
Analisa Bisnes
RM129.00
Tuan Puan akan belajar :
- Memahami hubungan antara kos, jualan, dan titik pulang modal dalam bisnes.
- Memahami impak keuntungan dan kerugian terhadap bisnes.
- Menilai kesan pelaburan sama ada membawa keuntungan atau kerugian.
- Memahami mengapa bisnes perlu untung untuk terus bertahan.
- Mengetahui punca dan penyelesaian masalah bisnes yang untung atas kertas tetapi tiada cash flow.
- Memahami perbezaan antara pasaran captive (wajib), penjual, dan pembeli.
- Strategi menarik pasaran supaya mereka sekurang-kurangnya mencuba produk atau servis.
- Cara menggunakan keunikan dan kelebihan kompetitif untuk meningkatkan jualan dan branding.
- Mengenali segmen pasaran yang boleh diterokai untuk meningkatkan keuntungan.
- Teknik menetapkan harga berdasarkan persaingan, pasaran premium, dan inovasi produk.
- Menggunakan konsep 80/20 untuk mengoptimumkan strategi jualan.
- Mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang, dan ancaman dalam bisnes untuk strategi yang lebih baik.
Description
Bisnes Adalah Marathon!
Menjalankan bisnes memerlukan stamina yang sangat tinggi.
Untuk mendapatkan stamina ini, kita mesti berlatih bersungguh – sungguh supaya kita dapat menamatkan larian ini dengan cemerlang. Begitu juga dalam bisnes, ianya adalah perjalanan yang memenatkan dan kita mesti mempunyai STAMINA yang tinggi untuk BERJAYA.
Bagaimanakah kita mahu berlatih untuk meningkatkan stamina dalam bisnes? Jenis latihan apa yang perlu kita gunakan dalam latihan itu? Semuanya akan terjawab di dalam sesi rakaman video ini.
Manfaat Menjadi Usahawan Berstamina Tinggi
Terlampau besar manfaat sekiranya tuan puan mula untuk belajar membina bisnes yang boleh mudah berkembang dan menjadi legasi kepada waris tuan puan.. Tiada istilah terlambat. Yang penting bermula.
Antara manfaat nya adalah:
- Anda boleh buat bisnes dengan tenang kerana sudah mengikut semua undang-undang wajib.
- Jualan bisnes anda stabil kerana sudah ada gerak kerja marketing yang perlu dibuat.
- Kerja anda lebih mudah kerana sudah tahu cara memilih partner yang menguntungkan.
- Anda mudah beli asset seperti kereta, rumah & tanah kerana tahu cara sediakan laporan kewangan.
- Bisnes anda sentiasa sihat kerana sudah tahu strategi cashflow untuk bisnes anda.
- Anda dapat naikkan jualan melalui kempen marketing yang telah disusun.
Sesi video ini terdiri daripada gabungan 12 Modul :
Modul 1: Hubungan Kos, Jualan, Pulang Modal. Belajar Perkaitan Antara 3 Komponen Yang Penting Iaitu Kos, Jualan & Pulang Modal.
Modul 2: Untung Dan Rugi. Apa Kesan Kepada Bisnes Memahami Dengan Jelas Kesan Sebenar Untung Rugi Kepada Bisnes Anda.
Modul 3: Kesan Pelaburan Dalam Bisnes? Memahami Kesan & Impak Pelaburan Dalam Bisnes Anda. Laba Atau Bala?
Modul 4: Kenapa Perlu Untung? Tahu Apa Sebab Kenapa Bisnes Kita Perlu Untung? Atau Betul Ke Bisnes Kita Kena Untung Untuk Survive?
Modul 5: Untung Tapi Tidak Ada Duit? Belajar Kenapa Ada Bisnes Yang Sales Banyak Tapi Hujung Bulan Tiada Duit. Kami Beri Juga Solusi.
Modul 6: Mengenali 3 Jenis Pasaran iaitu Captive (Wajib), Penjual & Pembeli.
Modul 7: Bagaimana Jadikan Pasaran Kita Wajib Orang Beli. Belajar Strategi Untuk Mendorong Pasaran Untuk At Least Cuba Produk/Servis Kita Walaupun Sekali.
Modul 8: Unfair Advantage/Unique Selling Point (USP) Belajar Cara Gunakan Unfair Advantage & USP Dalam Menaikkan Brand & Sales.
Modul 9: Segmen Kuadran Pasaran. Belajar Segmen Kudran Pasaran Yang Anda Boleh Tembus Masuk Untuk Naikkan Jualan.
Modul 10: Strategi Harga & Jualan iaitu Lawan Harga, Pasaran Ala Premium & Penambahbaikan.
Modul 11: Kombinasi Jualan Belajar Kaedah 80/20 Dalam Kombinasi Jualan Untuk Menaikkan Lagi Jualan.
Modul 12: Analisis SWOT. Belajar Mengenal pasti Strength, Weakness, Opportunities, Threat.
Panduan ini sesuai untuk siapa?
- Usahawan baru yang ingin memahami kos, untung, dan strategi harga.
- Pemilik bisnes kecil & sederhana (SME) yang mahu mengurus kewangan dan jualan dengan lebih baik.
- Founder start-up yang perlu memahami pulang modal dan pelaburan dalam bisnes.
- Majikan & pengurus yang mahu memahami strategi keuntungan syarikat.