Tanpa SOP, Bisnes Ini Rugi RM30,000

Berikut merupakan kisah sebenar daripada Managing Director kami, Tuan Firdaus Jailan semasa beliau memulakan bisnes beliau tanpa SOP yang betul.

Banyak pengajaran dan iktibar yang anda boleh ambil supaya anda boleh membina bisnes yang lebih bertahan lama.

1. Permulaan Perniagaan Adwa Creative Tanpa SOP

Pada permulaan perniagaan kami, Adwa Creative, kami menerima satu tempahan untuk mencetak sebuah buku bagi sebuah syarikat jualan langsung. Keuntungan yang dijangkakan sebanyak RM 30,000 sangat menggembirakan kami.

Kami dengan penuh semangat memulakan persediaan dan mesyuarat, dan akhirnya berjaya menyiapkan buku tersebut mengikut dateline yang ditetapkan dan menghantar buku tepat pada masanya.

2. Kesilapan yang Meruntuhkan Impian

Saat pulang dari penghantaran, saya berbunga-bunga membayangkan wang yang akan masuk keesokkan harinya.

Namun, pada perjalanan saya berhenti minum di sebuah kedai mamak, dan ketika itu, mimpi ngeri saya menjadi kenyataan.

Syarikat yang tempah buku itu menelefon kami dan mengesahkan bahawa kami telah melakukan kesilapan serius.

Kami tersilap meletakkan empat muka surat pada tempat yang salah. Buku sudah siap, modal sudah dikeluarkan, dan kami tidak dapat memberikan bayaran sehingga mencetak buku yang betul.

Buku yang tercetak dengan kesilapan tidak boleh diperbaiki kerana ianya memakan lebih banyak masa dan modal.

Kami tidak mempunyai pilihan selain mencetak semula buku yang salah, dengan kos tambahan sebanyak RM 30,000.

Dalam masa ini, hati saya penuh dengan kemarahan dan kekecewaan. Saya merasa ingin menyalahkan rakan kongsi dan staf atas kesilapan ini. Saya mahu menyingkirkan mereka.

Namun, akhirnya, saya menyedari bahawa saya juga berkongsi tanggungjawab dalam kesilapan ini. Selepas merenung, saya memutuskan untuk mencetak semula buku yang betul walaupun perasaan marah masih ada.

3. Muhasabah Diri dan Pencarian Penyelesaian

Sambil merenung, saya membaca nota dari mentor saya, Puan Ainon Mohd. Saya menyedari bahawa saya juga berkongsi tanggungjawab dalam kesilapan ini.

Saya tidak menyediakan SOP (Standard Operasi Prosedur) untuk pekerjaan dalam perniagaan kami.

Saya tidak menetapkan siapa yang perlu memeriksa, apa langkah-langkah yang harus diambil, dan bagaimana proses kerja yang sepatutnya dilakukan.

4. Mencari Ilmu SOP dan Perjumpaan Dengan Pakar

Kemudian, saya mencari ilmu tentang SOP dan melalui satu rantaian kebetulan, saya berjumpa dengan Tuan M (bukan nama sebenar) dalam ruang maya.

Saya meminta beliau untuk mengajar saya bagaimana membina SOP yang betul untuk perniagaan kami.

Dalam pertemuan kami, Tuan M mengajar saya dengan teliti bagaimana membina SOP perniagaan yang boleh menjadi panduan utama dalam menjalankan operasi perniagaan kami.

Kami meneruskan kerjasama untuk menyempurnakan SOP yang telah saya hasilkan.

5. Keberhasilan Dengan SOP

Sejak memperkenalkan SOP dalam perniagaan kami, kami tidak lagi menghadapi sebarang kerugian dalam konteks kesilapan teknikal.

Hal ini membuktikan bahawa SOP adalah asas untuk pengurusan yang sistematik dalam perniagaan.

Kami tahu bahawa perjalanan perniagaan adalah pembelajaran berterusan, dan SOP adalah kunci kepada kestabilan dan kualiti operasi.

6. Kesimpulan dan Nasihat

Saya ingin memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin berniaga: “Jangan menganggap remeh kepentingan SOP.”

  • Tanpa SOP, operasi bisnes cacamerba.
  • Tanpa SOP, kualiti tak menentu.
  • Tanpa SOP, banyak buruk lagi boleh jadi.

Jangan mula bisnes anda tanpa SOP. Ia mungkin kelihatan remeh, tetapi sangat penting dalam membentuk perniagaan yang kukuh dan teratur.

Pelajari dari kesilapan saya dan pastikan SOP menjadi salah satu keutamaan dalam perniagaan anda.

Tuan puan juga boleh follow TikTok Tuan Firdaus Jailan.

Mahu Tuan Firdaus Jailan Guide Anda Bina & Laksanakan SOP Supaya Bisnes Anda Boleh Beroperasi Dengan Lancar Walaupun Anda Sedang Bercuti?

Kami rekomen untuk anda dapatkan Panduan VIP SOP.

Pakej Panduan VIP Membina SOP merupakan himpunan semua panduan berkaitan SOP bisnes supaya bisnes anda boleh beroperasi dengan lancar dan lebih produktif.

Sehingga kini, sudah ada 4 modul dan 50 topik panduan video membina SOP.

4 Panduan Yang Anda Akan Dapat:

Panduan 1: 11 Topik Asas & Kefahaman Membina SOP
Panduan 2: 26 Topik Cara Membina & Melaksanakan SOP
Panduan 3: 5 Topik Menguatkuasa & Membaiki SOP
Panduan 4: 8 Topik Menulis Buku Rujukan SOP

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?