Kursus Pemimpin Berpengaruh & Motivasi Staff

Categories: Kepimpinan
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Belajar Menjadi Pemimpin Berpengaruh Yang Dapat Mendorong Staff Menjadi Pasukan Genius.

Sesi 1: Membina Daya Pengaruh Sebagai Pemimpin & Mendorong Staff Tanpa Perlu Paksaan & Ugutan.

Dalam kursus 2 jam ini, anda akan belajar bagaimana menggunakan Teknik Nabi dalam mendorong staff supaya rajin bekerja & suka memberi pendapat untuk membangunkan bisnes anda.

TOPIK 1

Menjadi Ketua yang Mampu Memberi Motivasi dan Inspirasi Kepada Anak Buah dan Orang Bawahannya.

  • Tanda-tanda seseorang ketua itu sudah menjadi sumber motivasi dan inspirasi kepada anak-anak buah dan orang-orang bawahannya
  • Apakah sikap dan personaliti ketua yang mampu memotivasikan anak-anak buahnya.
  • Apakah kaedah yang mampu menaikkan semangat pasukan melalui gaya bahasa berdaya pengaruh oleh seorang ketua.

TOPIK 2

Mencipta Ketampanan Sosial Agar Menjadi Ketua Yang Berpengaruh

  • Apakah itu yang dikatakan sebagai ketampanan sosial?
  • Konten percakapan yang boleh menaikkan ketampanan sosial seorang ketua.
  • Kesan-kesan tingkahlaku staf dan orang bawahan yang termotivasi dengan ketuanya?

Sesi 2: Mengurus dan Memimpin Syarikat & Anak Buah Supaya Hasil Kerja Mereka Lebih Baik Dengan Teknik Nabi.

Isu Semasa Sebagai Pemimpin Yang Mempunyai Anak Buah:

Mengurus dan memimpin organisasi dan perniagaan di waktu sukar memerlukan kemahiran kepimpinan dan mengurus yang berbeza. Di antara isu yang timbul termasuk:

  • Kemahiran mengurus tidak selari dengan perubahan risiko & suasana perniagaan yang semakin berubah.
  • Pemimpin masih mengetuai anak-anak buah dengan cara yang lazim sewaktu zaman senang.
  • Staf atau anak-anak buah tidak menunjukkan minat yang tinggi terhadap apa yang dilakukan.

TOPIK 1

Ketua Sebagai Suri Tauladan

  • Bagaimana anda boleh guna teknik yang Nabi guna untuk memberi contoh kepada staff anda?
  • Apakah beza teknik mengurus mengikut teori Barat dan teknik Nabi?
  • Bagaimana dikatakan bahawa aplikasi teknik mengurus gaya Nabi ini dikatakan sesuai dengan zaman moden ini?

TOPIK 2

Ketua Yang Bijak Membentuk Pasukan Yang Berkesan

  • Bagaimana pasukan yang berkesan terbentuk dan ciri utama?
  • Kaedah yang ditunjukkan Nabi dalam mengendalikan Sahabat-sahabat dari pelbagai tahap.
  • Apakah kaedah dorongan yang boleh diaplikasi untuk menghasilkan hasil pasukan berkesan di waktu krisis?

Bonus: Video Menjadi Pemimpin Berkarisma

Isu Semasa Sebagai Pemimpin Yang Mempunyai Anak Buah:

Ketua yang baik adalah ketua yang mampu memberi inspirasi dan motivasi yang bagus kepada anak buahnya. Dorongan yang betul dan baik bakal memotivasikan anak buah dan menjadikan mereka lebih bersemangat dan bekerja lebih cemerlang. Oleh itu teknik dan kaedah memberi motivasi yang mudah seharusnya boleh dipraktikkan oleh ketua untuk mendorong anak buahnya bekerja dengan bersemangat dan cemerlang walaupun dalam keadaan krisis.

Show More

Course Content

Kursus Pemimpin Berpengaruh & Motivasi Staff (Apr 2022)

  • Sesi 1
    01:55:16
  • Sesi 2
    02:28:11

Kursus Pemimpin Berpengaruh & Motivasi Staff (Mei 2022)

Bonus #1: Video Menjadi Pemimpin Berkarisma

Student Ratings & Reviews

No Review Yet
No Review Yet