4 Panduan Mengurus Kejayaan Dan Kekayaan Yang Datang Mengejut

Menurut Jim Stackpool, semua kejayaan ada harganya. Ada kejayaan yang bagus, ada pula kejayaan yang tidak bagus.

Dalam ekonomi hari ini, bukanlah perkara luar biasa apabila ada individu-individu yang masih muda tiba-tiba menjadi terkenal dan kaya-raya. Namanya, kaya mengejut.

Paling penting, perlu tahu cara mengurus kejayaan dan kekayaan yang datang mengejut.

Maksud kejayaan besar adalah apabila seseorang itu menjadi jauh lebih berjaya dibandingkan dengan anggota kaum kerabatnya, rakan-rakan sejawatnya, jiran-jirannya, dan kawan-kawannya.

Contoh kejayaan besar yang datang mengejut:

i. Tiba-tiba menjadi terkenal, menjadi viral, menjadi selebriti dalam media sosial.

ii. Tiba-tiba menjadi terkenal selepas memenangi anugerah atas pencapaian luar biasa seperti dalam bidang hiburan, sukan, ataupun akademik.

iii. Tiba-tiba dilantik ke jawatan tinggi dengan kuasa besar dan lompatan gaji sangat besar.

iii. Tiba-tiba mendapat keuntungan bisnes yang luar biasa banyaknya.

Dr. Barbara Moses memberi panduan mengurus kejayaan dan kekayaan yang tiba-tiba, baik dalam kerjaya mahupun dalam bisnes.

1. Urus passive aggressives.

Mereka itu adalah golongan yang mengata dan mengumpat di belakang. Cakap-cakap mereka itu sangat menyakitkan dan memedihkan.
Jangan ambil hati, tebalkan telinga, abaikan, jangan diproses cakap-cakap buruk mereka itu. Jangan apologetik. Jangan defensif.

2. Kenali siapa kawan sebenar.

Jauhkan diri daripada kawan-kawan yang mengata dan mengumpat kita.

Hargai kawan-kawan yang tumpang berasa gembira atas kejayaan kita. Caranya, tunjukkan sikap pemurah kepada mereka.

3. Cari mentor-mentor.

Kejayaan besar yang datang mengejut membawa banyak problem. Cari mentor-mentor yang dapat memberi bimbingan dalam kejayaan profesional, kewangan, dan kehidupan peribadi.

4. Berhati-hati mengurus duit.

Sungai duit itu belum tentu mengalir lama. Jangan-jangan musim kemarau datang cepat. Jangan-jangan hujan duit yang mencurah-curah itu datang cuma sekali itu saja.

5. Jangan menunjuk-nunjuk.

Jangan menunjuk-nunjuk sangat kepada orang-orang yang kenal kita. Sebaiknya bersederhana.

6. Dapatkan nasihat mentor kewangan.

Dapatkan nasihat mentor kewangan bagaimana duit yang bayak itu sebaiknya diurus supaya kebaikannya dapat dinikmati selama hidup, bukan sekejap saja.

Menurut Dr. Barbara Moses, majoriti individu-individu yang mengalami kejayaan mengejut tidak dapat sustain kejayaan mereka disebabkan mereka tidak mempunyai pengalaman yang disebut ‘critical formative experiences’.

Semua pangalaman susah senang, suka duka, pahit maung dalam membangunkan bisnes adalah asas kejayaan yang kukuh pada masa depan. Bagi individu yang menerima kejayaan mengejut, mereka tidak menjalani proses-proses itu.

Beliau juga menasihati supaya jangan sangka kejayaan besar itu disebabkan kita bertuah mempunyai bakat yang luar biasa ataupun disebabkan nasib semata-mata.

Banyak individu yang berbakat menyangka bakat mereka akan terus menerus menghasilkan kejayaan kewangan pada masa depan. Mereka sangka selagi bakat itu masih ada, bakat itu akan terus menghasilkan pendapatan.

Banyak juga yang menyangka nasib mereka yang bagus itu akan terus bagus pada masa depan, dan nasib buruk tidak akan menimpa mereka.

Mahukah Anda Belajar 12 Siri Ilmu Bina Bisnes Jangka Panjang?

Dalam panduan ini, Puan Ainon Mohd bersama speaker menyampaikan 12 siri ilmu yang dapat bantu anda bina bisnes yang bertahan lama dan menjadi legasi.

Siri 1: Ilmu Menjadi Kaya
Siri 2: Ilmu Berfikir Dengan Strategi
Siri 3: Ilmu Strategi Berpartner Dalam Bisnes
Siri 4: Ilmu Kolaborasi Projek Yang Berjaya
Siri 5: Ilmu Leverage Bisnes
Siri 6: Ilmu Strategi Kewangan Bisnes
Siri 7: Ilmu Game Cukai
Siri 8: Ilmu Mengurus Kerugian Masa Depan
Siri 9: Ilmu Mengurangkan Beban Kerja Majikan
Siri 10: Ilmu Mengurus Risiko Staff Pandai Lari
Siri 11: Ilmu Bekerja Dengan Orang Pandai
Siri 12: Ilmu Memandaikan Pekerja Bodoh

Klik butang di bawah untuk info lanjut:

KLIK SINI
Hai 👋 Boleh kami bantu anda?