7 Cara Menaikkan Semangat Staff Dalam Bisnes Kecil

Dalam artikel ini, anda akan belajar 7 cara menaikkan semangat staff supaya lebih rajin dan lebih kuat bekerja untuk menaikkan bisnes anda.

Ada kajian di US yang melaporkan hanya 69% pekerja mengaku mereka bekerja dengan bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Bermakna, 31% staff bekerja dengan tidak bersungguh-sungguh.

Dalam bahasa mudah mereka bekerja dengan sikap asal buat saja, asal siap saja, elok tak elok, betul tak betul, mereka tak kisah. Bermakna produktiviti pekerja itu rendah.

Syarikat besar mempunyai banyak duit.

Mereka mampu memberi pelbagai reward dan skim insentif kepada staff supaya mereka bekerja dengan tekun dan rajin, dengan itu menaikkan produktiviti.

7 Cara Menaikkan Semangat Staff Dalam Bisnes Kecil

Kita syarikat kecil, staff pun baru beberapa orang sahaja. Sumber kewangan kita pun sangat terhad.

Jadi kita perlukan cara-cara memotivasi semangat kerja staff dengan tidak menggunakan duit.

Sebagai pendiri bisnes dan majikan, semangat juang kita memang sangat tinggi, sentiasa berkobar-kobar mahu menjayakan bisnes kita.

Namun, pekerja kita tidak macam kita. Semangat kerja mereka tidak setinggi semangat kerja kita.

Dua faktor yang membuat pekerja menjalankan kerja mereka dengan semangat suam-suam kuku:

1. Kita melakukan perkara-perkara yang melemahkan semangat kerja mereka.

Sebagai contoh, berlaku situasi di mana pekerja yang rajin semasa baru masuk bekerja, tetapi kemudian berubah menjadi kurang rajin.

Biarpun kita layan pekerja sama macam kita layan keluarga sendiri, ataupun macam kawan baik sendiri, itu tidak menjamin mereka akan bekerja dengan sepenuh hati dan takkan berhenti kerja.

Ada peniaga yang setiap Jumaat memberi sedekah makan, tetapi dia tidak membayar upah kerja lebih masa, tidak membayar kadar gaji minimum, tidak membayar caruman KWSP, Perkeso, SIP, dan tidak mengambil insurans perubatan untuk mereka.

2. Kita tidak pandai mendorong semangat kerja mereka.

Kita sudah cuba naikkan semangat kerja mereka, tetapi tidak berkesan.

Sebagai contoh, tiap-tiap hari Jumaat kita beri mereka sedekah makan percuma, tetapi hasilnya produktiviti mereka serupa macam biasa.

Pekerja yang sedia rajin sebelum kita mulakan projek sedekah makan hari Jumaat, mereka itu kekal rajin.

Manakala pekerja yang bermasalah terus kekal dengan masalahnya, tingkah laku mereka tidak berubah.

Bermakna kos tambahan bagi projek sedekah makan setiap Jumaat itu tidak menaikkan produktiviti pekerja.

7 Cara Menaikkan Semangat Staff Dalam Bisnes Kecil

Lama-lama hati kecil kita pun mula berkata-kata. Pada waktu itulah hati kita menjadi kurang ikhlas.

Apabila jualan jatuh, bisnes menurun, kita akan berasa payah hendak memberhentikan projek sedekah Jumaat itu, sedangkan kos makanan sentiasa makin naik.

Sedekah makan adalah sejenis ganjaran luaran atau extrinsic reward.

Menurut pakar-pakar psikologi, sebarang ganjaran tetap, yakni ganjaran itu diberikan secara berjadual, ganjaran macam itu tidak mendorong peningkatan produktiviti.

Pekerja yang tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh pun menerima ganjaran macam itu.

Ada banyak cara lain di mana kita boleh bersedekah kepada pekerja dengan tidak menggunakan ganjaran tetap dan berjadual.

Dalam situasi begitu kita perlukan teknik-teknik ganjaran lain yang mampu menaikkan produktiviti pekerja.

7 Cara Menaikkan Semangat Staff Dalam Bisnes Kecil

1. Sebarkan positiviti.

Antara tugas hakiki pendiri bisnes dan majikan adalah mencipta suasana tempat kerja yang positif, yang menyeronokkan, yang membuatkan pekerja puas hati apabila sudah menyiapkan kerja-kerja mereka.

i. Pekerja yang bekerja dengan seronok kurang melakukan kesilapan. Dengan itu produktiviti mereka lebih tinggi.

ii. Mereka juga lebih terdorong bekerja dengan cara saling tolong menolong sesama mereka.

iii. Mereka kurang mengambil cuti sakit.

Cara mudah mencipta mood positif adalah majikan datang kerja dengan muka manis dan bertenaga, macam seronok hendak berjumpa semua pekerjanya, macam tak sabar-sabar hendak memulakan hari baru.

Mood majikan mudah menjangkit kepada pekerja. Apabila majikan datang kerja dengan mood baik, mood pekerja pun akan baik.

2. Ucapan salam dan selamat.

Budaya mengucapkan salam dan selamat penting bagi mencipta gelombang-gelombang positif.

Ini langkah paling mudah, paling murah, malah lansung tidak ada kos.

Asal terjumpa saja dengan mana-mana pekerja, cepat-cepat kita yang beri salam ataupun ucapan selamat. Biar kita yang beri salam dahulu.

Sebagai majikan, apabila kita yang beri salam dahulu, ia mencipta kesan amat positif pada emosi pekerja.

3. Gunakan panggilan mulia.

Ini satu lagi langkah yang mudah, murah, dan mencipta budaya pergaulan amat positif antara majikan dengan pekerja.

Cara majikan memanggil pekerjanya sangat berpengaruh ke atas tingkah laku si pekerja. Panggilan yang baik mendorong tingkah laku yang baik.

Sebagai majikan, gunakan panggilan mulia ‘tuan’, ‘puan’, dan ‘cik puan’ apabila bercakap kepada pekerja.

4. Memberi kepercayaan.

Kita mesti buat sampai staff percaya bahawa kita menaruh percaya kepada mereka.

Kita bukan cuma cakap kita percaya kepada mereka sedangkan sebenarnya dalam hati kita tidak percaya.

7 Cara Menaikkan Semangat Staff Dalam Bisnes Kecil

Apabila mereka yakin bahawa apa yang kita cakap itu adalah benar, mereka akan mampu memenuhi kepercayaan dan harapan kita.

5. Buat target kerja kecil yang dapat diukur.

Hasil kajian sudah membuktikan peranan target dan produktiviti pekerja. Pekerja yang bekerja dengan diberi target adalah lebih produktif daripada pekerja yang cuma didorong supaya bekerja dengan rajin.

Namun, apabila target tidak diberi dengan cara yang betul, ia boleh mematahkan semangat pekerja.

Target mendorong pekerja kita mahu mencapai target itu. Target juga mampu membuat mereka berasa mereka berjaya mencapai sesuatu.

Jangan beri target yang terlalu besar, sebaliknya beri target kerja mingguan.

Minggu ini mereka mahu capai apa, minggu depan mereka mahu capai apa.

Dengan memberi target mingguan yang kecil, mereka akan anggap target itu lebih praktikal, dan mampu dicapai.

Apabila mereka berjaya mencapai target mingguan itu, raikan kejayaan kecil itu.

6. Meraikan kejayaan-kejayaan kecil.

Sekali-sekala kita belanja semua staff dengan mengadakan jamuan kecil. Istilahnya kita adakan ‘happy hour’.

i. Kita gunakan duit dalam poket kita sendiri, bukan ambil duit syarikat. Minum petang dengan makan mihun goreng pun sudah cukup.

ii. Sambil minum, sambil kita sebut-sebut kejayaan-kejayaan kecil yang berjaya dicapai sepanjang bulan itu.

iii. Jangan sebut sebarang masalah. Jamuan kecil itu benar-benar happy hour, benar-benar meraikan kejayaan.

iv. Jangan buat happy hour secagai acara tetap, contohnya tiap-tiap bulan dibuat.

Happy hour mesti tidak dirancang lebih awal jadualnya. Apabila ada alasan kukuh, baru dibuat happy hour itu. Dengan cara itu ada unsur ‘surprise’.

Tujuan kita adakan jamuan kecil itu adalah bagi mencipta ‘positive vipes’ dalam suasana kerja.

Kajian sudah membuktikan pekerja yang bekerja dalam suasana seronok dan gembira menghasilkan produktiviti lebih tinggi.

7. Tunjukkan rasa terhutang budi.

Dua perbuatan ini berbeza:

i. Mengucapkan kata-kata yang mengiktiraf sumbangan pekerja kepada bisnes kita.

ii. Mengucapkan kata-kata bagi menyatakan perasaan kita yang berasa syukur dan terhutang budi pada jasa pekerja kita.

Ada kajian saintifik yang mendapati perasaan bersyukur menghasilkan hormon dopamine dan serotonin. Dua hormon itu menghasilkan perasaan tenang dan mencipta mood gembira.

Apabila kita sebagai majikan menujukkan kepada pekerja bahawa kita bersyukur, emosi kita akan tenang dan gembira, otak kita juga berfungsi dengan lebih cerdas. Mood kita yang baik menjangkit kepada pekerja kita. Mereka juga akan berasa tenang dan gembira.

Penutup

Dalam mendorong pekerja tidak ada satu teknik yang dapat memotivasi semua pekerja. Pilih mana-mana teknik dan cuba aplikasikan teknik itu.

Belajar Teknik Komunikasi Sebagai Ketua Untuk Menaikkan Semangat Staff Supaya Lebih Rajin & Kuat Bekerja.

Dalam panduan ini, anda akan belajar 4 jenis teknik komunikasi ketua yang boleh menaikkan semangat kerja staff supaya lebih rajin bekerja, boleh menerima arahan dan teguran daripada anda.

Panduan ini dihasilkan bersama partner kami, Team Lead Like Muhammad.

4 jenis teknik yang anda akan belajar iaitu:

Panduan 1: Mendorong & Menaikkan Semangat Kerja Staff
Panduan 2: Memberi Arahan Berkesan
Panduan 3: Menegur Untuk Kebaikan Pasukan
Panduan 4: Mengurus Konflik Dalam Pasukan

Klik butang di bawah untuk info lanjut.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?