Semanggol Kampus PTS, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang Darul Makmur
14-15 September 2024
10 pagi – 5 Petang
Masa | Trainer | Topik |
---|---|---|
14 Sept (Sabtu) | ||
9:30 Pagi | Pendaftaran Peserta |
|
10.00 Pagi | Ice Breaking & Assessment | |
10:30 Pagi | Puan Suhaili Ikhsan | SESI 1: SKILL MENJADI SEORANG TEAM BUILDER YANG EFEKTIF (Teknik-teknik membuatkan orang mahu bekerja, memberi sokongan dan terus setia bersama ketua mereka.) |
12:00 Tengah Hari | Sesi Networking Dan Makan-Makan. |
|
1:30 Petang | Rehat Dan Solat Zuhur |
|
2:00 Petang | Puan Nurhidayah Jaafar | SESI 2: MANAGING PERCEPTION (Kemahiran mengurus persepsi untuk membina kepercayaan terhadap kepimpinan ketua perempuan) |
3:30 Petang | Tuan Mohd Firdaus Jailan | SESI 3: SKIL BEKERJA DENGAN ORANG LELAKI (Tingkah laku yang perlu dipadam bagi mengekalkan sokongan anak buah lelaki.) |
5:00 Petang | Fotografi, Aktiviti Santai Dan Bersurai. | |
8.00 Malam | SANTAI BBQ BERSAMA PUAN AINON MOHD DAN KONSULTAN ABS | |
15 Sept (Ahad) | ||
8.00 Pagi | Sarapan Pagi | |
9.00 Pagi | SESI FORUM Mengurus konflik dan perpecahan ahli pasukan. |
|
11.00 Pagi | Sesi Santai | |
12.00 Tengah Hari | Makan & Checkout |
Ini adalah situasi yang biasa dihadapi oleh usahawan dan pengurus bisnes:
Selain duduk berkumpul sambil menghidup udara segar dan makan-makan sudah tentunya:
Anda akan bawa pulang tiga manfaat ini:
Anda dapat energi, semangat dan inspirasi baharu apabila duduk berkumpul dalam ‘positive circle’ ini.
Anda dapat membetulkan cara berfikir, bercakap dan bekerja apabila berhadapan dengan ‘human problem’ di sekeliling anda nanti.
Anda dapat praktikkan tips-tips mudah yang dikongsikan untuk upgrade diri menjadi lebih baik dari sekarang.
Dalam sesi ini, ketua perempuan akan mempelajari kemahiran penting untuk menjadi seorang pembina pasukan yang efektif.
Ketahui apa yang diperlukan untuk membina pasukan yang kuat dan berdaya saing, mengapa kemahiran ini penting untuk kejayaan organisasi, dan bagaimana membina hubungan yang kukuh serta motivasi dalam pasukan.
Anda juga akan memahami peranan kritikal seorang ketua dalam memupuk kerjasama, komunikasi, dan kepercayaan dalam pasukan.
Sesi ini direka khas untuk ketua perempuan yang ingin memahami dan mengurus persepsi dalam pasukan dan organisasi.
Pelajari apa itu pengurusan persepsi, mengapa ia penting untuk kepimpinan yang berkesan, dan bagaimana persepsi boleh mempengaruhi kepercayaan dan motivasi pasukan.
Anda juga akan mengetahui cara membina imej positif sebagai ketua, menangani salah faham, dan memastikan komunikasi yang jelas dan berkesan.
Sesi ini direka khusus untuk membantu ketua perempuan memahami dan menguasai kemahiran bekerja dengan rakan sekerja lelaki.
Ketahui apa yang diperlukan untuk mewujudkan persekitaran kerja yang inklusif dan harmonis, mengapa memahami jantina penting dalam kepimpinan, dan bagaimana membina hubungan kerja yang produktif dan saling menghormati.
Anda juga akan belajar cara mengatasi cabaran, memperkuat kerjasama, dan memaksimumkan potensi pasukan campuran anda.
Jemputan istimewa untuk sesi santai BBQ bersama Puan Ainon Mohd!
Nikmati suasana santai sambil mendengar perkongsian inspirasi dan nasihat berharga daripada Puan Ainon Mohd.
Peluang unik untuk bertanya soalan, berinteraksi secara langsung, dan mengeratkan silaturahim bersama pemimpin wanita lain.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati hidangan BBQ yang lazat dalam suasana yang mesra dan penuh ilmu.
Dalam sesi ini, anda akan mempelajari apa itu konflik dalam pasukan, mengapa ia berlaku, dan bagaimana menguruskannya dengan berkesan.
Dengar perkongsian pengalaman, strategi praktikal, dan nasihat dari para trainer untuk membina pasukan yang lebih kuat dan bersatu.
Peluang untuk bertanya soalan dan mendapatkan pandangan langsung dari pakar dalam suasana interaktif dan penuh inspirasi.
Sebagai seorang majikan atau pengurus bisnes, antara tugas utama kita adalah memberi arahan kerja serta mendorong staff menjalankan kerja mereka dengan lebih baik.
Belajar menjadi memimpin yang disukai dan dihormati oleh staff dan anak buah.
Pemimpin yang berpengaruh dan berkredibiliti mampu mendorong pasukannya bekerja dengan lebih efisyen dan sentiasa memberi cadangan untuk kebaikan bisnes.
Kombo 10 Panduan Kepimpinan mengumpulkan 10 Teknik Kepimpinan yang perlu dikuasai oleh majikan, ketua dan pengurus bisnes agar produktiviti pekerja dapat ditingkatkan dan menambah keuntungan syarikat.
(1) Panduan Mendorong & Mengurus Staff
(2) Panduan Mengurus & Memimpin Syarikat
(3) Panduan Mendorong Staff Untuk Suka Beri Idea Baru
(4) Panduan Teknik Memberi Nasihat Yang Betul Kepada Anak Buah
(5) Panduan Teknik Mendorong Staff Lebih Kuat Bekerja Tanpa Menaikkan Kos
(6) Panduan Teknik Menegur Staff Tanpa Merosakkan Semangat Kerja
(7) Panduan Teknik Menerima Idea Yang Bagus Dari Staff
(8) Panduan Teknik Memberi Arahan Kepada Pekerja
(9) Panduan Panduan Membangunkan Motivasi Kerja Dari Dalam
(10) CEO Hard Talk – Panduan Memilih & Mengurus Staff
Puan Ainon Mohd merupakan seorang usahawan yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan usahawan Malaysia.
Beliau yang merupakan Founder kepada PTS sebuah syarikat penerbitan buku Melayu terbesar Malaysia dan Syarikat Ainon Business School sekolah bisnes yang melahirkan usahawan berdaya saing yang patuh syariah.
Beliau juga merupakan seorang ‘influencer’ kepada hampir 250 ribu pengikut di media sosial.
Tulisan beliau sering dijadikan rujukan oleh para usahawan dan terkenal dengan panggilan Puan Guru. Buku-buku bisnes tulisan beliau sering menjadi buku best seller dan diulang cetak berulang kali.
Sentiasa Membawakan Kebaikan adalah moto yang menjadi agen penggerak bagi segala usaha yang beliau cuba sampaikan melalui Sekolah Strategi Janda Baik.
Puan Suhaili Ikhsan, berkelulusan Ijazah Sarjana Kualiti dan Peningkatan Produktiviti, UKM dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri) dengan Kepujian, UKM.
Memulakan bisnes beliau sejak tahun 2000. Pada waktu itu beliau mengusahakan bisnes tadika dan pusat tuisyen sendiri.
Selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak, beliau pernah menjadi jurulatih kepada ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.
Sejak 2010, beliau menumpukan keseluruhan usaha beliau untuk membantu pemilik perniagaan melalui kursus, program keusahawanan, seminar, serta personal coaching.
Beliau kini dilantik sebagai CEO Kumpulan Pendidikan ABS yang dipengerusikan oleh Puan Ainon Mohd.
Pada tahun 2017, kumpulan tersebut mencatatkan perkembangan sebanyak 222% daripada awal penubuhannya pada tahun 2015.
Puan Nurhidayah Jaafar, merupakan konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan berpengalaman sejak 2012 hingga kini.
Sepanjang 11 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 5,000 orang dalam sektor awam, korporat, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.
Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, ABS Edu Consult PLT iaitu salah sebuah anak syarikat ABS Education Sdn. Bhd.
Kini beliau fokus dalam bidang latihan dan perundingan.
Pasukan beliau giat mengkaji dan membangunkan modul baharu untuk industri latihan kepimpinan, komunikasi dan pendidikan.
Aktif berkongsi di media sosial dan beliau sudah menulis 7 buah buku fizikal dan digital.
Boleh ikuti perkongsian beliau di Facebook dan Tiktok: Nurhidayah Jaafar.
Tuan Firdaus Jailan merupakan seorang strategis perniagaan dan pempengaruh bisnes dari Malaysia.
Beliau dikenali melalui perkongsian tentang ilmu perniagaan yang praktikal dan mudah dilaksanakan.
Beliau juga merupakan pengasas syarikat ABS Digital Media Sdn Bhd, ABS Urus Sdn Bhd, ABS Comp Sdn Bhd & ABS Training Sdn Bhd.
Firdaus Jailan dikenali atas pendekatan perniagaannya yang jujur dan terus terang.
Beliau tidak takut untuk berkongsi kegagalan dan kejayaannya, dan beliau percaya bahawa setiap orang dapat belajar dari satu sama lain.
Jika anda mencari nasihat perniagaan, Firdaus Jailan adalah sumber yang baik.
ABS Digital mengamalkan polisi harga patut supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada ilmu ini.
Semuanya ilmu yang tenaga pengajar telah amalkan. Kini, anda boleh belajar daripada mereka.
Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula.
Anda juga boleh hantar staff atau pasukan bisnes anda untuk belajar kemahiran ini.
Boleh bayar 3 kali dengan ATOME