About Course
Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan
Sebagai seorang usahawan pastinya anda pernah dengar berkenaan Standard Operating Procedure atau SOP.
Tak kisahlah samada bisnes anda buat sorang-sorang atau ada team sekalipun, anda pastinya tahu apa itu SOP.
Namun, adakah anda sendiri mengaplikasikan SOP dengan sebaiknya didalam bisnes anda?
Untuk membuatkan kita benar-benar mengambil serius berkenaan SOP, soalan pertama kita perlu tanya adalah… Apa sebenarnya SOP?
SOP adalah cara kita membuat sesuatu kerja. Contoh paling mudah untuk kita adalah solat.
Didalam solat, kita ada rukun solat yang kita kena follow. Mana boleh kalau kita nak start dengan tahiyat dulu baru takbiratulihram kan? Solat pun ada flow atau SOP yang tersendiri.
Begitu jugalah bisnes anda. Ada SOP yang tersendiri juga.
Manfaat Apabila Bisnes ada SOP
Terlampau besar manfaat sekiranya tuan puan mula untuk belajar membina SOP bisnes yang akan memudahkan proses untuk mengembangkan bisnes anda. Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula.
Antara manfaat nya adalah:
- Anda boleh berkembang dengan menambah bilangan pekerja supaya lebih banyak kerja dapat diselesaikan dalam satu masa tanpa merugikan syarikat.
- Setiap pekerja anda akan memberikan hasil berkualiti dan konsisten setiap masa sehinggakan klien atau pelanggan anda akan recommend anda kepada orang lain.
- Setiap pekerja atau partner bisnes anda tahu apa yang patut dilakukan dan tak perlu lagi untuk selisih faham atau bergaduh.
Apa Yang Anda Akan Belajar?
Kursus 1: Asas & Kefahaman Membina SOP
Modul 1: Kepentingan SOP
Anda Belajar Kepentingan SOP Dalam Mengembangkan Bisnes Anda Dengan Cepat.
Modul 2: Manfaat SOP
Anda Belajar Bagaimana SOP Dapat Mengurangkan Beban Anda & Bisnes Dapat Berjalan Walaupun Anda Sedang Bercuti Bersama Keluarga.
Modul 3: Kesan Buruk Tiada SOP
Anda Belajar Betapa Besarnya Bala Sehingga Banyak Owner Bisnes Burnout & Give Up Kerana Semua Tanggungjawab Digalas Oleh Mereka.
Course Content
Asas & Kefahaman Membina SOP
-
01 Kepentingan SOP
04:26 -
02 Kepentingan SOP
04:37 -
03 Kepentingan SOP
08:17 -
04 SOP Sebgai Panduan Kerja
08:45 -
05 SOP Sebagai Alat Latihan
06:55 -
06 SOP Sebagai Standard dalam Bisnes Kita
12:17 -
07 Bos Akan Sentiasa Sibuk
13:52 -
08 Bisnes Tidak Dapat Dikembangkan
07:32 -
09 Bisnes Tidak Lancar
03:13 -
10 Kesilapan Berulang
00:36 -
11 Soal Jawab
05:06