Kursus Teknik Memberi Arahan Yang Berkesan (Pakej Tiada Rakaman)
RM99.00
Tuan Puan akan belajar :
- Menyampaikan arahan dengan lebih ringkas dan efisien.
- Membina persepsi positif terhadap gaya kepemimpinan yang efektif.
- Memastikan arahan-arahan dipandang serius dan dilaksanakan.
- Meningkatkan hubungan antara ketua dan pekerja melalui komunikasi yang betul.
Description
Sebagai ketua perempuan, belajar cara membuatkan pekerja anda mendengar arahan dan lakukan apa yang disuruh.
Situasi & isu kebanyakan ketua wanita :
- Ketua memberi arahan tetapi staf tak mahu ikut. Kesannya, staf tidak hormat ketua.
- Tidak tahu cara memberi arahan yang berkesan. Impaknya, hasil kerja tidak mencapai standard yang diharapkan atau kerja itu tidak dibuat kerana salah faham.
- Ketua perempuan dituduh cerewet kerana ayat arahannya detail. Jika tidak diterangkan panjang lebar, staf pula tidak faham.
- Staf tidak konfiden dengan arahan dan keputusan yang dikeluarkan oleh ketua mereka. Ayat arahan tidak dipandang serius.
- Pekerja senior yang sudah berusia buat tidak endah dengan arahan ketua yang lebih muda tetapi menyandang jawatan lebih tinggi daripadanya.
- Ketua perempuan memimpin ahli pasukan yang majoriti lelaki. Tidak mahir berkomunikasi dengan lelaki supaya ikut arahannya.
- Staf membawang, buat group wasap bergosip pasal boss selepas satu-satu arahan dikeluarkan.
Kelebihan menyertai panduan ini :
- Dapat menjimatkan jumlah perkataan dan ayat apabila bercakap. Jadi, beban emosi berkurang.
- Membina persepsi positif terhadap gaya kepimpinan seorang Lady Boss yang ringkas, mudah dan efisien.
- Pekerja mudah faham arahan. Arahan dipandang serius dan dilaksanakan.
- Hubungan ketua dan pekerja bertambah sihat kerana teknik komunikasi yang betul.
Terdapat 7 MODUL UTAMA dalam panduan ini, iaitu :
Modul 1: Kepentingan Daya Pengaruh Dalam Menyampaikan Arahan. Fahami kepentingan daya pengaruh seorang ketua perempuan supaya arahan itu dipandang serius.
Modul 2: Ciri-Ciri Ayat Arahan Yang Berpengaruh. Ketahui ciri-ciri ayat arahan yang memberi kesan dorongan dan tindakan.
Modul 3: Bilakah Ayat Arahan Sesuai Digunakan? Menentukan masa dan situasi yang tepat dalam memberi arahan.
Modul 4: Teknik Memberi Arahan Yang Salah. Kenal pasti teknik memberi arahan yang salah, menjadikan arahan tidak berkesan.
Modul 5: Teknik Memberi Arahan Yang Betul. Belajar teknik memberi arahan yang betul supaya anak buah akur tanpa banyak alasan.
Modul 6: Kata-Kata Dan Ayat Arahan Yang Salah Dan Yang Betul. Menyenaraikan ayat arahan yang betul VS ayat arahan yang salah.
Modul 7: Mencipta Skrip Arahan Yang Berkesan Dan Mendorong Kepada Tindakan. Latihan mengaplikasikan teknik dan membina skrip sendiri.
Panduan ini sesuai untuk siapa?
- Ketua perempuan.
- Menghadapi masalah komunikasi dengan orang bawah kepimpinannya.
- Individu yang ingin memahami teknik memberi arahan yang dipandang serius dan dilaksanakan.
Siapakah yang akan bantu anda dalam siri ini?
Puan Suhaili Ikhsan, CEO Kumpulan Pendidikan ABS.
- Berkelulusan Ijazah Sarjana Kualiti dan Peningkatan Produktiviti, UKM dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Industri) dengan Kepujian, UKM.
- Memulakan bisnes beliau sejak tahun 2000. Pada waktu itu beliau mengusahakan bisnes tadika dan pusat tuisyen sendiri.
- Selama 14 tahun berkecimpung dalam bidang pendidikan dan pengasuhan awal kanak-kanak, beliau pernah menjadi jurulatih kepada ribuan pendidik awal kanak-kanak di seluruh negara.
- Sejak 2010, beliau menumpukan keseluruhan usaha beliau untuk membantu pemilik perniagaan melalui kursus, program keusahawanan, seminar, serta personal coaching.
- Beliau kini dilantik sebagai CEO Kumpulan Pendidikan ABS yang dipengerusikan oleh Puan Ainon Mohd.
- Pada tahun 2017, kumpulan tersebut mencatatkan perkembangan sebanyak 222% daripada awal penubuhannya pada tahun 2015.
Puan Nurhidayah Jaafar, Jurulatih Komunikasi Dan Kepimpinan.
- Konsultan dan jurulatih bertauliah dalam bidang komunikasi dan kepimpinan berpengalaman sejak 2012 hingga kini.
- Sepanjang 11 tahun dalam bidang ini, beliau sudah melatih lebih 5,000 orang dalam sektor awam, korporat, badan sosial dan pasukan bisnes kecil.
- Pada tahun 2017, beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi, ABS Edu Consult PLT iaitu salah sebuah anak syarikat ABS Education Sdn. Bhd.
- Kini beliau fokus dalam bidang latihan dan perundingan.
- Pasukan beliau giat mengkaji dan membangunkan modul baharu untuk industri latihan kepimpinan, komunikasi dan pendidikan.
- Aktif berkongsi di media sosial dan beliau sudah menulis 7 buah buku fizikal dan digital.
- Boleh ikuti perkongsian beliau di Facebook dan Tiktok: Nurhidayah Jaafar.
Reviews
There are no reviews yet.