Kursus Menaikkan Jualan Kedai Pakej Ada Rakaman)

RM250.00

Tuan Puan akan belajar :

  1. Merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan jualan kedai.
  2. Menghasilkan konten yang menarik dan relevan untuk kempen pemasaran serta memperkukuhkan kepercayaan pelanggan.
  3. Menjalankan kempen FB Ads yang tepat untuk menarik lebih ramai pelanggan ke kedai.
  4. Menghasilkan video marketing yang mampu meningkatkan engagement pelanggan.
  5. Menulis copywriting yang berkesan dan menarik untuk pemasaran kedai.

Description

Belajar strategi menaikkan jualan kedai yang berkesan, menjalankan kempen marketing dan menghasilkan konten yang menarik pelanggan datang berbelanja di kedai anda.

Situasi & Isu Kebanyakan Usahawan :

  • Tidak faham strategi jualan dan marketing yang betul untuk bisnes kedai.
  • Sales menurun kerana trafik datang ke kedai merosot.
  • Tidak mahir cara menjalankan FB Ads untuk menarik pelanggan setempat ke kedai.
  • Tiada faham bentuk konten yang betul untuk dijalankan ads.
  • Tidak mahir menulis & membuat konten yang sesuai untuk menarik pelanggan datang ke harian kedai.
  • Copywriting yang dibuat tidak menarik pelanggan untuk datang ke kedai.
  • Tidak pandai membuat konten video untuk marketing kedai.
  • Tidak ada idea untuk membuat konten video yang menarik.

Kelebihan Tonton Video Panduan ini :

  • Mampu menjalankan strategi jualan & marketing yang betul untuk menaikkan jualan kedai.
  • Menaikkan trust pelanggan dengan membuat konten yang betul di media sosial.
  • Menaikkan trafik pelanggan yang bersedia untuk berbelanja datang ke kedai.
  • Komuniti setempat khususnya tahu kewujudan kedai dan promosi terkini yang kedai anda jalankan.
  • Boleh setup FB Ads yang betul supaya pelanggan sasaran khususnya komuniti setempat kawasan kedai tahu kewujudan dan promosi kedai anda.
  • Meningkatkan tarikan untuk pelanggan datang ke kedai dengan copywriting yang berkesan.
  • Mahir membuat konten video marketing kedai dengan kos yang rendah dan mudah.
  • Mampu menjana pelbagai idea untuk membuat konten menarik pelanggan datang ke kedai.

Dalam siri ini ada 4 PANDUAN UTAMA iaitu :

Panduan 1: Strategi Menaikkan Jualan Bisnes Kedai. Pelajari strategi pemasaran setempat untuk meningkatkan kesedaran penduduk sekitar dan menarik mereka ke kedai anda.

Selain itu, strategi jualan efektif akan diajarkan untuk memastikan pelanggan berbelanja lebih dan berulang kali di kedai anda.

Panduan 2: Strategi FB Ads Untuk Bisnes Kedai. Ketahui objektif khusus yang sesuai dalam FB Ads untuk bisnes kedai dan taktikal pemasaran yang betul untuk mencapai objektif jualan.

Kajian kes pengurusan iklan untuk kedai pakaian kanak-kanak dan restoran kambing grill turut disertakan.​

Panduan 3: Membuat Konten & Copywriting Untuk Bisnes Kedai. Belajar merancang konten yang memberi impak kepada kempen pemasaran, menjana idea dan tajuk konten dengan AI, serta menghasilkan konten menarik dalam masa singkat.

Penyusunan kalendar konten juga akan diajarkan untuk memudahkan pengurusan kerja konten

Panduan 4: Membuat Video Marketing Untuk Bisnes Kedai. Fahami asas penyuntingan video, alat dan aplikasi mesra pengguna untuk menghasilkan video, serta strategi video marketing terkini.

Pemilihan sudut yang sesuai dalam konten video akan membantu meningkatkan kepercayaan dan jualan kedai anda.

Panduan ini sesuai untuk siapa?

  • Pemilik kedai runcit atau premis fizikal
  • Usahawan kecil dan sederhana (SME)
  • Individu yang ingin meningkatkan jualan kedai
  • Mereka yang ingin menarik lebih ramai pelanggan ke premis
  • Usahawan yang ingin belajar strategi pemasaran setempat
  • Peniaga yang ingin mempelajari FB Ads untuk perniagaan kedai
  • Individu yang ingin menghasilkan konten dan video marketing

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Kursus Menaikkan Jualan Kedai Pakej Ada Rakaman)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *