Asas Menjadi Ketua
- Rasa kekok memberi arahan kepada orang lebih tua
- Pasukan tak pandang tuan puan sebagai ketua
- Terlalu banyak buat kerja sendiri
- Tiada gaya kepimpinan yang konsisten
58 kursus pendek Sekolah Bisnes tentang memimpin dan mendorong pekerja — dari cara beri arahan sehingga membina budaya pasukan yang bergerak sendiri — disusun ikut 7 tahap. Setiap satu dijual berasingan dan boleh dipraktik pada staf yang ada esok pagi.
“Saya dah cakap banyak kali. Dua hari lepas tu, balik cara lama semula.”Arahan tak melekat
“Saya tegur sekali, dia merajuk seminggu. Lepas tu saya pilih diam sahaja.”Takut menegur, masalah berulang
“Kalau saya tak ada di pejabat, kerja terhenti. Semua tunggu saya.”Semua keputusan naik ke atas
“Tiada siapa bagi idea. Mesyuarat semua senyap, tunggu saya yang cakap.”Pasukan tunggu arahan, bukan berfikir
Ramai owner naik sebab pandai buat kerja sendiri. Kemahiran itu berbeza sepenuhnya daripada kemahiran membuat orang lain menghasilkan kerja yang sama baiknya tanpa diperhatikan.
Memberi arahan sehingga difahami, dan menegur tanpa merosakkan semangat. Majoriti masalah staf di bisnes kecil berpunca daripada salah satu daripada dua ini.
Tak perlu program kepimpinan enam bulan. Setiap kursus di bawah menyelesaikan satu situasi sebenar dengan staf, dijual berasingan, dan boleh dicuba minggu ini juga.
Asas seorang ketua: cara berdiri di hadapan pasukan, memberi arahan, dan membina kredibiliti sebelum meminta apa-apa daripada mereka. Selepas ini terus ke Tahap 2.
Kalau arahan tuan puan kena diulang tiga kali, masalahnya bukan pendengaran mereka. Ia cara arahan itu disampaikan. Terus ke Tahap 2.
Kursus bertanda Mula di sini ialah pilihan kami untuk tahap itu. Selebihnya menambah kedalaman — ambil bila masalah itu muncul. Tekan Info kursus untuk butiran penuh tanpa meninggalkan halaman ini.
Untuk yang baru naik jadi ketua, atau dah lama memimpin tetapi rasa pasukan tak menghormati keputusan. Kredibiliti, kedudukan, dan cara berdiri di hadapan orang yang tuan puan bayar gaji.












Untuk yang penat mengulang benda yang sama. Cara menyampaikan arahan supaya ia difahami kali pertama, dan cara menurunkan tugas tanpa rasa bersalah atau hilang kawalan.




Untuk yang dah cuba naikkan gaji tetapi semangat tetap sama. Cara mendorong yang tidak bergantung pada duit, dan cara memuji yang betul-betul memberi kesan.











Untuk yang memilih diam kerana takut staf merajuk atau berhenti. Cara menegur yang menyelesaikan masalah tanpa merosakkan hubungan, dan cara meleraikan konflik antara staf.
Untuk yang penat jadi satu-satunya orang yang berfikir. Cara membuat pasukan membawa cadangan sendiri, dan cara menerima idea supaya mereka terus membawa lagi.
Untuk yang dah ada beberapa orang dan mahu mereka bergerak sebagai satu pasukan. Menetapkan jangkaan, memantau prestasi, dan mengurus disiplin di peringkat pasukan.










Untuk ketua wanita yang berhadapan dengan cabaran khusus — kredibiliti dipersoal, tegas dianggap keras, lembut dianggap lemah. Cara memimpin tanpa terpaksa menjadi orang lain.





Kalau tuan puan kena ulang arahan lebih daripada sekali untuk kerja yang sama, mula di Tahap 2. Kalau masalahnya semangat dan bukan kefahaman, mula di Tahap 3.
Semua kursus dalam senarai ini ialah kursus tunggal — setiap satu dibeli dan diakses berasingan dalam akaun Sekolah Bisnes tuan puan. Harga dan senarai dikemas kini secara automatik daripada kedai.