9 Panduan Memilih Bisnes Pertama

Apabila ekonomi jatuh, banyak orang dibuang kerja. Majoriti akan terfikir mahu membuka bisnes. Ada beberapa perkara yang perlu difikirkan sebelum memilih bisnes pertama apa yang hendak diceburi.

Bagi individu yang mempunyai banyak duit tunai dalam simpanan, perkara-perkara di bawah ini lebih penting diambil berat.

Jemput Mula Baca 9 Panduan Memilih Bisnes Pertama.

1. Bisnes pertama yang terus berjaya adalah kekecualian.

Andainya ada orang yang membuka bisnes pertama dan bisnesnya terus berjaya, tidak berakhir bungkus, fenomena macam itu ada kekecualian. Itu bukan kelaziman.

Ada statistik yang menunjukkan antara 75 hingga 93 peratus bisnes akan bungkus dalam tempoh 3 tahun selepas ia memulakan operasi. Dalam tempoh 5 tahun, angka itu naik kepada 95 peratus. Statistik itu bukan statistik terpencil, ia berlaku di seluruh dunia.

Jadi kita kena ada mindset yang betul. Jangan positif sangat dalam membuka bisnes pertama. Kita mesti berfikir secara rasional. Jangan yakin sangat bisnes pertama kita boleh terus boleh buat untung.

2. Bisnes pertama adalah sekolah bisnes buang bodoh.

Tidak ada orang yang membuka bisnes pertama dia terus pandai menjalankan bisnes, dan bisnesnya terus berjaya membuat keuntungan.

Tanyalah mana-mana peniaga yang sudah lama berkecimpung dalam dunia bisnes perkara-perkara di bawah ini:

a. Tanya jenis-jenis bisnes yang mereka pernah cuba dan mengapa mereka kemudian berhentikan bisnes itu.

b. Tanya berapa kali mereka pernah alami di mana bisnes mereka bermula okay, boleh buat untung, tetapi akhirnya bisnes itu bungkus.

c. Tanya berapa banyak duit modal mereka yang terbakar hangus menjadi abu.

d. Tanya berapa banyak kerugian yang pernah mereka tanggung akibat ditipu.

e. Tanya berapa kali mereka silap dalam membuat keputusan bisnes.

f. Tanya berapa banyak hutang-hutang ejen, klien, kawan, keluarga, dan customers yang mereka gagal kutip sampai terpaksa gulung tikar dibuatnya.

Bisnes pertama adalah tempat paling baik kita belajar ilmu bisnes. Semua kebodohan kita akan terbuka dalam bisnes pertama kita.

3. Bisnes modal besar.

Banyak orang yang bekerja di syarikat korporat besar, apabila mereka dibuang kerja majikan memberi duit pampasan.

Disebabkan mereka pernah bekerja di syarikat korporat, mereka cenderung memilih bisnes yang modalnya besar, maklumlah mereka ada duit pampasan. Habis semua duit itu digunakan untuk membuka bisnes pertama. Kemudian bisnes itu bungkus.

Ada pula yang mengambil pinjaman bank untuk membuka bisnes pertama. Ceritanya sama, bisnes pertama itu bungkus. Sudahlah bisnes bungkus, terpaksa pula menanggung hutang bank. Sudah jatuh ditimpa tangga.

4. Mitos bisnes yang senang.

Tidak ada bisnes yang mudah, yang senang. Itu cakap orang yang tidak pernah menjalankan bisnesnya sendiri. Semua bisnes adalah susah. Orang yang sudah menjalankan bisnes sahaja yang tahu susahnya memulakan bisnes. Hendak memulakan bisnes sangat susah. Hendak kembangkan bisnes pun sangat susah.

Banyak orang percaya pada mitos membuka bisnes secara francais adalah mudah sebab semuanya sudah disediakan, kita tinggal jalankan bisnes itu sahaja.

Sebelum membuka bisnes secara francais, berkenalan dahulu dengan beberapa orang yang ada pengalaman menjalankan bisnes secara francais.

Tanya mereka apa pengalaman dan apa rasanya membuka bisnes francais. Jangan mudah tergoda dengan cerita-cerita manis yang disampaikan dalam kursus-kursus francais.

Mereka bercerita tentang cawangan francais mereka yang berjaya. Mereka sorokkan cerita-cerita cawangan mereka yang bungkus!

5. Bisnes dengan imej kejayaan.

Kesilapan jenis ini banyak dialami oleh peniaga yang berhenti kerja dalam syarikat korporat. Mereka memilih bisnes pertama yang memberikan imej mereka adalah businessman yang berjaya dan bergaya.

Mereka terdorong mahu mengekalkan imej dan gaya hidup serupa macam waktu mereka masih berkerja di syarikat korporat. Mereka pun membuka pejabat yang cool. Lokasi bisnes mereka juga cool. Banyak duit modal dibelanjakan untuk kos menjaga imej.

6. Modal untuk bisnes pertama jangan lebih daripada RM2k.

Disebabkan kemungkinan bisnes pertama kita itu akan bungkus adalah sangat tinggi, kita perlukan modal untuk mencuba bisnes-bisnes lain.

Sebenarnya, kita mungkin perlu mencuba sampai 5 kali sebelum berjumpa bisnes yang akhirnya berjaya. Itulah sebabnya kita jangan bakar semua duit simpanan kita untuk modal bisnes pertama.

Makin kecil modal bisnes pertama kita, makin bagus. Apabila duit modal itu angus, kita masih ada duit simpanan bagi mencuba bisnes baru.

7. Pilih bisnes yang jualan dapat dibuat cepat.

Contohnya, kita menjual karipap goreng. Pagi-pagi kita buat karipap, petang-petang kita sudah boleh goreng karipap dan buat jualan.

Besok pagi kita buat karipap lagi, petangnya kita goreng dan jual karipap lagi. Pagi modal keluar, petangnya modal sudah dapat balik.

Dalam masa 24 jam modal kita sudah berpusing sekali pusingan. Dalam masa satu minggu, duit modal kita berpusing 7 kali pusingan. Dalam masa 1 bulan modal kita berpusing 30 kali.

Bisnes pertama jenis macam itu sangat bagus untuk semangat kita. Walaupun untung kita keci2l, namun tiap-tiap hari modal kita menghasilkan keuntungan.

Perasaan bahawa bisnes kita laku dan kita ada buat untung, ini penting dari sudut emosi dan psikologi kita.

Tiap-tiap hari semangat kita positif, makin hari makin positif. Itu mendorong otak kita berfikir macam mana hendak menaikkan bisnes kita.

8. Bisnes pengeluaran dan pembuatan.

Untuk memilih bisnes pertama, jangan fikir hendak membuat produk sendiri, dan kononnya kita hendak ada brand sendiri. Membuka bisnes dengan cara membuat produk sendiri itu bisnes cara dulu-dulu. Cara membuka bisnes zaman sekarang sudah tidak macam itu lagi.

Contohnya, dulu-dulu jika kita hendak menjual telur masin, kita pun berfikir macam mana membela itik supaya ada telur sendiri. Kita berfikir hendak membuat reban itik, di mana hendak membeli anak itek, hendak bela itik jenis apa, hendak beri itik makan apa dll.

Beribu-ribu ringgit duit modal dihabiskan untuk fasa membela itik. Telur itik pun belum nampak bayangnya lagi, modal sudah banyak habis. Hari-hari makin banyak modal keluar, maklumlah itik kena diberi makan hari-hari.

Bisnes zaman sekarang bukan macam itu. Kita boleh beli sahaja telur itik, dan terus buat telur masin itu. Kita hendak buat telur masin berapa biji, kita beli telur sebanyak itu sahaja.

Dalam bisnes zaman sekarang, mula-mula sekali kita belajar ilmu marketing online dulu. Kita berguru dengan mana-mana peniaga yang sudah buat bisnes online. Berkuli dulu dengan peniaga itu, sebenarnya itulah yang lebih baik. Kita tolong buat kerja-kerja online marketing untuk naikkan bisnes peniaga itu. Peniaga itu untung, kita pun untung.

Selama berkuli itu, kita bukan hanya belajar teori-teorinya, tetapi kita juga belajar cara-cara kerja-kerja marketing online yang sebenar-benarnya.

Berapa lama kita patut berkuli? Tiga hingga 6 bulan pun sudah cukup. Kita hendak belajar yang basik-basik dulu, yang advance kita belajar kemudian.

Sementara menunggu telur itik kita itu sudah masin, sudah boleh dijual, kita buat marketing online dulu. Jadi, walaupun telur itik itu belum masin tetapi semua kerja-kerja tapak bisnes kita sudah siap. Tunggu tarikh kita nak buka order saja!

9. Tempoh menunggu yang lama.

Untuk bisnes pertama, jangan memilih bisnes pertama yang mengambil masa lama sebelum duit masuk. Bisnes pengeluaran dan pembuatan lazimnya mempunyai ciri begitu.

Sebagai contoh, jika kita hendak menjadi pengeluar halia ia mengambil masa 8 bulan sebelum dapat dituai dan dijual. Dalam masa 8 bulan itu hari-hari anak isteri kita perlu makan, dari mana kita hendak dapatkan duit belanja makan mereka.

Penutup

Semua orang masuk dunia bisnes dengan bermacam-macam kebodohan. Dalam dunia realiti, bisnes yang sebenar langsung tidak serupa macam apa yang diceritakan dalam buku-buku bisnes dan dalam seminar-seminar motivasi bisnes. Semua kerugian yang terpaksa ditanggung dalam bisnes pertama adalah yuran tuisyen yang dibayar dalam proses membuang kebodohan kita.

Mahukah Anda Dapatkan Panduan Memulakan Bisnes Daripada Puan Ainon Mohd?

Panduan Memulakan Bisnes (Melintang)

Panduan Memulakan Bisnes ini dihasilkan oleh Puan Ainon Mohd. Semua modul dan bonus ini disusun supaya anda lebih jelas strategi untuk memulakan bisnes.

Dalam panduan ini, anda akan belajar:

Modul 1: Cara Memilih Bisnes Pertama
Modul 2: Cara Memulakan Bisnes Kedua
Modul 3: Cara Memilih Produk Untuk Dijual
Modul 4: Model Business To Business (B2B)
Bonus 1: 12 Siri Memulakan Bisnes
Bonus 2: 14 Siri Bertahan Bisnes
Bonus 3: 12 Siri Kembangkan Bisnes
Bonus 4: 11 Video Nota Copywriting
Bonus 5: 23 Video Nota Marketing
Bonus 6: 26 Video Nota Jualan
Bonus 7: Group Khas Sekolah Bisnes

Klik butang di bawah untuk mula belajar.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?