Sekolah Bisnes · Sistem Ejen & Pasukan Jualan

Ejen ramai bukan bermakna jualan banyak. Selalunya ia bermakna kerja tuan puan bertambah.

13 kursus pendek Sekolah Bisnes tentang membina dan mengurus pasukan ejen — dari merekrut orang yang betul sehingga membina pasukan yang tahan lama — disusun ikut 3 tahap. Setiap satu dijual berasingan.

13kursus tunggal
3tahap laluan
RM15harga paling rendah
1kursus = 1 masalah selesai
Kenal situasi ini?

Rekrut seratus, aktif sepuluh, bertahan tiga.

“Saya rekrut ramai. Lepas sebulan, yang aktif tinggal beberapa orang sahaja.”Rekrut tanpa saringan

“Ejen terbaik saya keluar dan buka sendiri. Bawa pelanggan sekali.”Pasukan tanpa ikatan jangka panjang

“Ejen saya asyik tanya benda yang sama. Saya jadi customer service untuk pasukan sendiri.”Tiada sistem, semua tanya owner

“Saya tak tahu ejen mana yang betul-betul menjual.”Tiada standard prestasi

Kenapa ini kena betul dulu

Sistem ejen ialah bisnes di dalam bisnes — ia perlukan struktur sendiri.

1

Satu saringan di pintu masuk

Kos sebenar seorang ejen bukan komisen, tetapi masa tuan puan melatih dan menjawab soalan. Saringan di peringkat rekrut ialah tempat paling menjimatkan untuk melabur usaha.

3

Tiga sebab pasukan gagal

Orang yang salah direkrut, standard yang tak pernah ditetapkan, dan ketua yang menjadi penyelesai setiap masalah. Ketiga-tiganya boleh dibetulkan dengan struktur, bukan dengan menambah orang.

1

Satu masalah, satu kursus

Tak perlu sistem MLM yang rumit. Setiap kursus di bawah menyelesaikan satu bahagian — asas, rekrut, atau pengurusan — dan dijual berasingan.

Antara masalah yang diselesaikan

Tiga tahap: asas sistem, merekrut, dan mengurus pasukan.

Tahap 1

Asas Sistem Ejen

  • Buka sistem ejen tanpa struktur
  • Tiada standard untuk ejen
  • Tak tahu punca pasukan gagal
  • Sistem bergantung pada owner sepenuhnya
Lihat Tahap 1 →
Tahap 2

Rekrut Ejen

  • Rekrut ramai tapi kualiti rendah
  • Tak tahu di mana mencari calon
  • Iklan rekrut tidak menarik orang betul
  • Tiada proses saringan
Lihat Tahap 2 →
Tahap 3

Bina & Urus Pasukan

  • Ejen tidak aktif selepas sebulan
  • Semua soalan naik kepada owner
  • Ejen terbaik keluar dan bersaing
  • Tiada struktur bimbingan
Lihat Tahap 3 →
Mula di sini

Dua pintu masuk. Pilih yang paling dekat dengan keadaan tuan puan sekarang.

Baru nak bina pasukan ejen

Asas Pengurusan Pasukan Bisnes & Ejen

Struktur asas sistem ejen: siapa yang sesuai, apa yang tuan puan tanggung, dan standard yang perlu ditetapkan sebelum orang pertama masuk.

Ejen ada, tapi tak aktif

Groom & Grow Team

Ejen aktif bukan hasil rekrut yang lebih ramai. Ia hasil cara mereka dibimbing selepas masuk. Terus ke Tahap 3.

Peta laluan

3 tahap, 13 kursus. Setiap tahap ada satu tempat mula.

Kursus bertanda Mula di sini ialah pilihan kami untuk tahap itu. Selebihnya menambah kedalaman — ambil bila masalah itu muncul. Tekan Info kursus untuk butiran penuh tanpa meninggalkan halaman ini.

Tahap 1

Asas Sistem Ejen

Untuk yang baru bercadang membuka pasukan ejen. Standard yang perlu ditetapkan awal, cara berfikir yang menjadikan sistem itu tahan lama, dan punca biasa kegagalan.

Tahap 2

Rekrut Ejen

Untuk yang mahu menambah ejen tetapi bukan sebarang orang. Tempat mencari calon yang betul, cara menulis iklan rekrut, dan saringan sebelum mereka diterima masuk.

Tahap 3

Bina & Urus Pasukan

Untuk yang dah ada ejen tetapi kebanyakannya tidak aktif. Membimbing selepas rekrut, membina struktur yang tak bergantung pada tuan puan, dan mengekalkan ejen terbaik.

Tak pasti nak mula di mana?

Kalau pasukan ejen belum dibuka, mula di Tahap 1 — tetapkan standard sebelum orang pertama masuk. Kalau ejen dah ada tetapi kebanyakannya senyap, masalahnya bimbingan — mula di Tahap 3.

Semua kursus dalam senarai ini ialah kursus tunggal — setiap satu dibeli dan diakses berasingan dalam akaun Sekolah Bisnes tuan puan. Harga dan senarai dikemas kini secara automatik daripada kedai.