300+ panduan dan kursus untuk owner bisnes kecil, dari kira kos, urus staf, buat marketing sampai hal cukai. Satu akses, 12 bulan, dan 4 kelas baru masuk setiap bulan.
Bayar dengan FPX, kad kredit atau Atome.

Pukul 8 pagi, telefon dah berbunyi. Staf WhatsApp, “Bos, saya MC hari ni.” Itu yang ketiga bulan ni. Kita tak tahu nak buat apa, sebab tak pernah ada surat tunjuk sebab, tak ada polisi, tak ada apa-apa rekod. Nak tegur takut dia berhenti. Tak tegur, yang lain pun ikut perangai sama.
Pukul 11, supplier telefon tanya bayaran bulan lepas. Kita buka akaun bank. Jualan bulan ni banyak, tapi kenapa duit dalam akaun tinggal sikit? Kita tak tahu duit tu bocor ke mana. Yang kita tahu, hujung bulan ni gaji staf kena bayar.
Pukul 3 petang, kita buka Facebook. Dah habis RM500 iklan minggu ni, mesej masuk ada, tapi yang beli tak sampai lima orang. Orang kata kena buat video. Orang lain kata kena buat TikTok. Kita sendiri tak pasti mana satu betul.
Pukul 10 malam, anak dah tidur. Kita duduk depan laptop, buka sampul surat dari LHDN yang dah dua hari kita tak berani buka.
Setiap satu tu ilmu yang berbeza. Dan semuanya jatuh atas bahu kita seorang.
Nak belajar satu-satu, tak cukup masa. Nak hantar diri ke kursus setiap kali ada masalah, tak cukup duit. Nak upah konsultan untuk setiap bahagian, bisnes belum sampai tahap tu. Akhirnya kita belajar cara paling mahal, iaitu buat silap dulu, rugi dulu, baru faham.
Pelik kan? Masalah yang sama dah dihadap oleh ribuan owner sebelum kita. Jawapannya pun dah ada. Cuma selama ni ia bersepah, dan kita tak tahu nak mula dari mana.
Semuanya ditulis dan diajar oleh orang yang menguruskan bisnes sebenar, untuk masalah yang owner bisnes kecil Malaysia hadap setiap hari.
Setiap bulan, 4 kelas baru ditambah dan terus masuk dalam akses tuan dan puan sepanjang tempoh 12 bulan. Tak perlu bayar lagi, tak perlu daftar lagi. Dalam setahun, itu 48 kelas baru di atas 300+ panduan yang dah sedia ada.
Akses dihantar ke emel sebaik bayaran berjaya.
Buka kategori yang berkaitan dan mula dengan satu panduan.
Belajar dari phone atau laptop, bila-bila masa. Satu panduan, satu tindakan.
Kalau beli satu-satu, satu panduan di Sekolah Bisnes dijual antara RM29 hingga RM250. Cukup beli dua atau tiga panduan, harganya dah sama dengan Akses Penuh.
Bayar dengan FPX, kad kredit atau Atome.
Bila banyak bahagian dalam syarikat, memang mudah semua perkara akhirnya naik kepada pengurusan. Panduan Sekolah Bisnes membantu kami faham cara menyusun tanggungjawab, menetapkan KPI dan meminta laporan yang betul. Penerangannya jelas dan dekat dengan keadaan bisnes kami. Kami lebih faham apa yang perlu dipantau dan apa yang patut diserahkan kepada ketua jabatan.
Kami cari panduan yang boleh digunakan dalam operasi restoran setiap hari. Itu yang kami suka tentang Sekolah Bisnes. Daripada pembukaan kedai, pengurusan stok sampai pembahagian tugas staf, penerangannya mudah difahami. Kami belajar bahawa arahan kena jelas supaya setiap cawangan tahu standard kerja yang sama.
Perkara paling membuka mata ialah bila kami belajar membezakan kerja owner dengan kerja staf. Selama ini, banyak perkara bercampur sampai susah nak tentukan siapa sebenarnya bertanggungjawab. Panduan Sekolah Bisnes membantu kami melihat cara menyusun skop kerja dan hasil yang perlu disiapkan. Kami suka sebab setiap penerangan ada kaitan dengan masalah yang kami hadapi.
Bila kena urus restoran dan event, banyak perkara perlu difikirkan serentak. Kami suka panduan Sekolah Bisnes sebab kerja diterangkan mengikut urutan, daripada persediaan sebelum event sampai semakan selepas selesai. Cara penerangan itu membantu kami faham apa yang perlu dirancang awal dan siapa yang patut pegang setiap tugas.
Kami suka sebab panduan pemasaran di Sekolah Bisnes ada tujuan yang jelas. Kami belajar fikir siapa pelanggan yang nak ditarik, apa mesej yang nak disampaikan dan apa tindakan yang kita mahu mereka buat. Bila faham perkara itu, lebih mudah nak merancang kandungan dan promosi. Penerangannya pun mudah nak ikut.
Banyak benda yang kami belajar daripada panduan Sekolah Bisnes buat kami tengok semula cara kami urus syarikat. Dulu, bila kerja tak siap, kami terus fikir staf yang bermasalah. Sekarang kami belajar semak juga sama ada arahan, tanggungjawab dan tempoh siap itu jelas. Kami puas hati sebab penerangannya mudah faham dan membantu kami nampak apa yang perlu diperbaiki.
12 bulan dari tarikh pembelian.
Kami akan hubungi tuan dan puan sebelum akses tamat untuk sambung akses.
Panduan yang tuan dan puan dah beli kekal dalam akaun. Akses Penuh membuka semua panduan lain sekali gus.
Setiap bulan 4 kelas baru ditambah dan terus muncul dalam akaun tuan dan puan. Tiada bayaran tambahan sepanjang tempoh akses.
Boleh. Log masuk melalui browser di phone atau laptop.
Sesuai. Mula dengan kategori Mula & Bangun Bisnes dan Kewangan, Akaun & Cukai.
WhatsApp pasukan kami di 017-730 8020.
Staf yang buat hal minggu depan, cash flow yang sesak hujung bulan ni, jualan yang perlahan bulan ni. Semuanya datang tanpa tanya kita dah belajar ke belum. Beza owner yang penat dengan owner yang tenang selalunya bukan pada bisnesnya. Bezanya pada sama ada dia tahu ke mana nak cari jawapan.
Saya Nak Akses Penuh · RM297Akses 12 bulan · 300+ panduan · 4 kelas baru setiap bulan
Dari Orang Bisnes kepada Orang Bisnes.