Menangguhkan Kepuasan Dari Sudut Kewangan

Dalam buku Bisnes Like Muhammad, sikap boleh menangguhkan kepuasan ini dikupas dengan begitu menarik sekali. Orang bisnes mesti pandai menangguhkan kepuasa. Dari sudut kewangan, menangguhkan kepuasan ini memberi kesan yang sangat besar.

Kesannya apabila orang bisnes boleh menangguhkan kepuasan mereka, mereka boleh jadikan duit itu sebagai modal tambahan. Modal tambahan ini boleh digunakan untuk meningkatkan pengeluaran, membeli mesin yang lebih efisyen atau meningkatkan kepakaran.

Pada tahun 1972, seorang professor dari Stanford University telah menjalankan kajian yang dipanggil Standord Marshmallow Experiment yang mana menunjukkan kanak-kanak yang boleh menangguhkan kepuasan lebih cenderung untuk berjaya pada masa akan datang.

Untuk orang bisnes, apabila kita faham sikap menangguhkan kepuasan ini boleh menjadi satu faktor besar untuk bisnes boleh berjaya. Sebagai contoh, kita jual goreng pisang tepi jalan. Setiap hari kita boleh simpan duit untung itu sebanyak RM50. Sebulan kita sudah boleh simpan lebih kurang RM1,000.

Simpanan ini digunakan untuk beli aset bisnes seperti mesin, upah pekerja, kursus meningkatkan upaya bisnes dan sebagainya.

Jadi orang bisnes perlu buat apa?

1. Letakkan sasaran ke mana bisnes hendak dibawa

2. Kalau nak melancong gunakan duit gaji sendiri

3. Buat akaun bank simpanan sendiri, asingkan duit bisnes dan duit sendiri

Kita bukan kedekut dengan diri sendiri, kita cuma berhati-hati dalam berbelanja. Biar bisnes kita kaya, biar syarikat kita kaya, nanti kita kutip hasilnya.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?