UNIT FORENSIK KEWANGAN BISNES AINON BUSINESS SCHOOL

Setiap Sesi DI DALAM PROGRAM INI DIJAMIN KERAHSIAN.

Pihak ABS tidak akan sesekali menggunakan testimoni dan gambar pelanggan bagi apa-apa tujuan promosi bagi program kami.

Ada Sesuatu Yang Tidak Kena.
Tetapi Ramai Pemilik Bisnes Hanya Menyedarinya Apabila Duit Dalam Bank Hampir Habis.

Setiap masalah kewangan meninggalkan bukti. Persoalannya, adakah syarikat anda sedang meninggalkannya sekarang?

Semuanya bermula seperti biasa. Sales semakin meningkat. Telefon semakin sibuk. Pelanggan semakin ramai. Pekerja semakin bertambah. Setiap hari kelihatan produktif. Kalau dilihat dari luar, tiada siapa akan menyangka syarikat ini sedang menuju ke arah masalah kewangan.

Tetapi di dalam pejabat, satu demi satu perkara mula berlaku. Supplier mula bertanya bila bayaran akan dibuat. Pemilik syarikat mula memindahkan duit dari satu akaun ke akaun yang lain. Bayaran tertentu mula ditangguhkan. Perbelanjaan mula dikawal. Dan setiap kali telefon berbunyi, harapan pertama ialah pelanggan membuat bayaran.

Kita tidak akan tahu syarikat kita bermasalah sekiranya kita tidak memantau kesihatan kewangan syarikat kita.

Menariknya…

Hampir semua syarikat yang mengalami keadaan ini memberikan jawapan yang sama. “Sales kami sebenarnya okey.” “Customer semakin ramai.” “Kerja tak pernah putus.” “Entah kenapa duit macam tak pernah cukup.”

Ramai menyangka masalahnya berpunca daripada jualan. Ramai juga menyangka ekonomi sedang perlahan. Ada yang mula menyalahkan staf. Ada yang mula mencari kesalahan pada bahagian akaun. Tetapi selepas petunjuk dikumpulkan, puncanya hampir tidak pernah berada di tempat yang disangka.

Setiap Masalah Kewangan Meninggalkan Bukti.

Cuma ramai tidak tahu bagaimana hendak membacanya. Wang tidak hilang secara tiba-tiba. Ia keluar sedikit demi sedikit. Sedikit di bahagian pembelian. Sedikit di bahagian stok. Sedikit di bahagian kutipan. Sedikit di bahagian operasi. Setiap satu kelihatan kecil. Sehinggalah pada satu hari, semuanya bergabung menjadi satu masalah yang besar.

forensik kewangan. bisnes

Pemeriksaan Tidak Boleh Bermula Dengan Andaian.
Ia Mesti Bermula Dengan Bukti.

Di sinilah pendekatan forensik digunakan. Bukan untuk mencari siapa yang salah.

Tetapi untuk memahami bagaimana sesuatu masalah boleh berlaku. Apabila doktor melihat seorang pesakit demam, doktor tidak terus memberikan ubat.

Dia akan mencari puncanya terlebih dahulu. Begitu juga dengan kewangan syarikat. Sales hanyalah simptom. Cash flow hanyalah simptom.

Keuntungan yang semakin mengecil juga hanyalah simptom. Persoalan sebenar ialah, apakah penyakit yang sedang menghasilkan semua simptom ini?

Antara Simptom Yang Selalu Ditemui

Jika Lebih Dari 3 Keadaan Ini Sedang berlaku

DIANOS BISNES DAN FORENSIK KEWANGAN

Apa Yang Sebenarnya Disiasat?

Bukan laporan untung rugi semata-mata. Bukan akaun semata-mata. Tetapi keseluruhan perjalanan wang.

  1. Bagaimana wang masuk.
  2. Bagaimana wang keluar.
  3. Di mana wang tersekat.
  4. Di mana wang mula bocor.
  5. Di mana sistem gagal memberi amaran.

Dan mengapa semua itu boleh berlaku?

kemungkinan besar syarikat anda sedang meninggalkan petunjuk yang sama.

Rumusan Awal

Ramai pemilik bisnes percaya mereka mempunyai masalah jualan.

Tetapi selepas pemeriksaan dijalankan, masalah sebenar sering kali berpunca daripada sistem kewangan yang sudah lama menunjukkan tanda-tanda kerosakan.

Malangnya, tanda-tanda itu hanya disedari apabila keadaan menjadi semakin serius.

Persoalannya bukan sama ada syarikat anda mempunyai masalah. Persoalannya, adakah anda sudah menemuinya sebelum ia menjadi lebih besar?

DIANOS BISNES DAN FORENSIK KEWANGAN

Jika anda ingin mengetahui sama ada syarikat anda sedang meninggalkan petunjuk yang sama, anda boleh memohon Pemeriksaan Awal oleh Unit Forensik Kewangan ABS.

Pemeriksaan ini bertujuan mengenal pasti sama ada simptom yang sedang berlaku hanyalah masalah kecil atau sebenarnya petunjuk kepada sesuatu yang lebih besar.

Unit Forensik Kewangan ABS

Kami Tidak Membuat Andaian. Kami Mengikut Bukti.

Sebelum kerugian menjadi lebih besar, dapatkan pemeriksaan awal terhadap kedudukan kewangan bisnes anda.

MOHON PEMERIKSAAAN AWAL SEKARANG…

Isi borang di bawah untuk sesi Diagnos Kewangan Bisnes Anda.