Kursus HR:
Kursus Urus Prestasi Staf Baru Dalam Tempoh Percubaan
"Belajar cara melatih dan mengurus prestasi staff baru bagi mengurangkan risiko kerugian dalam bisnes"
Dalam kursus ini, anda akan belajar cara-cara memantau prestasi kerja staff baru supaya staff itu benar-benar berkelayakan menjalankan tugas yang diberi dan mengurangkan risiko kerugian dalam bisnes kerana tersalah memilih staff.
Trainer berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang HR akan membimbing anda.
19 September 2023, (Selasa)
Lokasi
Online Melalui Zoom
Tarikh
19 September 2023 (Selasa)
Masa
10 pagi – 4 Petang
(Masa Rehat: 12 Tengah Hari - 2 Petang)
Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan
-
Ini antara isu berkaitan HR yang dihadapi oleh usahawan:
- Tidak mahir cara membuat deskripsi kerja sebelum mencari pekerja baru.
- Tidak pandai menjalankan proses saringan & temu duga pekerja.
- Tidak tahu cara yang betul menjalankan proses onboarding pekerja baru.
- Syarikat tidak menjalankan sesi penerangan yang jelas tentang SOP, dokumen & peraturan syarikat kepada staff baru.
- Tidak menetapkan matlamat dan prestasi kerja untuk staff baru.
- Proses penilaian prestasi tidak dibuat dengan efisyen dan teratur.
- Tiada program latihan, bimbingan dan sokongan yang cukup untuk staf baru sepanjang tempoh percubaan.
- Majikan & pengurus bisnes tidak jelas undang-undang penamatan perkhidmatan bagi staff yang masih dalam tempoh percubaan.
Kelebihan menyertai kursus ini
Banyak kelebihan apabila anda atau pasukan anda menyertai kursus ini.
Tuan puan juga boleh hantar staff atau pasukan ke kursus ini.
Antara lebihannya adalah:
Mahir menyediakan senarai tugas bagi jawatan yang mahu ditawarkan kepad apekerja baru.
Staff baru jelas dengan SOP, tanggungjawab dan polisi kerja di syarikat.
Penilaian prestasi staff baru dapat dijalankan dengan betul.
Supaya keputusan untuk melantiknya sebagai pekerja tetap atau tidak dapat dibuat dengan maklumat yang betul.
Proses penamatan kerja staff yang masih dalam tempoh percubaan dibuat dengan betul mengikut akta.
Mampu menjalankan program onboarding bagi staff baru dengan berkesan.
Membuat membuat saringan calon pekerja baru dan temu duga dengan efisyen.
Apa Yang Anda Akan Belajar?
Berikut adalah 4 topik berkenaan pengurusan staff baru yang anda akan belajar dalam kursus ini :
Topik 1 : Kategori Perkhidmatan
Belajar mengenai pelbagai kategori perkhidmatan yang boleh ditawarkan oleh syarikat bagi keperluan operasi syarikat
Belajar mengenai kategori perkhidmatan pekerja sebelum membuat keputusan pekerja yang bagaimana kita perlukan dalam bisens.
Modul 1 : Jenis-jenis perkhidmatan
Belajar mengenai pelbagai jenis perkhidmatan.
Contohnya pekerja tetap, pekerja kontrak, pekerja sambilan / freelance, yang boleh ditawarkan oleh syarikat untuk keperluan operasi syarikat.
Modul 2 : Terma Perkhidmatan berdasarkan kategori perkhidmatan
Ketahui terma-terma dan ciri-ciri setiap perkhidmatan.
Contohnya perkhidmatan bertempoh/keperluan, perkhidnatan dalam tempoh percubaan dan sebagainya.
Modul 3 : Bayaran dan caruman badan berkanun
Ketahui kewajipan caruman badan berkanun untuk setiap kategori perkhidmatan.
Topik 2 : Proses Pengambilan Pekerja
Belajar mengenai cara pengambilan pekerja yang lebih efektif agar pekerja yang betul dapat dipilih.
Modul 1: Deskripsi dan spesifikasi kerja
Belajar kepentingan penetapan deskripsi kerja dalam proses pengambilan pekerja dan bagaimana untuk membuat deskripsi kerja
Modul 2: Proses saringan dan pilihan
Ketahui cara-cara untuk memilih calon pekerja yang berkualiti tinggi melalui proses saringan yang lebih efektif
Modul 3: Proses temuduga dan tawaran pekerjaan
Ketahui cara untuk membuat pilihan calon melalui proses temuduga dan cara membuat tawaran pekerjaan.
Topik 3 : Proses “Onboarding” Pekerja Baru
Ketahui cara untuk membantu pekerja baru menyesuaikan diri dengan peranan dan tanggungjawab mereka dalam syarikat kita dengan secepat dan efisien mungkin.
Serta memastikan mereka merasa diterima dan bersedia untuk memberi sumbangan kepada syarikat.
Modul 1:
Program induksi Staff Baru
Belajar cara bagaimana untuk merangka program induksi bagi pekerja baru
Modul 2:
Pengenalan proses dan dokumen dan juga pelbagai peraturan dalam syarikat
Ketahui kepentingan memberi penjelasan mengenai peraturan dan proses di dalam syarikat
Modul 3:
Program bimbingan dan sokongan
Ketahui kepentingan program bimbingan dan sokongan kepada pekerja baru sebagai salah satu cara strategi pengekalan pekerja dalam syarikat.
Topik 4 :
Penilaian Prestasi Pekerja Dalam Tempoh Percubaan
Belajar cara dan proses penilaian prestasi bagi pekerja baru yang sedang dalam tempoh percubaan.
Supaya majikan dapat memantau prestasi pekerja dengan teratur dengan maklumat yang betul.
Dengan ini keputusan untuk meneruskan perkhidmatan staff tersebut sebagai pekerja tetap boleh dibuat dengan lebih tepat.
Modul 1:
Penetapan matlamat dan prestasi kerja
Belajar menyediakan dokuman berkenaan penetapan matlamat dan prestasi kerja
Modul 2:
Penilaian Prestasi
Ketahui cara membuat penilaian prestasi pekerja dalam tempoh percubaan
Modul 3:
Penamatan perkhidmatan pekerja di dalam tempoh percubaan
Fahami penetapan undang-undang mengenai penamatan perkhidmatan pekerja semasa dalam tempoh percubaan
Anda akan dibimbing oleh
trainer berkelayakan dan berpengalaman luas dalam bidang hr
Puan Maziah Mohd Som,
Co-Founder HR Duo Business Services
Konsultan Pengurusan HR
Kelayakan beliau untuk bantu anda:
- Lulusan Master Of Business Administration (MBA) dari Cardiff Metropolitan University, UK.
- Lulusan Diploma In Personnel Management, Malaysian Institute of Human Resource (MIHRM).
- Berpengalaman lebih 25 tahun dalam bidang Pengurusan HR (Sumber Manusia).
Antara pengalaman beliau:
- Ketua HR & Pentadbiran, Kumpulan Jakel.
- Ketua Korporat HR, Symphony Group of Companies.
- Konsultan Kanan, Agensi Pekerjaan Nala.
- Puan Maziah kini merupakan pengasas/rakan kongsi di HR Duo Business Services.
Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda.
Puan Halimatul Sakdiah Abdullah (Puan Haley),
Co-Founder HR Duo Business Services
Konsultan Pengurusan HR
Kelayakan beliau untuk bantu anda:
- Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Honours)
- HRDC TTT Exempted Trainer (11997)
- National Competency Standard Certified Trainer (S102530436)
- Berpengalaman melebihi 25 tahun dalam bidang pengurusan sumber manusia.
Antara pengalaman beliau:
- Puan Haley memegang jawatan terakhir sebagai Ketua Jabatan Pengurusan Modal Insan di Fiberail Sdn Bhd, sebuah anak syarikat Telekom Malaysia.
- Sebelum menyertai industri telekomunikasi, Haley telah memegang jawatan Sumber Manusia di Sime Darby Malaysia Berhad.
- Puan Haley kini merupakan pengasas/rakan kongsi di HR Duo Business Services.
Oleh itu, beliau memang berkelayakan untuk membantu anda.
Berapa Yuran Kursus?
ABS Digital mengamalkan polisi harga patut supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmu ini.
Semuanya ilmu yang tenaga pengajar telah amalkan. Kini, anda boleh belajar daripada mereka.
Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula.
Anda juga boleh hantar staff atau pasukan bisnes anda untuk belajar kemahiran ini.
Hanya RM180 (Tanpa Rakaman)
Hanya RM250 (Dengan Rakaman)
Boleh bayar 3 kali dengan ATOME
Penting: Sekiranya sekarang anda ambil pakej kelas sahaja tanpa rakaman. Anda perlu bayar harga asal untuk upgrade kepada rakaman.
Kursus Urus Prestasi Staf Baru Dalam Tempoh Percubaan
(Pakej Tiada Rakaman)-
Kursus Urus Prestasi Staf Baru Dalam Tempoh Percubaan
-
Tiada Rakaman Kursus
-
Tarikh: 19 September (Selasa)
-
Masa: 10 Pagi - 4 Petang
-
Lokasi: Aplikasi Zoom
-
Boleh bayar 3 kali dengan ATOME
Kursus Urus Prestasi Staf Baru Dalam Tempoh Percubaan
(Pakej Ada Rakaman)-
Kursus Urus Prestasi Staf Baru Dalam Tempoh Percubaan
-
Ada Rakaman Kursus
-
Tarikh: 19 September (Selasa)
-
Masa: 10 Pagi - 4 Petang
-
Lokasi: Aplikasi Zoom
-
Boleh bayar 3 kali dengan ATOME