About Course
Cara Urus Bisnes Kecil Dengan Gaya CEO Yang Sistematik & Berpengaruh
Ramai orang sangka gaya CEO ni hanya untuk syarikat besar je. Tapi sebenarnya, pemilik bisnes kecil yang fikir dan bertindak seperti CEO akan lebih cepat berkembang, lebih tersusun, dan lebih mudah lepaskan diri dari perangkap buat semua benda sendiri.
Dalam sesi ini, Tuan Alif Haiqal kongsikan bagaimana usahawan boleh urus bisnes kecil dengan struktur dan mindset seorang CEO – walaupun baru ada 3 orang staf.
Kenapa Perlu Gaya CEO Dalam Bisnes Kecil?
Ramai pemilik bisnes kecil tersangkut di tahap yang sama sebab terlalu banyak buat kerja operasional, tapi tak sempat fikir hal-hal strategi, pemasaran, pembesaran dan team building.
Gaya CEO bermaksud tuan urus bisnes dengan sistem, dengan data, dan dengan tujuan yang jelas – bukan sekadar “ikut sempat”.
1. Gaya CEO Bermula Dari Mindset Kepimpinan
CEO bukan bermaksud paling pandai – tapi yang paling bertanggungjawab terhadap hala tuju. Bila tuan fikir seperti CEO, tuan akan mula tanya:
-
Apa yang bisnes saya nak capai tahun ini?
-
Apa peranan saya, dan apa yang saya patut delegasikan?
Ini beza utama antara peniaga biasa dengan CEO bisnes kecil.
2. Buat Keputusan Guna Data, Bukan Rasa
Seorang CEO tak buat keputusan sebab “rasa sesuai”, tapi sebab ada nombor, ada rekod, ada logik. Dalam seminar ini, peserta didedahkan dengan cara mudah pantau KPI, forecast dan aliran tunai – tanpa perlu jadi akauntan.
3. Urus Masa & Fokus CEO Dengan Struktur Mingguan
CEO tak boleh bangun pagi dan tanya “hari ni nak buat apa?”
Tuan Alif kongsikan bagaimana nak strukturkan minggu sebagai pemilik bisnes – dengan blok khas untuk operasi, pasukan, pemasaran dan pembangunan diri.
4. Bangunkan Pasukan Yang Boleh Bergerak Tanpa Tuan
Gaya CEO bermula bila tuan berhenti jadi “superman” dalam bisnes. Mulakan dengan delegasi tugasan, susun SOP, latih staff pegang tanggungjawab, dan bina mini-leader di setiap bahagian.
5. CEO Fokus Pada Growth – Bukan Sekadar Jualan Harian
Peniaga fikir “berapa sale hari ni?”, CEO fikir “macam mana nak gandakan sale 6 bulan dari sekarang?”.
Strategi pemasaran, partnership, sistem automasi dan produk baharu – semua ini perlukan masa dan fokus yang hanya boleh dibuat bila tuan betul-betul berfungsi sebagai CEO.
Course Content
Cara Urus Bisnes Kecil Dengan Gaya CEO Yang Sistematik & Berpengaruh
-
Cara Urus Bisnes Kecil Dengan Gaya CEO Yang Sistematik & Berpengaruh
