Ilmu Strategi Kewangan Untuk Orang Bisnes

Ramai orang bisnes mereka bijak sungguh cari duit. Pada awal bisnes, bisnes mereka buat duit. Ini dipanggil “beginners luck”. Buat saja, jadi. Jual apa saja, laku. Ramai yang berputih mata sewaktu mereka buat duit. 

Jadi orang bisnes mesti tahu ilmu strategi kewangan mereka. 

  • Ilmu strategi kewangan itu apa? 
  • Duit bisnes simpan di mana?
  • Duit peribadi simpan di mana?
  • Bank mana mahu digunakan untuk Fixed Deposit? 
  • Buat yang mana dahulu, labur atau protect? 
  • Strategi labur mana perlu pakai, defensive mode atau offensive mode?
  • High liquidity, medium liquidity atau low liquidity asset? 

Ini adalah antara perkara tentang strategi kewangan. 

Semua ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

  1. Awal bisnes
  2. Selepas 7 tahun
  3. Lebih dari 10 hingga 15 tahun

Fasa awal bisnes dipanggil “seeding”, fokus kewangan kita kepada fasa “building source of income”. Masa inilah kita kerja macam kerbau. 7 tahun kita kerja macam kerbau. Tebang hutan, tebas lalang, membajak tanah dan tabur benih sampailah pokok berbuah.  

Waktu inilah kita akan buat macam-macam.

Cuba sana, tak jadi. Cuba lagi.

Cuba sini, tak jadi. Cuba lagi.

Sampailah kita boleh survive. 

Jadi, mustahil duit yang sedikit itu mahu disimpan jadi seketul jongkong emas. Duit itu kita mahu pusing-pusingkan. Di sini kita belajar leverage duit kita dengan bank. Kalau emas itu boleh bagi pulangan 5-10% setahun, kita buat bisnes tak boleh untung lebih dari itukah? 

Fasa kedua ialah fasa protection. Apa yang sudah kita bina, kita mesti lindungi. Semualah yang berkaitan kepentingan bisnes. Contohnya, 7 tahun kita berniaga pakai lesen enterprise kemudian kita mahu lindungi kepentingan peribadi dan bisnes kita jadi kita buatlah lesen Sdn Bhd.

Bisnes kita masa ini mungkin sudah ada duit, jadi kita mahu lindungi duit itu. Contohnya, kalau kita sakit kita pastikan masa ini kita sudah ada insurans, takaful, hibah dan medical card. Jadi duit yang penat-penat kita cari itu tidaklah habis sebab buat pembedahan bypass jantung kita. 

Fasa ketiga lebih dari 10 tahun adalah fasa compounding. Kalau siapa yang sudah baca buku psychology of money karangan morgan housel, inilah fasa yang paling nyaman. Kita mahu fikirkan duit itu bagaimana digandakan. Compounding effect ini permainan jangka panjang.

Ini membawa kepada point paling penting iaitu kita mahu bermain lama bukan untung paling banyak dalam masa yang singkat. Dalam bisnes, objektifnya sentiasa mahu bermain lama kerana apabila kita bermain cukup lama sahaja barulah kita boleh nampak hasilnya. 

Tapi ramai orang bisnes mereka tidak sabar. Mereka mahu kaya cepat, dapat hasil cepat tanpa fikirkan risiko yang mereka buat. Kesimpulannya, strategi kewangan bisnes ini terbahagi kepada tiga, fasa seeding, fasa protection dan fasa compounding.

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?