“Betulkan, Luruskan, Majukan” bukan sekadar slogan, tapi misi utama Seminar Business Base Camp 2.0.
Untuk pemilik bisnes kecil yang serius nak perbaiki struktur, urus team dengan betul, dan lonjakkan bisnes ke tahap seterusnya inilah bundel ilmu paling padat dan praktikal yang tuan dan puan perlukan.
Kami kumpulkan semua topik penting yang sering jadi punca bisnes tersekat, staf jadi liabiliti, duit tak cukup, atau bos burnout buat semua benda sendiri. Dan kami bawakan pakar-pakar sebenar, yang biasa selesaikan masalah sebenar bisnes kecil — bukan cakap kosong.
✅ Strategi Urus Modal Untuk Kembangkan Bisnes
Oleh: Tuan Firdaus Jailan
Pelajari bagaimana modal bukan hanya duit, tapi melibatkan aset, masa, staf dan idea. Ketahui cara gunakan modal sedia ada untuk capai pertumbuhan secara bijak.
✅ Bina Kepercayaan Pelanggan & Syarikat di Platform Online
Oleh: Puan Suhaili Ikhsan
Strategi konten, branding dan komunikasi untuk bina kredibiliti jenama yang kukuh di media sosial — supaya pelanggan bukan sekadar beli, tapi percaya dan kekal setia.
✅ Mematuhi Akta Bagi Mengelakkan Denda dan Kompaun
Oleh: Puan Armiati Mohd Ismail
Fahami tanggungjawab legal sebagai majikan dan pengarah syarikat. Elakkan kesilapan yang boleh bawa saman, penalti dan kerugian besar.
✅ Membina Semangat Berpasukan Dalam Kalangan Pekerja
Oleh: Puan Nurhidayah Jaafar
Bangunkan budaya kerja yang harmoni dan produktif. Pelajari cara jaga moral staf, tingkatkan komunikasi dan bina pasukan yang bersemangat tinggi.
✅ Mengurus Bisnes Kecil Dengan Gaya CEO
Oleh: Tuan Alif Haiqal
Ubah cara fikir dari “buat semua sendiri” kepada strategi CEO. Belajar urus masa, KPI, pasukan dan visi syarikat macam syarikat besar — walaupun bisnes kecil.
✅ Menguruskan Kewangan Bisnes dan Kewangan Peribadi
Oleh: Puan Irnee Ismail
Asingkan duit syarikat dan duit sendiri. Bina sistem gaji tetap, rekod yang jujur dan aliran tunai yang stabil supaya bisnes tahan lama dan hidup lebih tenang.
✅ Menurunkan Tugas dan Kuasa Kepada Pasukan
Oleh: Puan Haslinda Ali
Delegasi kerja dengan sistem, bukan semberono. Ketahui cara beri kepercayaan kepada staf tanpa hilang kawalan, dan latih pasukan jadi lebih berdikari.
✅ Cara Mudah Urus Rekod Pekerja & Patuhi Akta Pekerja
Oleh: Puan Maziah Mohd Som
Pelajari rekod minimum yang wajib ada dalam HR — surat lantikan, kehadiran, slip gaji, cuti, tindakan disiplin — semua dalam bentuk mudah & sah di sisi undang-undang.
✅ Cara Kurangkan Cukai Untuk Bisnes Enterprise Yang Buat Untung Besar
Oleh: Tuan Syarifudin Abu Bakar
Strategi sah dan selamat untuk kecilkan jumlah cukai bila bisnes makin berkembang. Belajar cara tolak belanja, rancang gaji, dan simpan bukti yang lengkap.
✔ Pemilik bisnes kecil dan sederhana
✔ Majikan yang baru mula ambil staf
✔ Usahawan yang nak struktur semula bisnes
✔ Peniaga yang nak serius uruskan akaun, staf & cukai
✔ Bisnes enterprise yang makin besar tapi masih pakai sistem ‘kita-kita je’
Kalau selama ini tuan dan puan rasa:
❌ “Staf tak perform”
❌ “Akaun tunggang-langgang”
❌ “Saya penat buat semua sendiri”
❌ “Saya takut kena saman sebab tak tahu undang-undang”
❌ “Saya buat duit, tapi duit tetap tak cukup”
maka ini masanya untuk duduk, belajar dan ubah cara urus bisnes dari asas.
Business Base Camp 2.0 bukan seminar motivasi.
Ia adalah medan belajar untuk orang bisnes yang penat trial & error, dan nak bina bisnes dengan strategi yang betul.
By Firdaus Jailan | Category: Mula Bisnes
By ABS Digital | Category: Kewangan