Online melalui Zoom
4 Julai 2023 (Selasa)
10 pagi – 4 Petang
(Masa Rehat: 12 Tengah Hari - 2 Petang)
Banyak kelebihan apabila anda atau pasukan anda menyertai kursus ini untuk belajar cara pengambilan dan pemberhentian pekerja yang betul mengikut undang-undang.
Menerima pekerja yang memiliki kelayakan yang sesuai dan memenuhi keperluan bisnes.
Ketahui manfaat terkini SOCSO di bawah Belanjawan terkini.
Boleh membezakan ciri-ciri kesalahan pekerja yang dibenarkan untuk diambil tindakan serta tindakan disiplin yang sesuai untuk diambil.
Mengelakkan tindakan undang-undang oleh bekas pekerja apabila proses pemberhentian tidak dijalankan mengikut akta.
Dapat memberhentikan pekerja bermasalah dengan cara yang betul.
Mengetahui proses pengambilan pekerja supaya anda mendapat pekerja yang berkualiti.
Belajar membuat deskripsi dan spesifikasi kerja bagi jawatan-jawatan yang mahu ditawarkan apabila mahu mengambil pekerja baru.
Proses pengambilan pekerja yang perlu dijalankan oleh majikan atau pegawai yang dilantik.
Proses ini boleh melihatkan pengambilan secara dalaman atau secara luaran.
Ketahui cara menjalankan proses pemilihan pekerja bermula dari proses saringan calon, temuduga, penilaian dan membuat keputusan.
Apabila pekerja yang dikehendaki telah dipilih, proses Onboarding perlu dijalankan supaya pekerja itu faham skop kerja, pertatutan dan polisi syarikat.
Juga bagi menerangkan misi, visi dan juga budaya syarikat sebelum pekerja memulakan tugas.
Ketahui manfaat SPS Madani di bawah Belanjawan terkini.
Fahami bagaimana SPS Padanan Caruman dapat memberi manfaat kepada majikan dan juga pekerja.
Penerangan lanjut tentang manfaat Insentif Penggajian Pekerja Bersasar.
Fahami definisi memberhentikan pekerja yang betul mengikut undang-undang dan akta.
Belajar perbezaan jenis-jenis pekerja agar dapat dibuat dengan pemberhentian cara yang betul. Contohnya bagi pekerja tetap, pekerja dalam tempoh percubaan dan juga pekerja kontrak
Belajar sebab-sebab yang membolehkan majikan memecat pekerja. Antaranya ialah kerana berlaku salah laku, melanggar kontrak atau polisi syarikat, penamatan kontrak dan lain-lain lagi.
Setiap situasi yang berbeza memerlukan cara permberhentian yang berbeza mengikut kes. Ada juga syarat-syarat bagi pemberhentian dengan notis dan juga tanpa notis yang perlu difahami.
Dalam modul ini akan belajar apakah kesan-kesan apabila tidak menggunakan proses yang betul dalam pemberhentian pekerja.
Ketahui jenis-jenis kesalahan atau salah laku pekerja yang boleh dikenakan tindakan disiplin.
Jenis kesalahan yang berbeza akan memberi implisakasi yang berbeza dari segi jenis tindakan yang majikan boleh ambil ke atas pekerja.
Belajar jenis-jenis tindakan tatatertib atau tindakan disiplin yang boleh diambil ke atas pekerja.
Antaranya seperti penurunan pangkat, penangguhan kenikan gaji, pemberhentian dengan notis atau tanpa notis dan lain-lain lagi tindakan yang dibenarkan.
Proses seperti terima laporan, dibuka siasatan, surat tunjuk sebab, keputusan siasatan dan banyak lagi. Jenis kesalahan juga akan mempengaruhi proses yang diperlukan.
Ada proses yang berakhir dengan amaran sahaja. Ada proses yang boleh berakhir dengan tindakan disiplin sehingga kepada pemberhentian.
Ketahui dokumen-dokumen yang majikan perlu sediakan dan pekerja perlu beri sepanjang proses displin dijalankan.
Dokumen ini sangat penting sebagai rekod proses yang berjalan supaya jika perlu kepada sebarang tindakan disiplin ia dapat dijalankan dengan betul dan mengikut undang-undang.
Kelayakan beliau untuk bantu anda:
Antara pengalaman beliau:
Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda.
Kelayakan beliau untuk bantu anda:
Antara pengalaman beliau:
Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda.
ABS Digital mengamalkan polisi harga patut supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmu ini.
Semuanya ilmu yang tenaga pengajar telah amalkan. Kini, anda boleh belajar daripada mereka.
Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula.
Anda juga boleh hantar staff atau pasukan bisnes anda untuk belajar kemahiran ini.
Hanya RM180 (Tanpa Rakaman)
Hanya RM250 (Dengan Rakaman)
Boleh bayar 3 kali dengan ATOME