Menurunkan Tugas dan Kuasa Kepada Pasukan
Original price was: RM150.00.RM75.00Current price is: RM75.00.
Tuan Puan Akan Belajar:
- Pasukan yang diberi kuasa akan lebih bertanggungjawab dan cepat matang dalam kerja.
- Delegasi tanpa sistem akan bawa risiko. Tapi delegasi dengan SOP akan beri kelegaan.
- Tak perlu tunggu staf sempurna baru beri tanggungjawab – beri kuasa secara berperingkat.
- Bos bukan untuk selesaikan semua – bos tugasnya memimpin, bukan menyelesaikan segalanya.
- Menurunkan kuasa adalah strategi pertumbuhan bisnes – bukan tanda lemah, tapi tanda bijak.
Description
Cara Menurunkan Tugas dan Kuasa Kepada Pasukan Tanpa Hilang Kawalan
Ramai pemilik bisnes kecil tersekat dalam fasa penat buat semua sendiri. Mereka tak percaya staf boleh uruskan kerja – jadi semua benda masih perlu rujuk bos. Hasilnya, staf lembap, bos burnout, dan bisnes tak boleh berkembang.
Dalam sesi Business Base Camp 2.0, Puan Haslinda Ali berkongsi teknik praktikal bagaimana untuk menurunkan tugas dan kuasa kepada staf, dengan cara yang selamat, jelas, dan berstruktur.
Kenapa Kuasa Perlu Diturunkan?
Kalau semua keputusan kecil pun kena tunggu bos, staf akan jadi takut-takut. Mereka tak belajar berdikari. Dan syarikat akan stuck pada satu tahap saja – sebab semua benda centralised.
Delegasi tugas dan kuasa bukan bermaksud bos lepas tangan. Tapi bos beri peluang pasukan berkembang dan ambil tanggungjawab sendiri.
5 Strategi Turunkan Tugas dan Kuasa Tanpa Hilang Arah
1. Tetapkan Struktur Peranan dan Autoriti Awal-Awal
Setiap orang mesti tahu skop kerja, apa yang mereka boleh buat, dan bila perlu dapatkan kelulusan. Jangan tunggu dah berlaku masalah baru nak tentukan sempadan kuasa.
2. Gunakan SOP dan Panduan Tindakan
Bila staf diberi tugas, mereka juga perlu diberi panduan. SOP adalah ‘kompas’ yang bantu mereka buat keputusan yang konsisten dengan nilai dan polisi syarikat.
3. Mulakan Dengan Tugasan Kecil Tapi Kritikal
Uji staf dengan tugasan yang penting tapi masih terkawal. Contohnya urus pelanggan, buat keputusan pembelian bawah RM500, atau pantau staf baru. Bila mereka berjaya, baru tambah kuasa lebih besar.
4. Wujudkan Sistem Laporan dan Pemantauan Ringkas
Beri kuasa tak bermaksud tak pantau langsung. Pastikan ada laporan ringkas mingguan, sesi check-in, atau board pemantauan KPI yang mudah dilihat oleh semua.
5. Beri Kepercayaan Secara Terbuka, Tapi Sediakan Jaring Keselamatan
Bila staf buat silap, jangan terus hukum. Gunakan kesilapan itu sebagai ruang belajar. Tapi juga pastikan ada sistem yang mampu detect awal sebelum benda jadi lebih besar.






Reviews
There are no reviews yet.