Barang siapa pernah memulakan bisnes dan kemudian bisnes itu bungkus, mereka tahulah betapa beratnya kesan pada emosi, jiwa, dan beban kewangan yang ditanggung apabila bisnes bungkus.
Banyaknya duit, masa dan tenaga yang terbuang. Belum lagi perasaan malu dan kecewa terhadap kelemahan diri sendiri.
Ada dua kategori faktor yang menjadi punca bisnes kecil kita gagal:
i. Punca-punca yang kita tahu.
ii. Punca-punca yang kita tidak tahu.
Hasil penyelidikan yang dibuat oleh para pengkaji bisnes kecil dan sederhana, ada 5 punca utama yang menyebabkan banyak bisnes kecil gagal.
5 Punca Utama Bisnes Kecil Gagal
1. Kita tidak tahu cara membuat rancangan bisnes yang betul.
Andainya kita ada membuat rancangan, rancangan yang dibuat itu tidak lengkap, tidak dituliskan pun di mana-mana, hanya ada dalam otak kita sahaja.
Kita tidak tunjukkan rancangan bisnes kita itu kepada sesiapa yang banyak ilmu tentang rancangan bisnes bagi mendapatkan pandangan dan nasihat mereka.
Dalam bahasa mudah, kita main langgar dinding sahaja.
Kita berani main langgar dinding disebabkan kita tidak faham berkenaan pentingnya perkara-perkara di bawah ini:
i. Nilai sebuah rancangan bisnes, dan peri pentingnya kita memulakan bisnes dengan membuat dahulu rancangan bisnes itu.
ii. Pentingnya kita belajar kaedah yang betul apabila hendak membuat rancangan bisnes.
Dalam rancangan bisnes yang baik, mesti terkandung di dalamnya 6 perkara di bawah ini:
i. Mesti dibuat model bisnesnya.
ii. Ditetapkan gol-gol jangka masa pendek, sederhana, dan panjang.
iii. Cara-cara mengukur gol dan hasil yang mahu dicapai.
iv. Senarai perkara-perkara yang mesti dibuat.
v. Benchmarks atau tanda aras.
vi. Milestones atau perbatuan.
Apabila kita memulakan bisnes dengan tidak membuat rancangan bisnesnya terlebih dahulu, main langgar dinding sahaja, perbuatan itu sama macam kita memandu kereta dalam gelap dengan tidak memasang lampu!
Di bawah ini adalah risiko apabila kita tidak membuat rancangan bisnes dengan cara yang betul:
i. Kita tidak ambil berat perkara-perkara yang kita tidak tahu berkenaan bisnes yang hendak diceburi. Dalam bahasa mudah kita tidak tahu kebodohan kita dalam bisnes itu.
ii. Kita menjadi terlalu positif, terlalu yakin, terlalu konfiden bisnes kita itu akan berjaya.
iii. Kita tidak meramalkan bermacam-macam masalah dan perkara tak dijangka yang boleh menyebabkan bisnes kita bungkus.
2. Kita tidak tahu cara-cara memimpin pekerja kita, walaupun pekerja kita baru satu orang sahaja.
Banyak peniaga hanya pergi kursus yang mengajar:
i. Strategi dan teknik macam mana hendak menjual, menjual, menjual.
ii. Macam mana hendak membuat lebih banyak profit, profit, profit.
Majoriti peniaga tidak pergi kursus yang mengajar skill-skill memimpin pekerja mereka. Akibatnya mereka tidak dapat membina pasukan pekerja yang kukuh.
Dalam bisnes, kepimpinan yang efektif dapat menghasilkan perkara-perkara di bawah ini:
i. Menghasilkan keputusan-keputusan yang baik dan bijaksana.
ii. Melaksanakan tindakan-tindakan yang berkesan.
iii. Menaikkan produktiviti pekerja.
iv. Mengurus kerja-kerja operasi supaya tersusun dengan rapi dan lancar.
Tugas kita sebagai pemimpin bisnes milik sendiri adalah:
i. Membina hubungan sekerja yang baik antara kita sebagai pemilik bisnes dengan pekerja.
ii. Membantu pekerja mencapai aspirasi mereka selama mereka bekerja dalam syarikat kita
iii. Menaikkan semangat kerja mereka.
iv. Menjadi sumber inspirasi kepada mereka.
3. Kita tidak tahu dan tidak mempunyai skill mengurus pekerja.
Inilah tingkah laku majikan yang tidak pandai mengurus pekerja:
i. Tidak mendengar dengan baik pandangan dan pendapat pekerja.
ii. Mengurus dengan gaya micro-management atau gaya cerewet sampai hal-hal titik-bengik pun mereka mahu ambil tahu dan buat keputusan.
iii. Menegur pekerja dengan cara yang kasar kononnya niatnya baik iaitu mahu membetulkan kesilapan pekerja dan supaya mereka menjadi pekerja yang baik.
Kesan semua kesilapan macam itu menyebabkan:
i. Semangat pekerja menjadi lemah dan akhirnya patah lalu mereka berhenti kerja
ii. Produktiviti pekerja menurun, tidak sepadan dengan gaji yang dibayar.
4. Kita tidak tahu apa itu yang disebut marketing.
Banyak usahawan yang baru hendak memulakan bisnes, mereka mempunyai sangkaan yang salah berkenaan marketing.
Kita perasan kita faham dan tahu marketing, jadi kita tidak pergi belajar, tidak juga membaca buku-buku tentang ilmu marketing.
Kita sangka marketing adalah periklanan dan promosi, lalu kita pun sibuk membuat iklan dan membuat promosi.
Marketing bermula dengan menetapkan perbezaan antara produk kita dibandingkan produk-produk lain dalam pasaran. Istilahnya product differentiation.
Jika perkara ini tidak dibuat dengan betul, bisnes kita akan bungkus, soalnya sama ada ia berlaku lambat ataupun cepat.
5. Kita tidak tahu cara yang betul bagaimana hendak menarik minat customers.
Dua perkara utama dalam marketing dan jualan adalah:
i. Menawarkan produk dan servis yang dimahukan customers.
Walaupun produk kita amat bagus, andainya bukan produk macam itu yang dimahukan oleh customers, bisnes kita akan bungkus.
ii. Menawarkan budaya layanan pelanggan yang memuliakan pelanggan supaya mereka benar-benar puas hati.
Dalam banyak bisnes, mutu servis lebih utama daripada produk. Bagus sekalipun produknya, apabila servis tidak bagus, customers akan beli di tempat lain.
Banyak usahawan baru memfokuskan perhatian mereka pada usaha mahu menaikkan leads yang masuk. Cara itu tidak betul.
Langkah pertama menarik minat customers adalah dengan kita memahami dahulu apa sebenarnya kemahuan mereka.
Dalam bahasa lebih mudah, kita kena tahu sebenarnya customers kita mahukan produk ataupun servis yang macam apa.
Kemudian barulah dibuatkan produk ataupun servisnya, betul-betul serupa macam yang mereka mahukan.
Apabila produk kita tidak menepati kemahuan customers, semua duit yang dibakar untuk membuat iklan dan promosi akan sia-sia sahaja.
Penutup
Selepas bisnes pertama kita bungkus, kita ada 2 pilihan. Pertama, kita mencari pekerjaan dan makan gaji sahaja. Kedua, kita cuba buat bisnes semula.
Apabila kita mahu mencuba lagi, sebelum membakar duit modal sekali lagi, ambil langkah memperbaiki dahulu perkara-perkara yang kita tidak tahu.
Mahukah Anda Belajar 12 Siri Ilmu Bina Bisnes Jangka Panjang?
Dalam panduan ini, Puan Ainon Mohd bersama speaker menyampaikan 12 siri ilmu yang dapat bantu anda bina bisnes yang bertahan lama dan menjadi legasi.
Siri 1: Ilmu Menjadi Kaya
Siri 2: Ilmu Berfikir Dengan Strategi
Siri 3: Ilmu Strategi Berpartner Dalam Bisnes
Siri 4: Ilmu Kolaborasi Projek Yang Berjaya
Siri 5: Ilmu Leverage Bisnes
Siri 6: Ilmu Strategi Kewangan Bisnes
Siri 7: Ilmu Game Cukai
Siri 8: Ilmu Mengurus Kerugian Masa Depan
Siri 9: Ilmu Mengurangkan Beban Kerja Majikan
Siri 10: Ilmu Mengurus Risiko Staff Pandai Lari
Siri 11: Ilmu Bekerja Dengan Orang Pandai
Siri 12: Ilmu Memandaikan Pekerja Bodoh
Klik butang di bawah untuk info lanjut: