Jawab 20 soalan Ya atau Tidak. Dalam 5 minit, tuan dapat skor risiko HR bisnes tuan, dan 3 lubang paling bahaya yang perlu ditutup dahulu.
Owner bisnes kecil jarang ada orang HR. Semua dalam kepala, semua ikut rasa. Selagi tiada masalah, semuanya nampak okey.
Tuan tahu ada yang tak kena, tapi tak pasti apa yang boleh dibuat tanpa salah undang-undang.
Nak potong gaji akhir bulan, tapi tak pasti boleh ke tidak. Kontrak pun tak pernah ada.
Staf kata OT tak cukup bayar. Tuan tiada slip, tiada rekod, tiada apa nak tunjuk.
Seminggu lepas staf dibuang, datang surat aduan pemberhentian tidak adil. Baru tuan tahu ada prosedur.
Jawab dengan jujur. Tiada siapa nampak jawapan tuan kecuali tuan sendiri.
Dalam Sesi Diagnos HR, Puan Nur Alya akan semak keputusan tuan satu per satu, dan bantu tuan susun apa yang perlu dibetulkan dahulu.
Bayar dulu, pasukan kami akan WhatsApp tuan untuk atur slot.
Puan Nur Alya
Konsultan HR, Sekolah Bisnes
Puan Nur Alya membantu owner bisnes menyusun dokumen HR, polisi dan proses disiplin supaya bisnes bergerak ikut undang-undang. Beliau juga penceramah bersama Tuan Firdaus Jailan dalam seminar “Buang Pekerja Cara Halal”.
Sesuai. Akta Kerja terpakai walaupun staf seorang. Bisnes kecil yang paling kerap tiada dokumen asas.
Online melalui Google Meet atau Zoom, selama 60 minit. Tuan hanya perlukan telefon atau komputer.
Selepas bayaran, pasukan kami akan WhatsApp tuan untuk atur slot yang sesuai dengan masa tuan.
Jawapan diagnos ini, senarai staf, dan contoh dokumen yang ada seperti kontrak atau slip gaji. Kalau tiada, tak apa. Itu yang kita akan betulkan.
Boleh. Tekan butang di bawah. Konsultan akan bantu tuan buat diagnos semasa sesi.
Sesi Diagnos HR online 60 minit bersama Puan Nur Alya, termasuk laporan ringkas. RM99.