Sekolah Bisnes · Persyarikatan & Partnership

Kebanyakan perkongsian bisnes tidak pecah kerana wang. Ia pecah kerana tiada siapa bertanya awal-awal.

13 kursus pendek Sekolah Bisnes tentang struktur syarikat dan perkongsian — Enterprise, Sdn Bhd atau PLT, membawa masuk rakan kongsi, dan menamatkan perkongsian dengan cara yang betul — disusun ikut 3 tahap. Setiap satu dijual berasingan.

13kursus tunggal
3tahap laluan
RM15harga paling rendah
1kursus = 1 masalah selesai
Kenal situasi ini?

Semasa mula semua orang kawan. Masalah datang bila ada duit atau ada kerugian.

“Kami tiga orang buka bisnes ni. Sampai hari ni tak pernah bincang siapa buat apa.”Peranan tak pernah ditetapkan

“Saya buka Sdn Bhd sebab orang cakap nampak lebih besar. Kos tahunannya saya tak kira.”Struktur dipilih tanpa sebab

“Partner saya nak keluar. Kami tak pernah bincang apa jadi kalau keadaan ni berlaku.”Tiada jalan keluar yang dipersetujui

“Saya dapat surat kompaun. Rupanya ada benda yang patut difailkan setiap tahun.”Pematuhan diabaikan sehingga didenda

Kenapa ini kena betul dulu

Struktur syarikat ialah keputusan yang murah di awal dan sangat mahal untuk diperbetulkan kemudian.

3

Tiga pilihan, tiga akibat

Enterprise, Sdn Bhd dan PLT membawa kos tahunan, tanggungan peribadi dan layanan cukai yang berbeza. Memilih tanpa membandingkan ketiga-tiganya ialah punca ramai terperangkap dengan struktur yang tak sesuai.

1

Satu perbualan yang selalu dilangkau

Apa yang berlaku jika salah seorang mahu keluar. Perbualan yang paling tidak selesa di awal inilah yang menyelamatkan hubungan dan wang bila keadaan itu benar-benar berlaku.

1

Satu soalan, satu kursus

Tak perlu berjumpa peguam untuk memahami asasnya. Setiap kursus di bawah menjawab satu soalan struktur atau perkongsian, dijual berasingan.

Antara masalah yang diselesaikan

Tiga tahap: pilih struktur, urus rakan kongsi, dan kekal patuh.

Tahap 1

Enterprise, Sdn Bhd atau PLT

  • Tak tahu beza Enterprise, Sdn Bhd dan PLT
  • Buka Sdn Bhd tanpa kira kos tahunan
  • Tak faham tanggungan peribadi
  • Tiada sebab jelas untuk menaik taraf
Lihat Tahap 1 →
Tahap 2

Partnership: Masuk & Keluar

  • Peranan tak ditetapkan sejak awal
  • Tiada perjanjian bertulis
  • Rakan kongsi mahu keluar
  • Sumbangan tidak seimbang
Lihat Tahap 2 →
Tahap 3

Pematuhan, Kompaun & Penutupan

  • Tak tahu apa perlu difailkan setiap tahun
  • Sudah menerima kompaun
  • Entiti lama dibiarkan tanpa ditutup
  • Risiko denda kerana terlepas tarikh
Lihat Tahap 3 →
Mula di sini

Dua pintu masuk. Pilih yang paling dekat dengan keadaan tuan puan sekarang.

Masih memilih struktur

Enterprise vs Sdn Bhd

Perbandingan terus antara dua struktur paling biasa — kos, tanggungan dan kesesuaian mengikut saiz bisnes. Murah, pendek, dan menjimatkan keputusan yang mahal.

Ada rakan kongsi

Mengurus Partnership

Peranan, pembahagian dan jalan keluar — perkara yang sepatutnya dibincang sebelum bisnes menjadi besar. Terus ke Tahap 2.

Peta laluan

3 tahap, 13 kursus. Setiap tahap ada satu tempat mula.

Kursus bertanda Mula di sini ialah pilihan kami untuk tahap itu. Selebihnya menambah kedalaman — ambil bila masalah itu muncul. Tekan Info kursus untuk butiran penuh tanpa meninggalkan halaman ini.

Tahap 1

Enterprise, Sdn Bhd atau PLT

Untuk yang sedang memilih struktur, atau yang mahu menilai semula sama ada struktur sekarang masih sesuai. Kos, tanggungan, dan sebab sebenar membuka syarikat.

Tahap 2

Partnership: Masuk & Keluar

Untuk yang berkongsi bisnes dengan orang lain, atau bercadang membawa masuk rakan kongsi. Menetapkan peranan, menguruskan hubungan, dan menamatkan dengan cara yang betul.

Tahap 3

Pematuhan, Kompaun & Penutupan

Untuk yang sudah berdaftar dan perlu kekal patuh. Perkara yang perlu difailkan, cara mengurus kompaun yang sudah dikenakan, dan langkah menutup entiti dengan betul.

Tak pasti nak mula di mana?

Kalau tuan puan masih memilih antara Enterprise, Sdn Bhd dan PLT, mula di Tahap 1 — RM15 sudah cukup untuk elak keputusan yang mahal. Kalau bisnes dikongsi dengan orang lain, Tahap 2 lebih mendesak.

Semua kursus dalam senarai ini ialah kursus tunggal — setiap satu dibeli dan diakses berasingan dalam akaun Sekolah Bisnes tuan puan. Harga dan senarai dikemas kini secara automatik daripada kedai. Kandungan bersifat panduan pengurusan dan bukan nasihat guaman; untuk perjanjian dan pendaftaran sebenar, rujuk peguam atau setiausaha syarikat tuan puan.