About Course

Strategi Urus Modal: Cara Kembangkan Bisnes Kecil Dengan Bijak
Ramai pemilik bisnes kecil tak sedar bahawa strategi urus modal yang mereka guna sekarang sebenarnya sedang memperlahankan pertumbuhan bisnes mereka.
Ada yang terlalu bergantung pada duit poket sendiri. Ada pula yang terlalu cepat ambil loan tanpa kira keupayaan sebenar. Tapi lebih ramai lagi yang tak tahu nak guna modal yang dah ada – secara strategik.
Dalam bisnes kecil, strategi urus modal bukan tentang besar atau kecilnya duit yang kita ada. Tapi tentang bagaimana kita alihkan modal sedia ada kepada aktiviti yang menghasilkan pulangan. Sama ada dalam bentuk jualan, penjimatan, kecekapan operasi, atau nilai masa depan.
Contohnya, kalau syarikat ada lebihan RM10,000 – soalan dia bukan “nak simpan ke nak belanja?” Tapi “kalau saya labur RM10,000 ini, apa impak paling besar yang saya boleh dapat untuk naikkan bisnes saya?”
Kenal Pasti Jenis Modal Yang Tuan Ada
Strategi urus modal tak semestinya bermula dengan duit. Kadang-kadang modal paling penting ialah masa, tenaga, aset, staf yang ada, atau kepercayaan pelanggan. Semua itu adalah modal yang boleh dikembangkan – asalkan tahu cara fikir dan susun.
Bezakan Modal Untuk Bertahan vs. Modal Untuk Berkembang
Ramai pemilik bisnes guna semua modal yang ada untuk bertahan – bayar sewa, bayar gaji, bayar hutang. Tapi langsung tak ada bajet khas untuk berkembang. Hasilnya, bisnes tak ke mana-mana walaupun dah bertahun-tahun berniaga.
Modal untuk bertahan memang perlu. Tapi modal untuk berkembang mesti dirancang. Contohnya: bajet marketing untuk capai pasaran baru, bajet training staff, atau bajet untuk sistem automasi.
Gunakan Internal Financing Dulu Sebelum External Financing
Strategi urus modal yang selamat adalah dengan guna apa yang kita dah ada dahulu. Kalau kita sendiri tak boleh disiplinkan untung dan pulangkan semula ke dalam bisnes, macam mana kita nak yakinkan pelabur atau bank?
Banyak bisnes kecil yang tersangkut bukan sebab tak cukup duit, tapi sebab duit keluar masuk tanpa strategi. Bila buat pinjaman, duit hangus tanpa ROI yang jelas. Akhirnya, hutang jadi beban.
Setiap Modal Mesti Ada Return
Setiap sen yang keluar mesti ada sebab, dan mesti ada pulangan. Sama ada kita dapat lebih banyak jualan, dapat jimat masa, atau dapat kurangkan kos jangka panjang.
Kalau guna modal semata-mata sebab ikut trend – contohnya beli mesin sebab pesaing beli – itu bukan strategi, itu nafsu. Strategi urus modal yang betul mesti ada kira-kira, ada risiko yang difahami, dan ada target pulangan.
Kesimpulan: Urus Modal Bukan Sekadar Simpan Duit – Tapi Gandakan
Strategi urus modal bukan kerja akauntan semata-mata. Ia kerja pemilik bisnes. Kalau tuan dan puan tak pandai urus modal, bisnes akan sentiasa dalam keadaan cukup-cukup makan.
Belajar strategi urus modal yang betul – tuan akan tahu bila masa sesuai nak tambah staf, bila nak scale, bila nak invest dan bila perlu tahan.
Dan yang paling penting – tuan akan tahu bila perlu kata “tidak” pada idea yang nampak menarik tapi tak beri pulangan pada bisnes.
Course Content
Strategi Urus Modal Untuk Kembangkan Bisnes
-
STRATEGI URUS MODAL UNTUK KEMBANGKAN BISNES (FULL)
01:55:55
