About Course
Cara Urus Kewangan Bisnes dan Peribadi Supaya Tak Guna Duit Syarikat Sesuka Hati
Isu paling ramai pemilik bisnes kecil hadapi hari ini bukan sekadar jualan tak cukup. Tapi mereka sendiri tak tahu beza antara duit syarikat dan duit sendiri.
Dalam sesi Business Base Camp 2.0, Puan Irnee Ismail membimbing peserta cara urus kewangan bisnes dan peribadi dengan lebih tersusun, supaya bisnes tak lingkup dan hidup tak huru-hara.
Kenapa Kewangan Bisnes dan Peribadi Mesti Diasingkan?
Bila duit masuk akaun bisnes, tapi digunakan untuk bayar bil rumah, beli kasut anak atau langsir dapur – itu petanda jelas kita sedang sabotaj bisnes sendiri tanpa sedar.
Akibatnya, bila nak buat kira-kira untung rugi, semua bercampur. Duit tak pernah cukup. Tak tahu sama ada bisnes sedang berkembang atau perlahan-lahan rugi.
5 Prinsip Urus Kewangan Bisnes dan Peribadi Yang Betul
1. Akaun Mesti Berasingan Sejak Hari Pertama
Buka satu akaun khas untuk syarikat. Jangan guna akaun peribadi atau ‘simpan dalam kepala’. Semua duit bisnes masuk dan keluar dari akaun tersebut sahaja.
2. Gaji Sendiri Kena Tetap dan Disiplin
Sebagai pemilik, kita wajib ada gaji bulanan. Jangan ambil duit ikut suka. Bila ada gaji tetap, kita boleh buat bajet untuk rumah dan belanja peribadi secara realistik.
3. Gunakan Sistem Rekod Yang Mudah Tapi Konsisten
Tak semestinya perlu software mahal. Yang penting rekod semua transaksi – jualan, kos, pinjaman, pengeluaran. Bila ada rekod, kita boleh buat keputusan dengan lebih yakin.
4. Rancang Cash Flow, Bukan Tunggu Hujung Bulan
Ramai orang bisnes cuma tengok akaun bank untuk tahu ‘ada duit ke tak’. Tapi duit tu mungkin bukan milik kita – mungkin untuk bayar supplier, staff atau cukai. Jadi mesti ada unjuran tunai (cash flow projection).
5. Buat Audit Dalaman Sekurang-kurangnya 3 Bulan Sekali
Semak sama ada kita sendiri langgar disiplin. Tengok balik rekod, semak akaun bank, dan pastikan semua ada justifikasi. Kalau kita sendiri tak jaga kewangan bisnes, jangan harap orang lain akan jaga.
Course Content
Cara Urus Kewangan Bisnes dan Peribadi Supaya Tak Guna Duit Syarikat Sesuka Hati
-
Cara Urus Kewangan Bisnes dan Peribadi Supaya Tak Guna Duit Syarikat Sesuka Hati
01:17:23
