Asas & Kefahaman Bina SOP

RM69.00

Tuan Puan akan belajar :

  1. Fahami bagaimana SOP membantu bisnes berkembang dengan lebih cepat.
  2.  Ketahui cara SOP mengurangkan beban kerja dan memastikan bisnes berjalan tanpa kehadiran anda.
  3. Risiko dan kesan negatif jika bisnes beroperasi tanpa SOP yang jelas.

Category:

Description

Sebagai seorang usahawan pastinya anda pernah dengar berkenaan Standard Operating Procedure atau SOP.

Tak kisahlah samada bisnes anda buat sorang-sorang atau ada team sekalipun, anda pastinya tahu apa itu SOP.

Namun, adakah anda sendiri mengaplikasikan SOP dengan sebaiknya didalam bisnes anda?

Untuk membuatkan kita benar-benar mengambil serius berkenaan SOP, soalan pertama kita perlu tanya adalah… Apa sebenarnya SOP?

SOP adalah cara kita membuat sesuatu kerja. Contoh paling mudah untuk kita adalah solat.

Didalam solat, kita ada rukun solat yang kita kena follow. Mana boleh kalau kita nak start dengan tahiyat dulu baru takbiratulihram kan? Solat pun ada flow atau SOP yang tersendiri.

Begitu jugalah bisnes anda. Ada SOP yang tersendiri juga.

Manfaat Apabila Bisnes ada SOP

  • Anda boleh berkembang dengan menambah bilangan pekerja supaya lebih banyak kerja dapat diselesaikan dalam satu masa tanpa merugikan syarikat.
  • Setiap pekerja anda akan memberikan hasil berkualiti dan konsisten setiap masa sehinggakan klien atau pelanggan anda akan recommend anda kepada orang lain.
  • Setiap pekerja atau partner bisnes anda tahu apa yang patut dilakukan dan tak perlu lagi untuk selisih faham atau bergaduh.

Sesi rakaman video kursus ini terdiri daripada 3 Modul iaitu :

Kursus 1: Asas & Kefahaman Membina SOP

Modul 1: Kepentingan SOP. Belajar Kepentingan SOP Dalam Mengembangkan Bisnes Anda Dengan Cepat.

Modul 2: Manfaat SOP. Belajar Bagaimana SOP Dapat Mengurangkan Beban Anda & Bisnes Dapat Berjalan Walaupun Anda Sedang Bercuti Bersama Keluarga.

Modul 3: Kesan Buruk Tiada SOP. Belajar Betapa Besarnya Bala Sehingga Banyak Owner Bisnes Burnout & Give Up Kerana Semua Tanggungjawab Digalas Oleh Mereka.

Panduan ini sesuai untuk siapa?

  • Usahawan dan pemilik perniagaan yang baru bermula.
  • Peniaga yang menguruskan perniagaan secara solo.
  • Pengusaha yang mempunyai pasukan/pekerja.
  • Pemilik perniagaan yang ingin mengembangkan operasi.
  • Usahawan yang mengalami kesukaran dalam pengurusan masa dan tugasan.