6 Keadaan Kita Patut Tolak Peluang Buat Duit

Ada masanya langkah mengurangkan bisnes dengan tolak peluang buat duit adalah lebih bijak daripada menambah bisnes.

i. Walaupun ada peluang kita mendapat bisnes, tetapi kita sengaja tidak mahu ambil peluang itu.

ii. Walaupun ada orang mahu membeli barang kita, tetapi kita tidak mahu menjual kepadanya.

iii. Walaupun klien masih mahu sambung kontrak servis dengan kita, tetapi kita buat keputusan tidak mahu sambung.

Frank Sonnenberg memberi panduan situasi di mana lebih baik kita tolak peluang buat duit:

1. Apabila customer itu menekan kita supaya melanggar etika.

Kita berpegang pada prinsip-prinsip murni dalam menjalankan bisnes, tetapi ada customers yang menekan kita supaya melakukan perkara-perkara yang salah, yang tidak bermoral.

Situasi macam itu kerap berlaku apabila kita cuba menjadi pembekal produk ataupun servis kepada klien-klien besar.

Pegawai yang bertugas memproses pembelian mungkin mempunyai kepentingan peribadi. Dia mungkin mahu supaya kita sediakan duit kopi.

2. Apabila perlu membuat janji palsu.

Ada peniaga yang sanggup menerima tempahan meskipun mereka tidak mempunyai sumber, kapasiti dan pengalaman bagi memenuhi kehendak customers.

Kesilapan macam itu kerap dilakukan oleh peniaga nubis dan kecil. Mereka tahu mereka tidak mempunyai kemampuan tetapi mereka lakukan juga.

Mereka berpegang pada prinsip dapatkan dulu tempahan, selepas itu bolehlah difikirkan macam mana hendak dibuat dengan tempahan itu.

Salah satu idea yang mereka gunakan adalah dapatkan bantuan peniaga lain membuatkan tempahan itu, ataupun jual tempahan itu kepada peniaga lain dan buat untung atas angin.

3. Apabila hendak menaikkan jualan dengan cara membuang harga.

Apabila kita buang harga sampai margin keuntungan lebih nipis daripada mata pisau cukur, memang kita boleh buat jualan lebih banyak, bisnes menjadi aktif, kita sibuk melayan pembeli.

Tetapi keadaan macam itu sebenarnya tidak sihat untuk survival bisnes kita. Boleh bungkus bisnes kita dibuatnya.

Ada tiga alasan orang membuang harga:

i. Mereka panik apabila trend jualan mula jatuh sedangkan stok masih banyak di dalam setor.

Mereka sangat khuatir trend itu akan terus jatuh lebih rendah, boleh sampai tak laku langsung.

ii. Mereka gunakan logik biar untung nipis asalkan volume tinggi.

Logik main volume macam itu memang betul boleh dibuat, tetapi caranya tidak boleh dengan membuang harga.

iii. Mereka sanggup memberi diskaun tebal kepada customer yang tidak layak diberi diskaun macam itu.

Lazimnya keadaan itu berlaku apabila customer berjanji jika diberi diskaun tebal dia akan membeli lagi dengan amaun lebih besar.

Dalam situasi macam itu, jualan memang naik tetapi kesannya buruk ke atas bisnes kita.

4. Apabila produk kita tidak memenuhi keperluan customers.

Banyak penjual amatur sanggup menjual produk yang dia memang tahu tidak diperlukan oleh si pembeli ataupun produk itu tidak menyelesaikan masalah si pembeli.

Untuk survival kita sendiri, fokus pada keuntungan jangka panjang atau LTV – lifetime value.

Fokus pada keutungan yang datang berkali-kali, selama bertahun-tahun. Pelihara hubungan baik dengan customerS. Itu lebih mahal daripada iualan satu kali, untung pun cuma satu sekali.

Dalam bisnes, berita baik cepat merebak. Berita buruk lebih cepat merebak.

5. Apabila customer itu buruk perangai.

Memang ada customer yang buruk perangai. Mereka minta itu ini, banyak songel, komplen itu tak betul, ini tak betul, tak pernah puas hati.

Customers macam itu memang takkan pernah puas hati. Mereka akan buruk-burukkan kita dalam media sosial.

6. Apabila customers itu melayan pekerja kita dengan cara buruk.

Sesetengah customers memang perangainya buruk dan busuk. Apatah lagi apabila mereka mempunyai kuasa membuat pembelian bagi pihak majikannya.

Mereka layan pekerja kita dengan layanan buruk. Mereka marah-marah, bercakap kasar, malah tengking-tengking pekerja kita. Mereka bukan hanya buat begitu kepada pekerja kita, mereka buat macam itu kepada semua.

Kita kena jaga perasaan dan air muka pekerja kita. Mereka pun ada maruah.

Mahukah Anda Belajar 12 Siri Ilmu Bina Bisnes Jangka Panjang?

Dalam panduan ini, Puan Ainon Mohd bersama speaker menyampaikan 12 siri ilmu yang dapat bantu anda bina bisnes yang bertahan lama dan menjadi legasi.

Siri 1: Ilmu Menjadi Kaya
Siri 2: Ilmu Berfikir Dengan Strategi
Siri 3: Ilmu Strategi Berpartner Dalam Bisnes
Siri 4: Ilmu Kolaborasi Projek Yang Berjaya
Siri 5: Ilmu Leverage Bisnes
Siri 6: Ilmu Strategi Kewangan Bisnes
Siri 7: Ilmu Game Cukai
Siri 8: Ilmu Mengurus Kerugian Masa Depan
Siri 9: Ilmu Mengurangkan Beban Kerja Majikan
Siri 10: Ilmu Mengurus Risiko Staff Pandai Lari
Siri 11: Ilmu Bekerja Dengan Orang Pandai
Siri 12: Ilmu Memandaikan Pekerja Bodoh

Klik butang di bawah untuk info lanjut:

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?