Diagnos HR · 5 minit · Percuma

Satu staf yang dibuang tanpa prosedur boleh heret bisnes tuan ke Mahkamah Perusahaan.

Jawab 20 soalan Ya atau Tidak. Dalam 5 minit, tuan dapat skor risiko HR bisnes tuan, dan 3 lubang paling bahaya yang perlu ditutup dahulu.

Mula Diagnos Sekarang

Kebanyakan masalah HR tak nampak, sampai ia meletup.

Owner bisnes kecil jarang ada orang HR. Semua dalam kepala, semua ikut rasa. Selagi tiada masalah, semuanya nampak okey.

Staf MC setiap Isnin

Tuan tahu ada yang tak kena, tapi tak pasti apa yang boleh dibuat tanpa salah undang-undang.

Staf lari tanpa notis

Nak potong gaji akhir bulan, tapi tak pasti boleh ke tidak. Kontrak pun tak pernah ada.

Bergaduh pasal gaji dan OT

Staf kata OT tak cukup bayar. Tuan tiada slip, tiada rekod, tiada apa nak tunjuk.

Buang staf, kemudian datang surat

Seminggu lepas staf dibuang, datang surat aduan pemberhentian tidak adil. Baru tuan tahu ada prosedur.

Diagnos HR bisnes tuan

Jawab dengan jujur. Tiada siapa nampak jawapan tuan kecuali tuan sendiri.

0 daripada 20 dijawab

1. Dokumen & Kontrak

Setiap staf ada surat tawaran atau kontrak kerja bertulis yang ditandatangani.
Setiap jawatan ada job scope bertulis.
Ada fail peribadi untuk setiap staf: salinan IC, kontrak, surat amaran, rekod cuti.
Ada peraturan syarikat atau Employee Handbook bertulis yang staf dah baca.

2. Gaji, OT & Caruman

Gaji dibayar tidak lewat 7 hari selepas tamat bulan gaji.
Semua staf, termasuk part-time, dicarum KWSP, PERKESO dan SIP.
Kadar OT dikira ikut Akta Kerja, bukan agak-agak.
Setiap staf terima slip gaji untuk setiap bayaran.

3. Disiplin & Pemberhentian

Setiap teguran salah laku direkod secara bertulis.
Tuan tahu prosedur siasatan dalaman (domestic inquiry) sebelum membuang staf.
Kalau perlu berhentikan staf esok, tuan tahu langkah demi langkah yang betul.
Ada prosedur bertulis untuk mengendalikan aduan gangguan seksual.

4. Polisi & SOP

Polisi cuti (tahunan, sakit, bersalin, paterniti) bertulis dan diikuti.
Waktu kerja biasa tidak melebihi 45 jam seminggu, dan kerja lebih masa dibayar OT.
Tugas utama ada SOP, supaya kerja tak bergantung pada seorang staf.
Staf baru melalui proses onboarding yang tersusun.

5. Prestasi & KPI

Setiap staf ada KPI atau sasaran kerja yang jelas.
Prestasi staf dinilai secara bertulis sekurang-kurangnya setahun sekali.
Kenaikan gaji dan bonus ada kriteria yang jelas.
Tuan tahu kenapa staf yang berhenti dalam setahun lepas memilih untuk berhenti.

Diagnos ini panduan awal untuk owner bisnes, bukan nasihat undang-undang.

Skor HR bisnes tuan
0 / 20

3 risiko paling bahaya untuk bisnes tuan

    Langkah seterusnya

    Tutup lubang HR ini bersama konsultan

    Dalam Sesi Diagnos HR, Puan Nur Alya akan semak keputusan tuan satu per satu, dan bantu tuan susun apa yang perlu dibetulkan dahulu.

    • Sesi online 60 minit
    • Fokus kepada risiko yang tuan dapat dalam diagnos ini
    • Laporan ringkas 3 tindakan utama selepas sesi
    RM99

    Bayar dulu, pasukan kami akan WhatsApp tuan untuk atur slot.

    Tempah Sesi Diagnos HR

    Siapa yang akan duduk dengan tuan

    NA

    Puan Nur Alya
    Konsultan HR, Sekolah Bisnes

    Puan Nur Alya membantu owner bisnes menyusun dokumen HR, polisi dan proses disiplin supaya bisnes bergerak ikut undang-undang. Beliau juga penceramah bersama Tuan Firdaus Jailan dalam seminar “Buang Pekerja Cara Halal”.

    Apa tuan dapat dalam sesi

    Semakan risikoSetiap jawapan “Tidak” dalam diagnos dibincang: apa risikonya, dan seberapa mendesak.
    Susunan keutamaanTuan tahu apa yang perlu dibetulkan minggu ini, dan apa yang boleh tunggu.
    Jawapan untuk kes sebenarBawa satu masalah staf yang sedang berlaku. Kita bincang cara betul menanganinya.
    Laporan ringkasSelepas sesi, tuan terima 3 tindakan utama secara bertulis untuk dilaksanakan.

    Soalan lazim

    Bisnes saya kecil, staf 3 orang je. Sesuai ke?

    Sesuai. Akta Kerja terpakai walaupun staf seorang. Bisnes kecil yang paling kerap tiada dokumen asas.

    Sesi dibuat macam mana?

    Online melalui Google Meet atau Zoom, selama 60 minit. Tuan hanya perlukan telefon atau komputer.

    Bila slot sesi?

    Selepas bayaran, pasukan kami akan WhatsApp tuan untuk atur slot yang sesuai dengan masa tuan.

    Perlu sediakan apa-apa?

    Jawapan diagnos ini, senarai staf, dan contoh dokumen yang ada seperti kontrak atau slip gaji. Kalau tiada, tak apa. Itu yang kita akan betulkan.

    Saya tak sempat jawab diagnos. Boleh tempah terus?

    Boleh. Tekan butang di bawah. Konsultan akan bantu tuan buat diagnos semasa sesi.

    Lebih murah betulkan sekarang, daripada jawab di mahkamah nanti.

    Sesi Diagnos HR online 60 minit bersama Puan Nur Alya, termasuk laporan ringkas. RM99.

    Mula Diagnos Percuma   Tempah Sesi Terus