Aktiviti Kira Stok Hujung Tahun mesti dibuat supaya tidak berlaku 3 perkara ini iaitu:
- Bilangan stok dalam sistem dan jumlah sebenar tidak sama.
- Stok yang sudah hampir sampai tarikh luput.
- Bilangan stok rosak dan tidak boleh jual.
Perkara melibatkan stok ini akan memberi kesan kepada dua perkara iaitu:
- Untung kasar dan untung bersih.
- Nilai aset semasa yang salah.
Bayangkan dalam sistem, kita sangka ada 100 unit stok boleh dijual. Rupanya, hanya tinggal 20 sahaja yang boleh jual. Lagi 80 sudah rosak dan tidak boleh dijual. Gigit jari kita kalau benda macam ini berlaku.
Bagaimana cara untuk merekod dan mengira stok pada hujung tahun?
Ini adalah langkah-langkahnya:
- Print senarai stok yang ada dalam sistem.
- Ambil stock card barang.
- Buat kiraan “cross checking” antara sistem dengan stock card.
- Ambil stock card dan semak kiraan fizikal.
- Jika ada tarikh luput, asingkan produk atau barang yang akan luput 6 bulan lagi.
- Buat laporan tentang pengiraan stok iaitu:
1. Perbezaan stok dalam sistem dan stock card.
2. Perbezaan stok dari stock card dan fizikal.
3. Jumlah stok yang akan luput dalam enam bulan.
Peruntukan 1 atau 2 hari sebelum tarikh hujung tahun untuk buat perkara ini.