5.00
(1 Rating)

Kursus Pengurusan Akaun Dan Cukai Bisnes

Uncategorized
Wishlist Share
Share Course
Page Link
Share On Social Media

About Course

Anda akan belajar menguruskan akaun & cukai bisnes.

SITUASI & ISU KEBANYAKAN USAHAWAN

Majoriti usahawan tidak mengambil endah perihal pengurusan dokumen kewangan kerana mereka beranggapan hal seperti ini sangat leceh & susah untuk dilakukan. 

Akhirnya apa yang berlaku adalah:

  • Tidak tahu bagaimana proses membuat akaun hingga hantar borang cukai.
  • Tidak tahu bilakah tarikh penting berkaitan percukaian.
  • Tidak tahu bagaimana menyediakan dokumen dengan cara yang betul.
  • Tidak tahu menggunakan dokumen kewangan dengan betul.
  • Tidak tahu bagaimana untuk menyemak senarai dokumen untuk tujuan menyediakan akaun.
  • Tidak tahu bagaimana menyediakan dokumen untuk tujuan pelepasan dan insentif cukai.
  • Tidak tahu bagaimana untuk mendaftar dan menghantar borang cuka.
  • Tidak tahu apa yang patut dirancang dengan penyata kewangan dan borang cukai.
  • Tidak tahu siapakah yang boleh mengurus penyata kewangan dan borang cukai.
  • Tidak tahu bagaimana untuk membuat pinjaman.

MANFAAT APABILA URUS AKAUN & CUKAI

  1. Dapat mempelajari keseluruhan proses penyediaan akaun hingga proses menghantar borang cukai.
  2. Pelajari bagaimana menyediakan dokumen untuk tujuan pelepasan dan insentif cukai.
  3. Mengetahui bagaimana menggunakan dokumen kewangan bagi tujuan membuat akaun tahunan.
  4. Dapat mengelak masalah terlewat menghantar borang cukai.

APA YANG ANDA AKAN BELAJAR?

Modul 1: Proses Perakaunan Dan Percukaian Untuk Bisnes Enterprise

Topik 1: Pihak Yang Terlibat Dalam Proses Perakaunan Dan Percukaian

Dalam modul ini peserta akan mengenali pihak-pihak yang terlibat dalam proses perakaunan dan percukaian.

Mereka juga akan mempelajari stuktur LHDN supaya mereka tahu bagaimana untuk berurusan dengan pihak LHDN pada masa hadapan. 

Topik 2: Sistem Percukaian Dalam Bisnes Enterprise

Dalam modul ini peserta akan belajar tentang bagaimana sistem percukaian untuk bisnes enterprise yang dijalankan secara millikan tunggal, perkongsian atau tanpa lesen (freelancer).

Peserta juga akan diajar bagaimana cara untuk mendaftar, menghantar dan membayar cukai.  

Modul 2: Dokumen Kewangan Untuk Bisnes Enterprise

Topik 1: Dokumen Asas Untuk Bisnes Enterprise

Dalam modul ini peserta akan belajar bagaimana cara untuk membuat dokumen seperti invoice, bil tunai, membuat rekod jualan, membuat quotation dan juga menyediakan payment voucher dan cash voucher.

Topik 2: Sistem Fail Untuk Bisnes Enterprise

Dalam modul ini peserta akan belajar bagaimana cara untuk membuat sistem fail yang betul. 

Peserta juga akan belajar bagaimana menyusun dan mengurus dokumen supaya boleh disimpan dan digunakan dalam masa 7 tahun.

Modul 3: Perancangan Kewangan Dan Bajet Untuk Bisnes Enterprise

Topik 1: Merancang Kewangan Untuk Bisnes Enterprise

Dalam modul ini peserta akan belajar bagaimana cara untuk merancang kewangan seperti bagaimana membuat keputusan untuk membeli aset.

Adakah perlu untuk ambil pekerja atau bagaimana cara untuk menyimpan duit bisnes dengan cara yang betul.

Topik 2: Membuat Bajet Untuk Bisnes Enterprise

Dalam modul ini peserta akan belajar bagaimana untuk meletak sasaran dengan cara yang betul.

Bagaimana untuk meletak sasaran jualan dan bagaimana merancang pembelian stok.

Peserta juga akan belajar bagaimana untuk mendapatkan angka untuk perbelanjaan seperti perbelanjaan gaji staff, bonus dan sebagainya.

Modul 4: Perancangan Menggunakan Fasiliti Bank

Topik 1: Fasiliti Pinjaman Untuk Beli Asset

Dalam modul ini, peserta akan belajar bagaimana cara untuk mendapatkan fasiliti bank untuk tujuan membeli asset seperti kereta, lori, mesin dan bangunan. 

Peserta akan belajar apakah persediaan yang perlu dilakukan dan apakah dokumen yang diperlukan

Topik 2: Memohon Pinjaman Modal Dari Bank

Dalam modul ini peserta akan belajar bagaimana cara untuk mendapatkan modal tambahan untuk membesarkan lagi operasi bisnes. 

Peserta juga akan belajar bagaimana mengira kelayakan pinjaman dan apakah kriteria yang akan dilihat oleh pihak bank. 

Show More

Course Content

Kursus Pengurusan Akaun Dan Cukai Bisnes (Nov 2022)

  • Proses Perakaunan Dan Percukaian Untuk Bisnes Enterprise
    01:57:20
  • Part 1: Dokumen Kewangan Untuk Bisnes Enterprise
    44:28
  • Part 2: Dokumen Kewangan Untuk Bisnes Enterprise
    01:09:45
  • Perancangan Kewangan Dan Bajet Untuk Bisnes Enterprise
    01:58:27
  • Perancangan Menggunakan Fasiliti Bank
    01:43:46

Student Ratings & Reviews

5.0
Total 1 Rating
5
1 Rating
4
0 Rating
3
0 Rating
2
0 Rating
1
0 Rating
AA
11 months ago
Good