Ilmu Strategi Kewangan Untuk Orang Bisnes

Nota penggunaan: tempoh tujuh tahun atau 10–15 tahun dalam artikel ini ialah gambaran perjalanan bisnes, bukan formula tetap. Perlindungan risiko dan simpanan kecemasan patut dinilai sejak awal; tidak perlu menunggu sesuatu tahun tertentu.

Ramai orang bisnes mereka bijak sungguh cari duit. Pada awal bisnes, bisnes mereka buat duit. Ini dipanggil “beginners luck”. Buat saja, jadi. Jual apa saja, laku. Ramai yang berputih mata sewaktu mereka buat duit. 

Jadi orang bisnes mesti tahu ilmu strategi kewangan mereka. 

  • Ilmu strategi kewangan itu apa? 
  • Duit bisnes simpan di mana?
  • Duit peribadi simpan di mana?
  • Bank mana mahu digunakan untuk Fixed Deposit? 
  • Buat yang mana dahulu, labur atau protect? 
  • Strategi labur mana perlu pakai, defensive mode atau offensive mode?
  • High liquidity, medium liquidity atau low liquidity asset? 

Ini adalah antara perkara tentang strategi kewangan. 

Semua ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:

  1. Awal bisnes
  2. Selepas 7 tahun
  3. Lebih dari 10 hingga 15 tahun

Fasa awal bisnes dipanggil “seeding”, fokus kewangan kita kepada fasa “building source of income”. Masa inilah kita kerja macam kerbau. 7 tahun kita kerja macam kerbau. Tebang hutan, tebas lalang, membajak tanah dan tabur benih sampailah pokok berbuah.  

Waktu inilah kita akan buat macam-macam.

Cuba sana, tak jadi. Cuba lagi.

Cuba sini, tak jadi. Cuba lagi.

Sampailah kita boleh survive. 

Modal operasi perlu mudah dicapai apabila tiba masa membayar kos. Bandingkan kegunaan tunai dalam bisnes dengan pilihan simpanan atau pelaburan berdasarkan risiko dan kecairan. Pulangan emas atau keuntungan bisnes tidak terjamin; elakkan berhutang semata-mata kerana menjangka pulangan lebih tinggi.

Fasa kedua ialah fasa protection. Apa yang sudah kita bina, kita mesti lindungi. Semualah yang berkaitan kepentingan bisnes. Pemilihan struktur enterprise atau Sdn. Bhd. bergantung pada operasi, tanggungan dan keperluan perniagaan. Dapatkan nasihat yang sesuai sebelum membuat perubahan struktur.

Bisnes kita masa ini mungkin sudah ada duit, jadi kita mahu lindungi duit itu. Contohnya, kalau kita sakit kita pastikan masa ini kita sudah ada insurans, takaful, hibah dan medical card. Jadi duit yang penat-penat kita cari itu tidaklah habis sebab buat pembedahan bypass jantung kita. 

Fasa ketiga lebih dari 10 tahun adalah fasa compounding. Kalau siapa yang sudah baca buku psychology of money karangan morgan housel, inilah fasa yang paling nyaman. Kita mahu fikirkan duit itu bagaimana digandakan. Compounding effect ini permainan jangka panjang.

Ini membawa kepada point paling penting iaitu kita mahu bermain lama bukan untung paling banyak dalam masa yang singkat. Dalam bisnes, objektifnya sentiasa mahu bermain lama kerana apabila kita bermain cukup lama sahaja barulah kita boleh nampak hasilnya. 

Tapi ramai orang bisnes mereka tidak sabar. Mereka mahu kaya cepat, dapat hasil cepat tanpa fikirkan risiko yang mereka buat. Kesimpulannya, strategi kewangan bisnes ini terbahagi kepada tiga, fasa seeding, fasa protection dan fasa compounding.

Panduan Untuk Langkah Seterusnya

Pilih panduan mengikut masalah yang sedang kita selesaikan. Rujuk Kewangan, Akaun & Cukai untuk melihat topik dan latihan yang berkaitan, kemudian gunakan pada satu tindakan yang boleh dinilai hasilnya.

SB
Sekolah Bisnes

Panduan praktikal untuk pemilik bisnes kecil di Malaysia: pengurusan pekerja, sistem kerja, kewangan dan pemasaran setempat. Bincang dengan kami ›