4 Siri Panduan Mengurus Pekerja

Categories: Human Resource
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Belajar Cara Mengurus & Melatih Pekerja Dengan Betul Supaya Pekerja Lebih Berdisiplin.

Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan

Majoriti majikan sangat mengambil ringan bab mengurus & melatih pekerja kerana mereka anggap ini merupakan isu yang remeh dan tak perlu urusan yang formal. 

Akibatnya apa yang berlaku adalah:

  • Susah mengenal pasti masalah pekerja tidak capai pretasi di mana.
  • Sukar menetapkan metrik @ ukuran  prestasi pekerja.
  • Pekerja tak dapat ikut arahan dengan baik.
  • Pekerja keluar masuk bisnes dengan kerap. Pekerja rajin berhenti.
  • Pekerja tidak puas hati dengan majikan walaupun majikan sudah buat baik sehabis mungkin.
  • Majikan buntu hadap isu pekerja yang tidak pandai berdikari
  • Pekerja tiada disiplin dan menyebabkan kebocoran kewangan company.

Apa Yang Anda Akan Belajar?

Panduan Mengurus Budaya Pasukan.

Modul 1: Mengambil Pekerja Yang Tepat

Anda akan belajar cara untuk ada budaya kerja yang baik bermula dari karakter pekerja yang ada dalam bisnes kita. 

Modul 2: Melatih Pekerja

Bukan semua latihan sama bagi semua pekerja. Kita akan beri beberapa kaedah berkesan untuk melatih pekerja dengan cara mudah supaya wujud budaya berdikari. 

Modul 3: Mengekalkan Pekerja

Kita akan berikan panduan bagaimana menentukan pekerja mana yang masih relevan dalam perniagaan kita dan pekerja bagaimana yang harus kita kekalkan untuk jangka masa lama.

Panduan Mengurus Disiplin Pasukan.

Modul 1: Asas Disiplin Kerja

Panduan untuk menerapkan Disiplin asas di tempat kerja dan senarai Disiplin yang relevan dengan bisnes SME.

Modul 2: Melaksanakan Disiplin Kejra

Membantu majikan kenal pasti kaedah berkesan untuk pekerja faham konsep Disiplin di tempat kerja.

Modul 3: Kesan Tidak Menerapkan Disiplin

Kita akan guide majikan untuk kenal pasti sekiranya disiplin tidak dipatuhi dan ditaati, apakah implikasi yang pekerja akan hadapi dan bagaimana untuk kendalikan situasi pekerja tidak berdisiplin. 

Panduan Mengurus Jangkaan Pasukan.

Modul 1: Memutuskan Jangkaan Majikan

Panduan kepada majikan untuk menetapkan sasaran dan harapan kepada pekerja serta apa yang boleh dibuat untuk perbaiki proses penetapan sasaran yang dibuat.

Modul 2: Mengekalkan Jangkaan Majikan

Sasaran amat mudah dibuat dan harapan juga senang disampaikan, tetapi ramai majikan belum tahu apakah cara mengekalkan sasaran untuk pekerja mereka realisasikan. Dalam modul ini kita akan bagi contoh dan situasi untuk majikan kenal pasti apa yang boleh membantu mengekalkan pemahaman pekerja dari segi sasaran syarikat.

Panduan Mengurus Prestasi Pasukan.

Modul 1: Memahami Asas Prestasi

Majikan perlu faham apakah kriteria yang wajib dipenuhi untuk menjadi seorang pekerja yang capai prestasi. Kita akan berikan contoh situasi dan senarai penilaian yang berkaitan supaya pekerja juga faham apa yang kita nampak pada pekerja yang bagus.

Modul 2: Menguruskan Tinjauan Prestasi

Panduan untuk menilai prestasi pekerja.
Berapa kerap penilaian perlu dibuat.
Kriteria dan senarai yang perlu diambil maklum untuk menjalankan sesi penilaian prestasi yang berkesan.

Modul 3: Mengeluarkan Ahli Pasukan Tidak Berprestasi

Panduan melepaskan pekerja yang tidak lagi mencapai prestasi atau pekerja yang tidak relevan dengan syarikat.

Show More

What Will You Learn?

  • Mengambil dan mewujudkan budaya kerja yang baik bermula dari pekerja
  • Melatih pekerja dengan kaedah berkesan untuk menerapkan budaya berdikari
  • Mengekalkan pekerja yang relevan untuk jangka masa panjang
  • Menerapkan disiplin asas dan mengendalikan isu ketidakpatuhan disiplin
  • Menetapkan sasaran dan harapan yang jelas untuk pekerja
  • Mengekalkan pemahaman pekerja terhadap sasaran syarikat
  • Memahami kriteria pekerja berprestasi dan menjalankan penilaian prestasi berkesan
  • Mengendalikan pelepasan pekerja yang tidak berprestasi/tidak relevan

Course Content

4 Siri Mengurus Pekerja

  • Panduan Mengurus Budaya Pasukan
    02:20:56
  • Panduan Mengurus Disiplin Pasukan
    02:31:09
  • Panduan Mengurus Jangkaan Pasukan
    02:02:31
  • Panduan Mengurus Prestasi Pasukan
    02:24:38
  • Slide: Mengurus Budaya Pasukan
  • Slide: Mengurus Disiplin Pasukan
  • Slide: Mengurus Jangkaan Pasukan
  • Slide: Mengurus Prestasi Pasukan
  • Contoh Pemarkahan Untuk Sales Rep (Trainee)

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet