Dalam pasaran, sentiasa ada kumpulan kecil yang memerlukan produk ataupun servis yang khusus untuk mereka sahaja. Pasaran kecil itu disebut niche market. Oleh itu, anda wajib buat niche marketing dalam menjalankan bisnes anda.
a. Ciri-ciri customernya amat khusus.
b. Ciri-ciri produk itu amat khusus.
c. Kualiti pembuatannya amat khusus.
d. Harga jualannya amat khusus.
Bisnes dalam pasaran niche cenderung bersifat unik, lain daripada kebiasaan. Contohnya:
a. Servis pencucian yang menggunakan bahan-bahan alami.
b. Bakeri yang membuat produk-produk bebas gluten.
c. Kedai online yang menjual produk yang diperbuat daripada 100% kain kapas.
Tujuan kita masuk pasaran niche:
- Tidak mahu bersaing dengan mana-mana budak besar dalam pasaran umum.
- Mahu survive dengan mencari pasaran yang masih belum ada pesaing, ataupun sudah ada persaingan tetapi mereka tidak berapa kuat, jadi kita masih boleh masuk.
- Mahu mendapatkan margin keuntungan yang lebih tebal.
Bagi menjalankan bisnes dalam pasaran niche, inilah kriterianya:
- Kita kena betul-betul faham apa sebenarnya yang dimahukan dan diperlukan oleh customers dalam niche itu. Tidak boleh main sangka-sangka dan agak-agak sahaja.
- Kita buat produk ataupun servis betul-betul macam yang mereka mahukan dan perlukan.
- Kita kena belajar strategi marketing yang membolehkan produk dan servis kita sampai ke pengetahuan mereka dalam niche itu.
- Andainya dalam pasaran niche itu sudah ada beberapa pemain lain, kita kena position-kan produk dan servis kita supaya ada kelainan yang nyata antara kita dan mereka.
Apabila kita berniaga dalam pasaran niche, inilah kelebihannya:
1. Kita hanya menghantar iklan kepada kumpulan yang kecil yang sudah dikenalpasti dengan tepat.
Kos periklanan online menjadi amat rendah dibandingkan dengan berniaga dalam pasaran umum.
2. Niche marketing memudahkan kita mendapat pelanggan yang sangat setia pada brand kita.
Dalam pasaran niche, kita memang membuat produk dan servis yang diperlukan oleh kelompok pelanggan itu sahaja.
Kedai-kedai biasa menjual barang-barang untuk pasaran umum.
Barang-barang dan servis untuk pelanggan niche memang tidak ada dijual di kedai-kedai biasa.
3. Dalam niche marketing kita melayan jumlah customers yang kecil, jadi mutu engagement boleh sangat bagus.
Kita boleh beri tumpuan yang khusus supaya hubungan bisnes menjadi amat memuaskan kepada customers.
a. Kita boleh kenal tiap-tiap customer.
b. Surat-surat emel kita lebih personalised.
c. Aktiviti follow-up lebih konsisten.
d. Surat-surat terima kasih lebih kerap.
e. Kad ucapan hari lahir lebih personalised.
f. Kita mampu melayan permintaan khusus dari customers.
4. Apabila kita aktif dalam pasaran niche, kita lebih cepat mendapat tahu perkembangan terbaru dalam niche itu.
a. Produk-produk terbaru.
b. Inovasi terbaru.
c. Idea-idea terbaru.
Dengan itu kita dapat memberi pandangan dan nasihat yang tepat untuk customers.
5. Semakin kecil pasaran niche kita, semakin mendalam kepakaran kita, semakin sukar bagi pesaing yang hendak mengalahkan strategi pemasaran kita.
6. Semakin tidak banyak persaingan, semakin kurang kerisauan kita.
Ada 2 kemungkinan persaingan tidak banyak dalam niche kita:
a. Peniaga lain tidak mampu melakukan apa yang kita lakukan.
b. Dari sudut bisnes, niche kita tidak menjanjikan banyak kelebihan dan peluang.
7. Dalam marketing, faktor visibiliti sangat penting.
Customers yang menjadi target marketing kita mesti pernah nampak brand kita. Bukan hanya pernah nampak, malah kerap nampak.
Makin visibel brand kita, makin mudah kita mendapatkan customers baru.
Disebabkan produk dan servis kita unik, bisnes kita mudah mendapat perhatian golongan pemberita akhbar dan majalah, penganjur seminar, penerbit talk show di stesen radio dan televisyen.
Dalam niche marketing, ada masanya lebih penting kita bercakap kepada audiens yang tepat dibandingkan dengan audiens yang banyak.
Dari sudut lain, ada manfaatnya kita bercakap kepada audiens yang tidak tepat. Mereka yang mendengar kita bercakap itu boleh menyampaikan informasi berkenaan bisnes kita kepada kawan mereka yang memerlukan.
8. Buah mulut.
Bisnes dalam pasaran niche mudah menjadi buah mulut kumpulan yang khusus.
Golongan yang mempunyai keperluan dan minat khusus membuka grup-grup mereka sendiri.
Sesama mereka saling merujuk pendapat satu sama lain sebelum membeli.
Mereka sentiasa bertukar-tukar maklumat berkenaan produk dan servis yang terbaru dan terbaik.
Hal itu sangat berkesan untuk referral marketing. Pelanggan yang puas hati dengan kualiti produk dan servis kita dengan sendirinya menjadi duta untuk menaikkan bisnes kita.
9. Cepat menjadi pakar.
Demi survival dalam pasaran niche, kita terpaksa belajar banyak perkara berkaitan bidang itu, dan kita terpaksa berlatih sampai benar-benar mahir. Hasilnya, kita cepat menjadi pakar dalam bidang kita.
Dari sudut pelanggan yang mempunyai keperluan khusus, kepakaran dalam bidang berkaitan adalah lebih penting daripada nama brand yang terkenal.
Dengan menjadi pakar, kita mudah mendapat kepercayaan pelanggan, pengiktirafan dari komuniti, sehingga menjadi terkenal dalam bidang itu.
Ini pentingnya niche marketing.
10. Bagaimanakah caranya bisnes niche kita dapat dikembangkan?
Mula-mula kita membuat dan menjual produk ataupun servis niche yang utama. Kemudian kita buat produk-produk dan servis-servis lain yang support produk utama itu.
Penutup
Kita mungkin sejak awal-awal lagi memang sudah menetapkan bahawa kita mahu memasuki pasaran niche.
Ataupun, kita mungkin bermula dengan memasuki pasaran umum, tetapi selepas beberapa lama kemudian barulah kita mendapat idea untuk memasuki pasaran niche.
Walau apa pun cara kita memasuki pasaran niche, tujuan kita hanya satu iaitu kita mahu mencari kolam kecil di mana di dalam kolam kecil itu kita dapat menjadi ikan besar.
Mahukah Anda Dapatkan Panduan Memulakan Bisnes Daripada Puan Ainon Mohd?
Panduan Memulakan Bisnes ini dihasilkan oleh Puan Ainon Mohd. Semua modul dan bonus ini disusun supaya anda lebih jelas strategi untuk memulakan bisnes.
Dalam panduan ini, anda akan belajar:
Modul 1: Cara Memilih Bisnes Pertama
Modul 2: Cara Memulakan Bisnes Kedua
Modul 3: Cara Memilih Produk Untuk Dijual
Modul 4: Model Business To Business (B2B)
Bonus 1: 12 Siri Memulakan Bisnes
Bonus 2: 14 Siri Bertahan Bisnes
Bonus 3: 12 Siri Kembangkan Bisnes
Bonus 4: 11 Video Nota Copywriting
Bonus 5: 23 Video Nota Marketing
Bonus 6: 26 Video Nota Jualan
Bonus 7: Group Khas Sekolah Bisnes
Klik butang di bawah untuk mula belajar.