10 Panduan Menjadi Ketua Dan Majikan Yang Baik

Dalam syarikat kecil, pendiri bisnes adalah pemilik syarikatnya, dia juga menjadi pengurus syarikatnya. Dialah majikan, dialah juga ketua kepada semua pekerjanya.

Sebagai businessman, apabila kita pandai menjalankan tugas dan tanggungjawab kita sebagai majikan dan ketua, hasilnya pekerja kita pun akan pandai menjalankan tugas-tugas dan tanggungjawab mereka.

Dalam bahasa mudah, sebagai businessman, tidak cukup andainya kita cuma pandai berniaga. Kita juga kena pandai menjadi boss, baru nanti pekerja kita pandai menjalankan kerja mereka.

Dr. E. Douglas memberi 10 panduan menjadi ketua dan majikanyang baik kepada pekerja:

1. Amalkan prinsip pintu terbuka.

Apabila staff mempunyai sebagai idea dan cadangan, mereka boleh terus berjumpa kita, dan kita akan dengar dia terangkan ideanya sampai dia puas hati.

Kita ada menyimpan buku nota khusus untuk mencatatkan idea-idea dan cadangan dari staff. Semasa staff bercakap mengemukakan ideanya, kita catat butir-butir penting yang disebutnya.

Kita tidak perlu tolak ataupun terima idea staff itu pada waktu itu juga. Yang penting staff tengok kita mencatat ideanya.

Perkara itu membuat dia puas hati kerana dia nampak kita bersikap terbuka kepada ideanya. Ucapkan terima kasih kepada staff itu atas ideanya.

Kita simpan ideanya dulu, jangan terus ditolak ataupun diterima.

Ambil masa kita memikirkan idea itu lebih mendalam. Apabila perlu, idea itu boleh diterima dan dilaksanakan.

Ada hasil kajian yang mendapati, staff puas hati apabila ideanya dan pendapatnya didengar dan dicatat oleh ketuanya, meskipun tidak diterima.

2. Terima aduan pekerja tanpa sikap judgemental.

Prinsip pintu terbuka yang sama juga diamalkan apabila pekerja mengalami sebarang masalah ataupun kesukaran dengan pekerjaan mereka.

Kita kena dengar feedback dari mereka, baik feedback yang positif mahupun yang negatif.

Apabila mereka datang dengan aduan masalah, caranya adalah kita tanya apa cadangannya bagi menyelesaikan masalah yang diadukan itu.

Minta mereka cadangkan paling kurang 3 solusi. Kita pilih solusi yang paling mudah dilaksanakan.

Di situ pentingnya sebagai boss kita memberi peluang pekerja menerangkan perkara yang diadukannya. Kita dengar sahaja dengan sikap terbuka.

3. Mengedar aduan konflik sesama pekerja.

Cara respon yang betul apabila mendengar aduan dari pekerja berkenaan tingkah laku dan perangai pekerja lain:

i. Dengar dan catat aduan itu dalam buku nota.
ii. Jangan dipertikai sama ada aduan itu betul ataupun tidak. Catat sahaja.
iii. Jangan dikorek-korek dan disiasat lebih mendalam apa yang sebenarnya telah berlaku.
iv. Beritahu kepada si pengadu itu bahawa kita akan pertimbangkan aduannya itu.
v. Kita tidak perlu ambil sebarang tindakan pada masa itu juga.

Ada kajian yang mendapati, pekerja puas hati apabila aduan mereka sudah didengar oleh ketuanya, meskipun cadangan mereka ditolak ataupun si ketua tidak ambil sebarang tindakan atas aduan itu.

4. Cuba cara-cara baru untuk membuat kerja-kerja yang ada.

Pekerja kita mungkin mempunyai idea-idea macam mana hendak memudahkan kerja-kerja yang mereka jalankan.

Kita dengar pendapat dan cadangan mereka. Kita cuba dahulu, tengok apa hasilnya.

Apabila mereka tengok kita seorang boss yang bersikap terbuka kepada cadangan dari pekerja, mereka akan anggap kita boss yang bagus. Semangat kerja mereka akan naik.

Jika idea cadangan mereka sudah dicuba dan hasilnya tidak memberangsangkan, tidak mengapa. Yang penting pekerja kita puas hati kerana idea mereka sudah dicuba.

Lain kali mereka terdorong mencari idea-idea lain yang lebih praktikal. Hal itu mendorong pemikiran inovatif dalam kalangan pekerja kita.

5. Bagi mengelakkan micromanaging turunkan tanggungjawab kepada pekerja.

Boss yang baik adalah boss yang tidak micromanaging. Pekerja tidak seronok bekerja apabila boss mereka hendak ambil tahu semua perkara yang titik bengik.

Turunkan tugas bersama-sama dengan tanggungjawab dan kuasa membuat keputusan. Dengan cara itu pekerja boleh membuat kerjanya dengan lebih cepat dan lebih banyak.

6. Galakkan pekerja menyelesaikan masalah mereka sendiri.

Apabila mereka perlukan kuasa yang ada pada majikan, barulah suruh mereka bawa masalah itu kepada majikan.

Galakkan mereka fikir sendiri bagaimana mahu selesaikan masalah mereka.

Ciri-ciri masalah yang pekerja boleh selesaikan sendiri:

i. Solusinya tidak memerlukan kos tambahan.
ii. Solusinya tidak menyusahkan pekerja lain.
iii. Solusinya tidak menyusahkan customers.
iv. Solusinya tidak melibatkan perbuatan yang salah.
v. Solusi itu menjimatkan masa, tenaga, dan kewangan syarikat. Kerja-kerja dapat disiapkan dengan lebih cepat.
vi. Solusi itu meninggikan kualiti produk dan servis yang diterima oleh customers.

Dengan cara itu, kita mempunyai cukup masa bagi membuat kerja-kerja hakiki kita sebagai businessman, yakni mengembangkan bisnes kita.

7. Tidak memarahi semua staff disebabkan ada seorang yang salah.

Perkara macam itu selalu berlaku. Disebabkan ada satu orang pekerja melakukan kesalahan, majikan membuat peraturan baru yang dikenakan ke atas semua pekerja.

Tindakan macam itu sangat menyakiti hati staff yang tidak bersalah. Cara yang betul adalah Ambil tindakan ke atas staff yang bersalah sahaja.

8. Berikan tugas-tugas dan tanggungjawab yang membolehkan pengalaman, ilmu, bakat, kemahiran dan kebolehan staff kita berkembang.

Beri mereka peluang menjalankan tugas-tugas yang sebelumnya mereka tidak pernah buat. Beri kepercayaan.

Apabila mereka tersangkut, tidak pasti bagaimana perlu melaksanakan tugasnya, lalu mereka meminta bantuan, baru kita datang dan tunjukkan.

Mereka akan mendapat pengalaman berharga. Ilmu dan skill mereka berkembang.

9. Kita dukung dan bantu pekerja mencapai cita-citanya.

Biarpun bisnes kita masih kecil, pekerja kita tentu mempunyai angan-angan dan cita-cita mahu maju dan berjaya dalam kerjaya mereka.

Kita ambil masa bertanya pekerja kita apa cita-cita mereka. Kemudian kita boleh bantu mereka dengan memberikan tugas-tugas dan tanggungjawab yang memberikan kemahiran dan pengalaman yang berguna bagi mereka. Dengan cara itu juga bakat mereka berkembang.

10. Beri feedback positif.

Memberi feedback adalah salah satu tugas hakiki majikan. Lazimnya feedback diberikan apabila berlaku perkara yang tidak diingini sahaja di mana apabila pekerja silap, baru majikan beri feedback dalam bentuk teguran dan kritikan.

Apabila pekerja menjalankan tugas dengan baik, lazimnya majikan diam sahaja, tidak memberi kata-kata pujian dan pengiktirafan.

Pekerja perlu diberi informasi berkenaan prestasi dan kemajuan mereka. Apabila kita puas hati, mereka mesti diberitahu bahawa kita puas hati.

Feedback positif sangat bermakna kepada pekerja. Ia menaikkan self-esteem mereka. Ia juga menaikkan efficacy mereka. Dua perkara itu menaikkan motivasi mereka dan prestasi mereka.

Penutup

Majoriti bisnes kecil tidak dapat dikembangkan apabila pemiliknya tidak mempunyai ilmu dan kemahiran menjadi ketua kepada pekerjanya.

Bisnes kecil dapat dikembangkan hanya apabila pekerjanya suka bekerja lama di syarikat itu. Dengan cara itu kemahiran mereka bertambah baik dan kecekapan mereka bertambah tinggi. Pasukan pekerja yang cekap adalah modal utama dalam mengembangkan bisnes.

Belajar Teknik Komunikasi Sebagai Ketua Untuk Menaikkan Semangat Kerja Staff Supaya Lebih Rajin & Kuat Bekerja.

Dalam panduan ini, anda akan belajar 4 jenis teknik komunikasi ketua yang boleh menaikkan semangat kerja staff supaya lebih rajin bekerja, boleh menerima arahan dan teguran daripada anda.

Panduan ini dihasilkan bersama partner kami, Team Lead Like Muhammad.

4 jenis teknik yang anda akan belajar iaitu:

Panduan 1: Mendorong & Menaikkan Semangat Kerja Staff
Panduan 2: Memberi Arahan Berkesan
Panduan 3: Menegur Untuk Kebaikan Pasukan
Panduan 4: Mengurus Konflik Dalam Pasukan

Klik butang di bawah untuk info lanjut.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?