About Course
Belajar Cara Mengurus & Melatih Pekerja Dengan Betul Supaya Pekerja Lebih Berdisiplin.
Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan
Majoriti majikan sangat mengambil ringan bab mengurus & melatih pekerja kerana mereka anggap ini merupakan isu yang remeh dan tak perlu urusan yang formal.
Akibatnya apa yang berlaku adalah:
- Susah mengenal pasti masalah pekerja tidak capai pretasi di mana.
- Sukar menetapkan metrik @ ukuran prestasi pekerja.
- Pekerja tak dapat ikut arahan dengan baik.
- Pekerja keluar masuk bisnes dengan kerap. Pekerja rajin berhenti.
- Pekerja tidak puas hati dengan majikan walaupun majikan sudah buat baik sehabis mungkin.
- Majikan buntu hadap isu pekerja yang tidak pandai berdikari
- Pekerja tiada disiplin dan menyebabkan kebocoran kewangan company.
Apa Yang Anda Akan Belajar?
Kursus 1: Mengurus Budaya Pasukan.
Modul 1: Mengambil Pekerja Yang Tepat
Anda akan belajar cara untuk ada budaya kerja yang baik bermula dari karakter pekerja yang ada dalam bisnes kita.
Modul 2: Melatih Pekerja
Bukan semua latihan sama bagi semua pekerja. Kita akan beri beberapa kaedah berkesan untuk melatih pekerja dengan cara mudah supaya wujud budaya berdikari.
Modul 3: Mengekalkan Pekerja
Kita akan berikan panduan bagaimana menentukan pekerja mana yang masih relevan dalam perniagaan kita dan pekerja bagaimana yang harus kita kekalkan untuk jangka masa lama.
Kursus 2: Mengurus Disiplin Pasukan.
Modul 1: Asas Disiplin Kerja
Panduan untuk menerapkan Disiplin asas di tempat kerja dan senarai Disiplin yang relevan dengan bisnes SME.
Modul 2: Melaksanakan Disiplin Kejra
Membantu majikan kenal pasti kaedah berkesan untuk pekerja faham konsep Disiplin di tempat kerja.
Modul 3: Kesan Tidak Menerapkan Disiplin
Kita akan guide majikan untuk kenal pasti sekiranya disiplin tidak dipatuhi dan ditaati, apakah implikasi yang pekerja akan hadapi dan bagaimana untuk kendalikan situasi pekerja tidak berdisiplin.
Kursus 3: Mengurus Jangkaan Pasukan.
Modul 1: Memutuskan Jangkaan Majikan
Panduan kepada majikan untuk menetapkan sasaran dan harapan kepada pekerja serta apa yang boleh dibuat untuk perbaiki proses penetapan sasaran yang dibuat.
Modul 2: Mengekalkan Jangkaan Majikan
Sasaran amat mudah dibuat dan harapan juga senang disampaikan, tetapi ramai majikan belum tahu apakah cara mengekalkan sasaran untuk pekerja mereka realisasikan. Dalam modul ini kita akan bagi contoh dan situasi untuk majikan kenal pasti apa yang boleh membantu mengekalkan pemahaman pekerja dari segi sasaran syarikat.
Kursus 4: Mengurus Prestasi Pasukan.
Modul 1: Memahami Asas Prestasi
Majikan perlu faham apakah kriteria yang wajib dipenuhi untuk menjadi seorang pekerja yang capai prestasi. Kita akan berikan contoh situasi dan senarai penilaian yang berkaitan supaya pekerja juga faham apa yang kita nampak pada pekerja yang bagus.
Modul 2: Menguruskan Tinjauan Prestasi
Panduan untuk menilai prestasi pekerja.
Berapa kerap penilaian perlu dibuat.
Kriteria dan senarai yang perlu diambil maklum untuk menjalankan sesi penilaian prestasi yang berkesan.
Modul 3: Mengeluarkan Ahli Pasukan Tidak Berprestasi
Panduan melepaskan pekerja yang tidak lagi mencapai prestasi atau pekerja yang tidak relevan dengan syarikat.
Course Content
Kursus Human Resources (Julai)
-
Kursus 1 Mengurus Budaya Pasukan
02:20:55 -
Slide: Mengurus Budaya Pasukan
-
Kursus 2 Mengurus Disiplin Pasukan
02:31:09 -
Slide: Mengurus Disiplin Pasukan
-
Kursus 3 Mengurus Jangkaan Pasukan
02:02:31 -
Slide: Mengurus Jangkaan Pasukan
-
Kursus 4 Mengurus Prestasi Pasukan
02:24:38 -
Slide: Mengurus Prestasi Pasukan
-
Contoh Pemarkahan Untuk Sales Rep (Trainee)