurusan cuti pekerja sangat penting. Belajar cara membuat bayaran baki cuti atau bayaran ganti notis yang betul.

Topik 3: Caruman/Potongan Kepada Badan Berkanun

Belajar mengenai pengiraan caruman kepada badan berkanun dan bayaran-bayaran yang berkaitan dengan imbuhan perkhidmatan yang tertakluk kepada caruman.

Modul 1: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Belajar cara pengiraan caruman KWSP pekerja. KWSP adalah wang pekerja yang diambil dari gaji dan menjadi tanggungjawab majikan untuk membayarnya kepada KWSP.

Modul 2: Pertubuhan Keselamatan Sosial

Ketahui kaedah kiraan bayaran untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial atau lebih dikenali sebagai PERKESO.

Modul 3: Skim Insurans Pekerjaan

SIP adalah skim di bawah PERKESO bagi melindungi pekerja yang diberhentikan. Belajar cara pengiraan dan pengurusan caruman ini.

Modul 4: Lembaga Hasil Dalam Negeri

Tanggungjawab syarikat untuk membuat potongan cukai berjadual (PCB) untuk pekerja. Belajar cara pengiraannya dalam kiraan gaji pekerja.

Modul 5: Human Resource Development Corporation

Ini adalah caruman syarikat yang dikira dari jumlah gaji pekerja tapi dibayar oleh syarikat bukan ditolak dari jumlah gaji pekerja. Ketahui cara pengiraan caruman HRDC yang betul dan kadarnya.

Topik 4: Pengurusan Dokumen Dan Rekod Gaji

Modul 1:
Penyediaan slip gaji

Belajar menyediakan dokuman slip gaji pekerja.

Modul 2:
Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA)

Ketahui Akta Perlindungan Data Peribadi yang perlu dipatuhi oleh syarikat dalam menguruskan maklumat pekerja.

Modul 3: Keperluan penyimpanan rekod gaji dan rekod-rekod berkaitan penggajian

Fahami kepentingan bisnes untuk menyimpan rekod gaji dan rekod-rekod lain yang berkaitan dengan pengurusan penggajian.

Anda akan dibimbing oleh
trainer berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang hr

Puan Maziah Mohd Som,
Co-Founder HR Duo Business Services
Konsultan Pengurusan HR

Kelayakan beliau untuk bantu anda:

  • Lulusan Master Of Business Administration (MBA) dari Cardiff Metropolitan University, UK.
  • Lulusan Diploma In Personnel Management, Malaysian Institute of Human Resource (MIHRM).
  • Berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang Pengurusan HR (Sumber Manusia).

Antara pengalaman beliau:

  • Ketua HR & Pentadbiran, Kumpulan Jakel.
  • Ketua Korporat HR, Symphony Group of Companies.
  • Konsultan Kanan, Agensi Pekerjaan Nala.
  • Puan Maziah kini merupakan pengasas/rakan kongsi di HR Duo Business Services.

Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda.

Profile Picture - Puan Haley
Puan Halimatul Sakdiah Abdullah (Puan Haley),
Co-Founder HR Duo Business Services
Konsultan Pengurusan HR

Kelayakan beliau untuk bantu anda:

  • Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Honours)
  • HRDC TTT Exempted Trainer (11997)
  • National Competency Standard Certified Trainer (S102530436) 
  • Berpengalaman melebihi 25 tahun dalam bidang pengurusan sumber manusia.

Antara pengalaman beliau:

  • Puan Haley memegang jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Modal Insan di Fiberail Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Telekom Malaysia.
  • Sebelum menyertai industri telekomunikasi, Haley telah memegang jawatan Sumber Manusia di Sime Darby Malaysia Berhad.
  • Puan Haley kini merupakan pengasas/rakan kongsi di HR Duo Business Services.

Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda.

Berapa Yuran Kursus?

ABS Digital mengamalkan polisi harga patut supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmu ini. 

Semuanya ilmu yang tenaga pengajar telah amalkan. Kini, anda boleh belajar daripada mereka.

Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula.

Anda juga boleh hantar staff atau pasukan bisnes anda untuk belajar kemahiran ini. 

Hanya RM180 (Tanpa Rakaman)
Hanya RM250 (Dengan Rakaman)

 

DISKAUN EARLY BIRD 20%

SEHINGGA 10 OGOS SAHAJA

Boleh bayar 3 kali dengan ATOME

Anda Boleh Pilih Mengikut Pakej Di Bawah

Penting: Sekiranya sekarang anda ambil pakej kelas sahaja tanpa rakaman. Anda perlu bayar harga asal untuk upgrade kepada rakaman. 

Kursus Cara Pengiraan Gaji Pekerja Mengikut Akta​

(Pakej Tiada Rakaman)
RM 180
  • Kursus Cara Pengiraan Gaji Pekerja Mengikut Akta
  • Tiada Rakaman Kursus
  • Tarikh: 15 Ogos 2023 (Selasa)
  • Masa: 10 Pagi - 4 Petang
  • Lokasi: Aplikasi Zoom
  • Boleh bayar 3 kali dengan ATOME

Kursus Cara Pengiraan Gaji Pekerja Mengikut Akta​

(Pakej Ada Rakaman)
RM 250
  • Kursus Cara Pengiraan Gaji Pekerja Mengikut Akta
  • Ada Rakaman Kursus
  • Tarikh: 15 Ogos 2023 (Selasa)
  • Masa: 10 Pagi - 4 Petang
  • Lokasi: Aplikasi Zoom
  • Boleh bayar 3 kali dengan ATOME
KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?