Ini 8 tips untuk orang bisnes yang nak buat pinjaman modal dari bank:
1. Pastikan ada lesen berniaga
Ini paling basic. Nak berniaga, mesti ada lesen.
Nak memandu pun kenalah ada lesen baru boleh pandu kereta.
“Eh boleh la pandu kalau tak ada lesen, asal jangan kena saman saja.”
Ya betul, boleh saja bisnes tiada lesen.
Tapi, seandainya berlaku kemalangan dan sebagainya bukankah anda mati katak? Buatlah lesen jika di semenanjung tak sampai RM100.
2. Buat akaun bank
Berniaga tapi guna akaun simpanan.
Kata nak berjaya bisnes tapi masih lagi pakai akaun simpanan. Cukup masa bank tengok macam tak kena saja akaun bank kita ni “terlalu aktif”.
Akhirnya kena arah tutup sebab ini akaun simpanan. Nak bisnes kena guna akaun semasa.
3. Sewa alamat
Tolong sewa alamat bisnes. Ini penting sangat. Walaupun belum mampu ada kedai, kita sewa dahulu alamat.
Banyak management company yang buat servis sewakan alamat premis. Nak yang murah pun ada yang nak mahal pun ada.
Ini sangat penting sebab ini bagi gambaran bisnes kita itu wujud. Orang putih panggil “virtual office”.
4. Buat akaun
Kalau orang kerajaan nak buat loan, dia perlukan surat lantikan, slip gaji dan macam-macam lagi dokumen. Sebab dokumen ini diminta sebagai bukti kita kerja dengan kerajaan. Betul tak?
Jadi samalah macam orang bisnes. Nak buat loan mestilah kena ada bukti kita bisnes. Salah satu bukti ialah kita nesti ada akaun.
Akaun itu ada penyata untung rugi, penyata kedudukan kewangan dan cash flow statement.
Dari sinilah bank tengok, berapa jualan kita setahun, berapa untung bersih kita, apa aset tetap yang kita ada, berapa hutang kita dengan pembekal dan berapa modal yang kita dah keluarkan.
Kalau akaun tiada, takkan cakap pakai mulut nak bagi tahu bank?
5. Bayar cukai
Selain dari akaun, kita juga perlukan borang cukai sebagai bukti kita buat bisnes. Dari sini bank akan tengok, betulkah laporan akaun kita.
Ramai orang dalam laporan akaun, untung ratus ribu. Dalam laporan cukai tiba-tiba untung bersih jadi RM30,000. Sebab apa? Nak bayar cukai rendah
Tuan-tuan, kita bisnes ni nak dah memang jadi tanggung jawab lapor cukai dan bayar cukai. Bila tak sama yang kita laporkan, bank akan terus reject sebab kita tidak telus melaporkan pendapatan kita. Nanti bila dah bagi pinjam tak mampu bayar semula.
6. Ambil ASB financing
Ini paling senang nak buat. Bila kita mula bisnes, bank tak yakin lagi dengan DISIPLIN bayar hutang. Jadi bank perlu rekod bayaran hutang sekurang-kurangnya satu tahun.
Ini membina profil CCRIS dan CTOS. Ramai orang ingat nama bersih dari pinjaman bagus. Untuk orang bisnes ini sangat penting.
Kita susah nak dapat pinjaman bank jika nama kita tidak ada rekod pinjaman. Nak lebih tahu tentang ASB financing boleh follow kawan saya Momoy Mahcy. Dia pakar ASB financing.
7. Mesti masukkan duit ke dalam bank
Tolong buang sikap malas nak ke bank. Nak yakinkan bank bisnes kita bagus, mestilah ada transaksi bank. Ini tak, deposit bank hari pertama itu sajalah satu-satunya transaksi kita. Mana bank nak yakin?
Kalau kita bisnes tepi jalan, tapi kita ada disiplin masukkan duit ke dalam bank setiap hari. Bisnes kita nampak kacak dimata bank. Tak payah pakai jam harga ribu-ribu. Tunjuk sahaja penyata bank kita, bank dah yakin yang kita memang betul bisnes.
8. Buat simpanan tetap
Mungkin ramai yang tak tahu bahawa membuat simpanan tetap di bank juga memberi pulangan yang bagus. Yang pentingnya simpanan itu tiada susut nilai seperti emas yang terdedah kepada naik turun pasaran.
Jadi, apabila kita perlu modal kita boleh cagarkan simpanan tetap kita. Bank juga lebih yakin dengan kita apabila nak buat pinjaman.
Sekian sahaja tips untuk malam ini. Kalau 2 tahun anda buat semua yang diatas anda mesti boleh buat pinjaman.
Ada point paling penting, SILA HARAMKAN NAMA ANDA UNTUK DIPINJAM.
Tidak kira siapa pun adik beradik nak pinjam nama nak beli motor, nak beli kereta atau nak buat personal loan. Bagi tahu dekat dia, No! Hal ini anda kena tegas.