
Sebelum mula apa jenis pun bisnes, kita kena belajar terima hakikat bahawa gagal/rugi itu pasti, untung belum tentu. Jadi normal ramai usahawan tutup kedai.
Dengan ekonomi sekarang, kita sendiri dapat lihat betapa banyak kedai makan bersilih ganti buka & tutup.
Betapa banyak peniaga pakaian online buka kedai butik. Tak sampai setahun, tutup sebab rugi sampai tak habis bayar hutang bank.
Ini hakikat pedih & perit yang kita kena terima. Kalau anda peniaga yang ada kedai, artikel ini mendedahkan realiti yang perlu anda tahu.
Kenapa 2024 lebih ramai yang akan tutup kedai?
Kami kongsikan 3 sebab utama usahawan tutup kedai terlebih dahulu. Sebab ini sahaja pun dah cukup untuk memusnahkan sesebuah bisnes offline.
(1) Revolusi Peniaga Online.
Bayangkan berapa ramai peniaga online yang wujud setiap hari. Ibarat cendawan tumbuh selepas hujan.
Hanya perlu daftar jadi dropship atau beli borong. Kemudian, jual di platform FB atau Google sahaja. Senang sangat.
Tiada kos buka kedai. Tiada kos renovation. Paling kurang, kos marketing sahaja kalau anda menjalankan paid marketing seperti FB Ads & Adwords.
Even dari segi manfaat kepada pengguna pun sangat besar, tambahan pula kalau pengguna anda berada di bandar besar & padat.
Mereka tak sanggup nak bersesak di jalan raya & kawasan yang ramai sempit dengan orang untuk beli belah.
Hanya order online, terus sampai depan rumah atau pejabat dengan perkhidmatan kurier. Senang kan? Jimat duit minyak & tol.
Pada tahun 2021, musim COVID-19, akibat penangan PKP, terlampau banyak usahawan tutup kedai mereka.
(2) Kewangan Bersepah.
Bagi yang baru nak buka atau dah lama buka kedai, pastikan ada bajet 6 bulan belanja yang tak diganggu.
Contoh, kalau belanja RM20,000 sebulan. Pastikan anda ada RM120,000 standby. Boleh letak dalam fixed deposit atau tabung haji.
Kebanyakkan bisnes offline selalu mengalami masalah tercekik cashflow. Hal ini kerana mereka sangkut nak pusing modal.
Hal ini normal kerana pada bulan 1-3, bisnes kita slow. Jadi, kita pun ambil sana sikit, ambil sini sikit untuk cover kos tetap kita.
Itu belum kira kita salah kira kos. Kita salah letak harga. Paling sedih, staff mula curi duit. Nak tahu apa yang lagi teruk?
Kita sendiri mula merompak duit bisnes dan guna untuk kepentingan peribadi kita sendiri. Kena tahu beza duit sendiri & duit bisnes.
Akibatnya, kita terpaksa tutup kedai yang kita sudah laburkan banyak duit.
(3) Tak Famous.
Sebelum itu, kami nak terangkan bahawa menjadi famous ini bukan jadi famous seluruh Malaysia.
Kita bukan nak 1 Malaysia kenal kita. Kita hanya mahu target market kita sahaja yang kenal kita.
Sebab sepanjang kami consult bisnes offline, tiada lagi yang menyedihkan selain daripada penduduk setempat pun tak tahu kewujudan kedai mereka.
Ada kedai butik/spa/makan yang dah habis dekat 6 angka untuk buka & renovate kedai sahaja. Belum masuk upah pekerja lagi.
Tapi, apabila pergi ke radius 5 km dari kedai & buat survey. Langsung tak ada yang tahu kewujudan kedai tersebut. Dan tak tahu langsung kita sudah tutup kedai.
Rugi sangat rugi. Oleh itu, kita wajib upgrade diri kita dengan ilmu bisnes yang perlu kita tahu. Ya, tak semua ilmu bisnes kita perlu tahu.
Berita gembira…
Di bawah ini adalah satu panduan khas untuk mereka yang buka bisnes berpremis seperti kedai makan, kedai peralatn sukan, klinik, tadika, bengkel, kedai gunting rambut dan pelbagai bisnes yang memerlukan pelanggan datang ke kedai.
Klik gambar untuk maklumat lanjut.
