6 Langkah Memulakan Bisnes Kecil Milik Sendiri

Dunia bisnes adalah dunia yang keras dan kejam. Memulakan bisnes milik sendiri adalah suatu langkah besar, yang sukar, yang panjang, dan banyak risikonya.

Sebelum hendak memulakan bisnes kecil kita sendiri, ada tiga keputusan yang perlu dilalui:

LANGKAH 1: Kita kena fikir betul-betul dan buat keputusan.

Kita kena buat keputusan sama ada kita betul-betul mahu terjun ke dalam dunia bisnes ataupun cuma berani-berani takut.

Jangan terikut-ikut orang lain, nanti kita menyesal. Modal duit hangus sia-sia, hutang banyak, bisnes gagal.

6 Langkah Memulakan Bisnes Kecil Milik Sendiri

Jangan buat keputusan hendak terjun ke dalam dunia bisnes disebabkan kita ada duit yang boleh dijadikan modal.

Kesilapan ini kerap dilakukan oleh orang yang ada duit. Duit itu mungkin duit simpanan, duit persaraan, duit KWSP, duit pusaka dll.

Jika tidak ada duit itu, mereka tak fikir pun mahu buat bisnes.

LANGKAH 2: Kita kena pilih dengan berhati-hati jenis bisnes yang mahu diceburi.

Kita kena pilih bidang bisnes apa yang mahu diceburi. Keputusan ini adalah keputusan yang paling sukar hendak membuatnya.

Terlalu banyak pilihan bisnes yang ada di depan kita. Ini lebih-lebih lagi benar apabila kita mempunyai banyak duit yang dapat dijadikan modal.

Banyak kesilapan dilakukan oleh nubis dalam fasa ini, mereka tersilap memilih jenis bisnes yang diceburi.

Banyak anak muda memulakan bisnes dengan menggunakan modal yang dipinjam dari ibu bapa ataupun grant kerajaan.

Implikasi kewangannya boleh jadi sangat berat apabila bisnes itu menggunakan modal wang yang dipinjam dan mesti dibayar semula, seperti pinjaman dari agensi kerajaan ataupun bank-bank.

LANGKAH 3: Kita kena pilih gaya hidup yang sanggup dilalui apabila masuk dunia bisnes.

Kita perlu buat keputusan cara bagaimana kita hendak memulakan bisnes kita itu. Hal ini ada kaitannya dengan gaya hidup yang akan ditempuhi.

Contohnya, bagaimana kita hendak mendapatkan modal, dan bagaimana kita mahu memulakan gaya hidup sebagai nubis dalam bisnes.

Andainya kita mahu memulakan bisnes dengan modal yang ada dalam tangan kita sendiri, sanggupkah kita hidup dengan gaya ikat perut selama beberapa tahun?

Sebelum membuat keputusan muktamad, ada tiga perkara yang mesti wujud kesesuaian antara diri kita dengan jenis bisnes yang mahu diceburi:

i. Pengalaman, ilmu pengetahuan, dan kemahiran yang ada pada diri kita mestilah sesuai dengan bisnes yang dipilih.

Jangan pilih bisnes yang kita langsung tidak ada pengetahuan dan pengalaman dalam bisnes itu.

Kita pilih bisnes macam itu disebabkan kita tertarik selepas mendengar cerita-cerita orang, kononnya bisnes macam itu mudah boleh menjadi kaya.

Contohnya, kita mendengar macam-macam cerita muluk-muluk tentang bisnes menjadi founder produk kecantikan, lalu kita pun pilih bisnes itu, padahal kita tidak mempunyai informasi yang betul berkenaan bisnes itu.

ii. Bakat-bakat, kecenderungan, kepandaian dan minat mendalam kita mestilah sesuai dengan bisnes yang dipilih.

Tidak semua jenis bakat dan kepandaian sesuai dijadikan modal bisnes.

Sebagai contoh, kita sangat berbakat dalam bidang seni tari tradisional lalu kita mahu membuka bisnes akademi seni tari tradisional. Bisnes dalam bidang seni sangat sukar untuk survive.

iii. Aset dan modal yang kita punyai, termasuk modal sosial, mesti sesuai dengan bisnes yang dipilih.

Apabila hati kita sudah benar-benar bulat mahu terjun ke dalam dunia bisnes yang keras dan kejam, di bawah ini adalah 6 langkah memilih jenis bisnes yang sesuai diceburi:

6 Langkah Memilih Bisnes

1. Pilih bidang yang amat kita minati.

Kita boleh pilih bidang bisnes yang kita minati dan di mana kita mempunyai banyak pengetahuan dalam bidang itu.

Sebagai contoh, kita dibesarkan dalam keluarga yang berjiwa seni, ayah kita seorang seniman dan dia menjalankan bisnes dalam bidang kesenian itu, jadi kita mempunyai minat dan juga mempunyai pengetahuan dalam bidang itu.

6 Langkah Memulakan Bisnes Kecil Milik Sendiri

Dalam situasi seperti itu adalah sesuai kita membuka bisnes dalam bidang seni. Seandainya kita hanya mempunyai minat sahaja, itu sangat berisiko.

Dalam keadaan seperti itu sebaiknya kita berkuli dahulu dalam bidang itu bagi mendapatkan pengetahuan yang secukupnya. Selepas berkuli baru kita membuka bisnesnya.

2. Ikut realiti.

Dalam memilih bisnes, jangan main ikut-ikutan. Contohnya, disebabkan banyak orang masuk sektor itu, kita pun ikut masuk juga.

Memang betul minat itu penting, tetapi dalam bisnes kita jangan pilih bisnes hanya ikut minat kita.

Bisnes yang kita minati belum tentu menjanjikan peluang membuat keuntungan yang baik.

Pilihlah bidang yang benar-benar ada peluang bisnes kita mampu survive dan sustain, yakni dapat dikembangkan.

Kita mungkin sangat berminat hendak membuka bisnes dalam bidang yang pasarannya tidak cukup besar di lokasi kita.

Sebagai contoh kita hendak membuka kedai kopi mahal ataupun restoran masakan ala Korea, sedangkan kita tinggal di pekan kecil.

3. Ambil kira persaingan.

Tengok dahulu situasi persaingan dalam bidang akan akan diceburi.

Apakah dalam sektor itu sudah ada budak-budak besar yang mendominasi pasaran.

Apabila dalam sektor itu sudah banyak pemain, itu adalah tandanya sektor itu sektor yang bagus.

Itu bermakna demand untuk produk ataupun servis itu tinggi.

Walaupun sudah ada budak-budak besar dalam sektor itu, kita masih boleh masuk ke dalam padang yang sama.

Andainya kita mahu ceburi sektor itu, jangan main langgar dinding sahaja. Cara itu tidak betul, nanti duit modal kita hangus sia-sia.

Lakukan ini:

i. Kita kaji dulu cara budak-budak besar itu menjalankan bisnes mereka.

ii. Kemudian kita masuki sektor itu dengan memperkenalkan kelainan pada produk ataupun servis kita.

4. Pilih gaya hidup.

Bisnes bukan kerjaya. Bisnes adalah gaya hidup. Jadi kita mesti buat pilihan tentang gaya hidup yang kita sedia terima dan jalani.

Memulakan bisnes adalah sangat sukar. Ia bukan mengambil masa berbulan-bulan.

Ia mengambil masa bertahun-tahun, malah mungkin berbelas-belas tahun sebelum kita mampu hidup selesa.

Pilih jenis bisnes yang sesuai dengan personaliti dan karekter kita.

Sebagai contoh, kita mungkin tidak suka berjumpa dengan banyak orang, jadi pilihlah bisnes yang tidak memerlukan kita berjumpa dengan banyak orang.

5. Ambil kira profail risiko.

Kaji dahulu risiko-risiko yang secara natural wujud dalam jenis bisnes yang akan diceburi.

Andainya kita mahu memperkenalkan produk ataupun servis yang betul-betul baru, yang unik, yang belum pernah dicipta sebelumnya, maka risikonya lebih tinggi.

Sekiranya idea bisnes kita yang unik itu gagal, sanggupkah kita menyerap kerugian akibat risiko itu.

Andainya kita masuk padang dengan menawarkan produk ataupun servis yang sudah terbukti permintaannya besar, risikonya lebih rendah. Kita hanya perlu melakukan sedikit pembaikan dan nilai tambah dibandingkan dengan produk dan servis pesaing yang sudah ada dalam pasaran.

Penutup

Sebelum hendak terjun ke dalam dunia bisnes, sebaiknya cari mentor yang terdiri daripada orang bisnes yang tulen, bukan orang bisnes yang bergantung pada hubungan politik dan amalan rasuah.

Dan jangan hanya mencari seorang mentor sahaja. Kajian yang dijalankan oleh pakar-pakar psikologi kejayaan mendapati individu-individu yang berjaya dengan cemerlang dalam bidang masing-masing, mereka itu mempunyai banyak mentor dan coach.

Mahukah Anda Dapatkan Panduan Memulakan Bisnes Daripada Puan Ainon Mohd?

Panduan Memulakan Bisnes (Melintang)

Panduan Memulakan Bisnes ini dihasilkan oleh Puan Ainon Mohd. Semua modul dan bonus ini disusun supaya anda lebih jelas strategi untuk memulakan bisnes.

Dalam panduan ini, anda akan belajar:

Modul 1: Cara Memilih Bisnes Pertama
Modul 2: Cara Memulakan Bisnes Kedua
Modul 3: Cara Memilih Produk Untuk Dijual
Modul 4: Model Business To Business (B2B)
Bonus 1: 12 Siri Memulakan Bisnes
Bonus 2: 14 Siri Bertahan Bisnes
Bonus 3: 12 Siri Kembangkan Bisnes
Bonus 4: 11 Video Nota Copywriting
Bonus 5: 23 Video Nota Marketing
Bonus 6: 26 Video Nota Jualan
Bonus 7: Group Khas Sekolah Bisnes

Klik butang di bawah untuk mula belajar.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?